
Di negara-negara maju kaum pekerja mempunyai kedudukan istimewa. Kaum pekerja tidak boleh diambil mudah bukan sahaja oleh para majikan, pemerintah, usahawan, jutawan atau warganegara lainnya.
Mereka punya kuasa besar dalam menentukan arah haluan di bidang politik, ekonomi maupun sosio-budaya. Mana-mana pihak yang cuba memanipulasi, memperkecil atau memperleceh golongan pekerja bererti menempah nahas.
Impak dari tindakan mereka bukan kepalang. Hormat dan simpati ke atas mereka selalunya dikongsi oleh rakyat jelata.
Para pekerja baik yang berkolar putih maupun berkolar biru atau yang bertali leher kemas atau berkemeja khaki sama-sama berwibawa. Seorang profesor atau seorang pencuci lantai sama-sama punya kehormatan dan kewibawaan.
Orang politik atau orang bisnis tidak mampu bersengketa dengan kesatuan mereka. Merekalah penentu kelancaran negara. Pemerintah yang tidak mesra pekerja sering digantikan dan syarikat-syarikat yang menindas pekerja banyak yang gulung tikar. Demikian citra pekerja di negara-negara maju dan negara-negara industri.
Justeru itu di Hari Buruh, Hari Pekerja 1 MEI 2008 ini, marilah kita bersama mengheningcipta mengingat betapa pula nasib kaum pekerja negara sendiri. Ramai sekali yang terus diselubungi mendung dan awan duka --- tidak berdaya dan tidak punya kuasa.
Terlalu ramai yang masih dinafikan hak berkesatuan - kebajikan hanya gembar-gembur semata. Pemberhentian dan pembuangan dengan berbagai nama terus menghantui mereka dan pampasan pula tidak seberapa. Golongan pekerja rendah terus kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Tuntutan elaun lebih masa terkadang dibayar penuh dan ada masanya tidak. Terlalu ramai "para pekerja" diambil secara kontrak --- tidak tetap. Boleh ditamatkan khidmat mereka pada bila-bila dan kebajikan mereka tidak seberapa. Pekerja secara kontrak / tidak tetap adalah fenomena semasa dipihak swasta dan anehnya di sektor awam pun sama.
Tuntutan gaji minima dan "cola" entah dikaji entah tidak atau dikunci rapat di kabinet besi Pak Menteri. Nah, berfikirlah semasak-masaknya sampai bila mereka perlu cemas dan berduka. Sedang negara lebih setengah abad "merdeka".
Sambutlah 1 MEI dengan lebih bermakna bukan dengan bercuti dan berehat seketika. Marilah kita perincikan masalah mereka berwacana atau mencambah minda mencari angka dan fakta. Bela mereka dengan semangat Malaysia berdaulat dan merdeka. Kesejahteraan kaum pekerja adalah kesejahteraan negara.
Selamat Hari Pekerja.
Hj Mohd Anuar Tahir
Pengerusi
Lajnah Pekerja & Peneroka Bandar PAS Pusat.
Untuk makluman, parit dan longkang akan diuruskan oleh pihak majlis (MPM) dan Jabatan Parit & Saliran (JPS) untuk diluar kawasan pentadbiran MPM.
Sampah, satu isu yang telah lama wujud sebelum PAS menang. Masyarakat perlu mengamalkan sikap tidak membuang sampah di bahu-bahu jalan jika tidak masalah ini tidak akan selesai. Sayangilah Alam Sekitar kita termasuklah sungai-sungai, kawasan kediaman, kawasan kerja, malah di mana sahaja kita berada.
Elakkan penyakit berjangkit dan pembiakan nyamuk Aedes berleluasa. Sampah kita, tanggungjawab kita. SEMOGA DUN SG ABONG SENTIASA BERSIH, SIHAT, AMAN DAN SEJAHTERA.
Sumber : TV PAS
Pesta kenaikan harga barang terus berlangsung dengan kerajaan sebagai penganjur dan rakyat yang meraikannya tanpa rela.
Begitulah boleh diumpamakan di Malaysia apabila harga beras di seluruh negara mencatatkan kenaikan mendadak antara 10 peratus hingga 20 peratus sejak minggu lalu. Kenaikan ini dipercayai berpunca daripada peningkatan harga beras global.
Bagi golongan berpendapatan tinggi mungkin ini bukan satu perkara yang mustahak untuk dipersoalkan. Tetapi bagaimana dengan keadaan rakyat yang berpendapatan rendah dan mempunyai anak yang ramai? Mampukah menanggung bebanan ini? Bagaimana dengan para peniaga dan pembeli? Apabila harga beras di pasaran naik, para peniaga terpaksa menaikkan harga makanan. Pembeli pula berfikir dua tiga kali sebelum membawa keluarga makan di luar. Pendapatan peniaga akan terjejas. Bila diteliti, kesannya berlegar-legar di kalangan rakyat. Baik peniaga mahupun pembeli.
Bagaimana pula dengan nasib pesawah? Sekali pun harga beras melambung tinggi, harga padi tetap di takuk yang lama. Dan petani langsung tidak dapat merasai kenikmatan daripada kenaikan ini.
Jawatankuasa Kabinet Membendung Inflasi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mewujudkan stok penimbal beras bagi menangani krisis bekalan di peringkat global. Persoalannya, adakah langkah ini benar-benar mampu mengurangkan beban rakyat?
Berkesankah tiga hingga empat inisiatif yang akan dimumkan kerajaan dalam tempoh beberapa hari lagi bagi mengurangkan beban rakyat yang berhadapan dengan kenaikan harga barang?
Sedarkah kita kegagalan kerajaan Pusat mengawal harga beras ini adalah disebabkan kita tidak mempunyai stok beras tempatan yang mencukupi untuk kegunaan domestik? Ini disebabkan banyak kawasan jelapang padi telah ditukar kepada kawasan industri.
Ini juga hampir terjadi di kawasan Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) di Kedah di mana beribu hektar kawasan jelapang padi akan ditukar menjadi kawasan industri petroleum jika BN terus memerintah Kedah. Mujurlah rakyat Kedah bijak memilih dengan menumbangkan BN di sana.
Namun hakikatnya, kegagalan kerajaan mencari langkah drastik mengatasi masalah ini bakal mencetuskan kemarahan rakyat sekali lagi terhadap Umno Barisan nasional. Sebarang aduan berkenaan kenaikan harga MELAMPAU di DUN SG ABONG, MUAR, bolehlah merujuk terus ke Pusat Khidmat Masyarakat atau s.m.s. kepada 013-7335784.-admin
Sumber : Harakahdaily
BATU PAHAT, 20 April (Hrkh) - PAS Johor menyifatkan tindakan Johor Corporation (Jcorp), syarikat milik penuh Kerajaan Johor, melalui anak syarikatnya Pelaburan Johor Berhad (PJB), yang berura-ura mahu menamatkan Skim Amanah Saham Johor (ASJ), sebagai tindakan tidak bertanggung jawab.
Tindakan menamatkan ASJ ini juga menunjukkan sikap Kerajaan Johor dan Jcorp yang cuba lari daripada tanggung jawab di atas prestasi buruk Skim Amanah ini sejak 1997 sehingga hari ini, kata Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Dr Mahfodz Muhamad, di sini.
"Pada 1 April lalu, PJB telah mengeluarkan Notis Mesyuarat Luarbiasa (EGM) kepada Pemegang-Pemegang Unit ASJ yang akan diadakan pada 24 April ini, notis mesyuarat ini juga turut menyatakan agenda utama mesyuarat ini ialah bagi meluluskan resolusi penamatan Skim ASJ".
Jika resolusi ini diluluskan maka penamatan skim ASJ akan berkuat kuasa pada 31 Mei 2008, katanya pada sidang media yang diadakan di Pejabat PAS Johor, dekat sini. baru-baru ini.
Menurut beliau, ASJ telah dilancarkan pada 1 Mei 1992 dengan menawarkan 299.35 juta unit saham pada harga RM1.00 setiap unit, ini bermakna dana pelaburan ASJ berjumlah RM299.35 juta.
"ASJ yang diwujudkan khusus bagi orang Melayu dan bumiputera di negeri ini telah berjaya menarik seramai 125,000 pelabur, yang mana sebahagian besar pelaburnya adalah ahli-ahli UMNO Johor.
"ASJ telah mendapat sambutan hebat di kalangan orang Melayu Johor berikutan kenyataan Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) Jcorp, Tan Sri Mohamad Ali Hashim, yang menyatakan nilai saham ASJ akan ditingkatkan sehingga RM5.00 seunit dalam tempuh lima tahun, iaitu pada 1997 (sila rujuk "Suara Johor", buletin rasmi Kerajaan Johor terbitan Jun 1996, halaman 10).
"Kenyataan ini menyebabkan ramai rakyat Johor menganggap ASJ seperti 'Skim Cepat Kaya' atau 'Skim Pak Man Telo', disebabkan keyakinan yang tinggi menggunung, pelabur telah membuat pinjaman bank antara RM10,000 hingga RM150,000, untuk dilaburkan di dalam ASJ.
"Kita difahamkan sebahagian besar dana ASJ dilaburkan di dalam anak-anak syarikat Jcorp yang banyak terlibat dengan pelaburan dalam sektor pertanian, kesihatan, hartanah, pembangunan, perindustrian, perkayuan, perhotelan, sukan, pengangkutan dan lalin-lain lagi," katanya.
Bagaimanapun tambahnya, ketika negara dilanda kemelesetan ekonomi pada 1997, Jcorp dan ASJ turut terjejas sehingga hutang Jcorp hampir mencecah RM4 bilion. Ini menyebabkan harga saham ASJ jatuh dengan begitu teruk sehingga ke paras RM0.18 sen seunit.
"Serentak dengan itu saiz dana pelaburan ASJ juga telah mengecil, dari RM299.35 juta pada awalnya merosot kepada RM53.383 juta, ini bermakna dalam tempoh lima tahun pelabur ASJ telah mengalami kerugian sebanyak RM245.467 juta, apa yang berlaku ini umpama pepatah, "tiada beban batu digalas".
"Akibatnya pelabur telah dibebankan dengan ansuran bulanan dan bayaran tahunan yang dikenakan pihak bank kepada mereka, bahkan ada sebahagiannya telah diambil tindakan undang-undang termasuk tindakan muflis," katanya.
Katanya, kerajaan telah memperkenalkan 'skim pembelian semula' ASJ pada 2004 dengan membeli semula unit ASJ pada harga RM1.00 seunit, namun pembayarannya dilakukan secara berperingkat-peringkat, tahun pertama 10 peratus dan bayaran berikutnya secara ansuran selama empat tahun berturut-turut.
Bagaimanapun skim ini tidak banyak mengubah keadaan terutama bagi pelabur yang membuat pinjaman bank.
Katanya, Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman, selaku Pengerusi Jcorp dan CEO Jcorp, Tan Sri Mohamad Ali Hasim, sepatutnya berusaha untuk memulihkan harga pasaran ASJ, bukan mengambil tindakan menamatkan skim amanah ini.
"PAS Johor mendesak Jcorp membatalkan niat untuk menamatkan ASJ, sebaliknya mereka perlu merangka satu plan tindakan yang lebih agresif dan mampan bagi memulihkan harga ASJ.
"Kerugian yang dialami pelabur ASJ pada masa sekarang bersifat atas kertas tetapi apabila tindakan menamatkan skim amanah ini dilakukan maka ia merupakan tindakan bagi merealisasikan kerugian yang sebelumnya bersifat atas kertas kepada suatu realiti," katanya.
Katanya, Jcorp perlu mengambil tanggung jawab sepenuhnya di atas kegagalan ASJ, dengan nilai asset melebihi RM10 bilion, sepatutnya Jcorp mengambil langkah berani dengan membeli balik kesemua saham ASJ pada harga asal RM1.00 seunit, langkah seumpama ini telahpun diambil Kerajaan Selangor ke atas Saham Amanah Selangor (ASAS), pada 2003 dan Kerajaan Terengganu (ASDI) pada 2006.
"Pembelian balik secara tunai oleh Jcorp ini akan membantu meringankan beban pelabur-pelabur ASJ khususnya pelabur yang membuat pinjaman bank," sambungnya.
Selain itu katanya lagi, PAS Johor juga mendesak Badan Pencegah Rasuah (BPR), menjalankan siasatan berhubung laporan audit berakhir 31 Mei 2007 sehingga 30 November 2007.
"Pelaburan ASJ berjumlah RM48.7 juta merosot dengan begitu teruk kepada RM23 juta, bagaimana kerugian begitu besar dialami ASJ dalam suatu jangka masa yang singkat.
"Justeru sebagai kesimpulannya, apa yang berlaku ini membuktikan dengan jelas kelemahan serta kegagalan Kerajaan Johor pimpinan Umno-Barisan Nasional mentadbir dan mengurus wang rakyat," tegasnya.
JOHOR BAHRU 21 April - Seramai 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor termasuk enam daripada parti pembangkang yang memenangi kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu mengangkat sumpah.
Upacara angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Speaker yang baru dilantik semula iaitu Datuk Mohd. Ali Hassan di Bukit Timbalan JOHOR.
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom memulakan upacara berkenaan yang diikuti barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
Upacara tersebut kemudiannya diteruskan oleh semua ADUN yang memenangi kerusi DUN di kawasan masing-masing termasuk enam daripada pembangkang.
Selain Mohd. Ali yang dilantik semula bagi penggal kedua sebagai Speaker, Datuk Othman Jais yang juga ADUN Buloh Kasap turut dilantik semula memegang jawatan Timbalan Speaker.
Enam wakil pembangkang ialah empat daripada DAP iaitu ADUN Senai, Ong Kow Meng; Skudai, Dr. Boo Cheng Hau; Bentayan, Wee Tong Hiang dan Mengkibol, Ng Lam Hua.
Pas pula mempunyai dua wakil menerusi ADUN Maharani, Dr. Mohd. Taslim dan Sungai Abong, Dr. Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh.
Pada pilihan raya umum lalu, DAP turut memenangi satu kerusi Parlimen iaitu Parlimen Bakri menerusi Er Teck Hwa.
1) Klinik Ibrahim & Surgeri Jalan Salleh
2) Kelas Tuisyen Barakah Bistari, Masjid Jamek Sg. Abong
3) Bilik Gerakan Pas Bt. 3, Jalan Bakri
Sila ke lokasi-lokasi berikut untuk menyampaikan aduan,
atau
hantar sistem pesanan ringkas (SMS) seperti format berikut :
(Nama) Jarak (No I/C) Jarak (Aduan) dan hantar kepada 013-733 5784



