Subscribe to My Blog
  • YB Hulur Bantuan Mangsa Kebakaran

    Sebuah rumah kampung di Kampung Tengah telah terbakar pada Julai yang lepas namun semua penghuninya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku. Kebakaran membabitkan keseluruhan bahagian rumah termasuk bilik tidur dan dapur yang didapati terbakar hingga rentung yang dikatakan berlaku seawal 5.30 pagi. Keluarga Pn Kintan Jasmani seramai 7 orang terpaksa tinggal sehelai sepinggang ketika kebakaran berlaku yang dipercayai berpunca daripada gas bocor.YB Dr Hj Sheikh Ibrahim Salleh berkesempatan menziarahi keluarga Pn Kintan untuk menyampaikan rasa simpati dan menghulurkan bantuan segera berbentuk kewangan kepada mereka. >>Hubungi 0196592245 Untuk Menyumbang

  • Motivasi Ibadah & Cemerlang UPSR

    Satu Program Pendidikan di bawah anjuran AJK Masjid Jamek Sg Abong, Muar telah berlangsung pada 23-25 April ini di Masjid tersebut. Program ini meliputi motivasi untuk melakukan ibadah harian, tahsin Al-Quran, tasmi', qiamullail, ceramah cemerlang UPSR, ceramah keibubapaan dan diakhiri Majlis Penutup yang telah dirasmikan oleh YB Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh. Sasaran peserta adalah di kalangan calon UPSR tahun ini daripada seluruh sekolah kebangsaan dalam DUN ini dan juga anak-anak kariah Masjid Jamek Sg Abong. >>> Jangan Ketinggalan !!

  • Kunjungan Hormat Konsul Singapura

    Satu Kunjungan Hormat oleh rombongan Konsul Singapura seramai 3 orang telah diadakan pada Jumaat 9 April 2010 di kediaman YB ADUN Sg Abong (YB Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh) selama 2 jam. Menurut maklumat yang disampaikan oleh pegawai mereka, Pejabat Konsul Singapura baru sahaja ditubuhkan pada Januari 2010 di Johor Bharu. Tujuan mereka melakukan kunjungan hormat itu ialah ingin mengenali dengan lebih dekat YB Pakatan Rakyat setelah mereka mengadakan pertemuan dengan Sultan Johor yang baru, beberapa exco kerajaan negeri dan wakil MCA. 3 orang pegawai tersebut bertukar-tukar pandangan dan berbincang tentang beberapa perkara, antaranya....... >>> Rujuk Berita di Bawah

  • Blog Rasmi ADUN N13

    Selamat Datang ke Blog Rasmi Yang Berhormat Dr. Hj. Sheikh Ibrahim bin Salleh [ADUN SG ABONG-PAS]. Semoga anda semua dapat memanfaatkan blog ini sebagai wadah atau saluran alternatif mendapatkan maklumat atau menyampaikan maklumat kepada YB supaya beliau dapat menunaikan amanah dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di DUN Sg Abong khususnya dan Johor umumnya. Sebarkan blog ini kepada rakan anda. Jika terdapat sebarang masalah yang ingin diadukan, silalah ke Pusat Aduan Rakyat di Klinik Ibrahim, Jalan Salleh. Terima Kasih. >>> Selamat Melayari Blog Ini

  • Aktiviti Terkini YB

    Penduduk di sekitar Kg Kelantan di Jalan Parit Perupuk bakal menerima berita baik apabila Yang Berhormat Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sg Abong-PAS), minggu lepas telah mengadakan lawatan bersama Ketua Kampung Kelantan dan semalam (Isnin 12/04/2010), YB telahpun menghantar permohonan dan suara rakyat kepada Majlis Perbandaran Muar (MPM) dan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Muar supaya pihak yang bertanggungjawab dapat melakukan kerja-kerja pembersihan parit seperti yang ditunjukkan dalam gambar. >>> Sila Klik

  • Aktiviti Terkini YB

    Satu Majlis Dialog Bersama ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Johor telah diadakan pada hujung April di Muar Trade Centre, Muar Traders Hotel, Bandar Muar. Dialog yang berlangsung pada 8 hingga 11 malam itu adalah rutin tahunan dan kesepakatan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dalam menjuarai isu rakyat. >>> Bersama kita manfaatkannya !!

  • PC FAIR di Muar Kembali Lagi !!

    Acara Tahunan PC FAIR kembali berlangsung dan pada kali ini Dewan Jubli Intan, Muar sekali lagi dipilih sebagai lokasi strategik pemasaran berpusat bagi Syarikat-syarikat Berasaskan Komputer di Daerah Muar dan sekitarnya. Pada kali ini, ia berlangsung pada 30 April hingga 02 Mei 2010. Klik untuk Plan dalam Dewan | Klik untuk Senarai Syarikat terlibat >>> Bersama kita manfaatkannya !!

SUMBER SAHIH : dari laman web kerajaan negeri Johor
http://www.johordt.gov.my

Laporan Kes Penagihan Dadah Di Negeri Johor

Statistik Penagihan Bagi Daerah-Daerah di Negeri Johor dari Januari hingga Jun 2007

Mengikut Daerah

1) Batu Pahat : Baru (94) Ulangan (57) Jumlah (151)
2) Johor Bahru : Baru (277) Ulangan (368) Jumlah (645)
3) Kluang : Baru (24) Ulangan (9) Jumlah (33)
4) Kota Tinggi : Baru (7) Ulangan (5) Jumlah (12)
5) Mersing : Baru (17) Ulangan (12) Jumlah (29)
6) Muar : Baru (25) Ulangan (24) Jumlah (49)
7) Pontian : Baru (54) Ulangan (19) Jumlah (73)
8) Segamat : Baru (31) Ulangan (26) Jumlah (57)

Jumlah Keseluruhan Baru (529)
Jumlah Keseluruhan Ulangan (520)
Jumlah Keseluruhan (1049)

PASTIKAN KITA SEMUA TIDAK TERJEBAK DENGAN NAJIS DADAH !!

Read More
Posted by admin on 31 Mei 2008
0 comments
categories: , | | edit post

Anda boleh lihat rakaman tersebut di bawah, YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH ADUN PAS DI SG ABONG JOHOR telah memberikan kenyataan di atas temuramah beliau dengan Karam Singh Walia, namun jawatan beliau selaku ADUN tidak disebut dan tidak ditulis semasa siaran tersebut.

Harap maaf jika paparan tidak lengkap, untuk mendapat paparan penuh, sila klik link berikut :

http://www.tv3.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=190&ShowID=231&MenuID=2&TemplateID=1&SubMenuID=1&VideoID=12689&EpID=15531#anchorVid

Read More
Posted by admin on 30 Mei 2008

JOHOR BAHRU, 18 Mei (Hrkh) - Kejayaan Pakatan Rakyat memerintah beberapa negeri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu mendorong PR di negeri ini mencari jalan serta melipatgandakan usaha bagi menuruti jejak langkah negeri-negeri tersebut.

Kesungguhan serta komitmen yang ditunjukkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat ini terbukti apabila mereka sentiasa duduk semeja berbincang serta merancang bagi merealisasikan matlamat dan hala tuju perjuangan gabungan itu pada masa depan.

"Apa yang kita lakukan ini menunjukkan bahawa kita memang serius untuk mengambil-alih pemerintahan negeri ini dari BN pada PRU akan datang; hasrat dan cita-cita ini tidak mustahil untuk menjadi kenyataan jika semua pihak terus konsisten dan ikhlas untuk membela nasib rakyat," kata Pesuruhjaya PAS negeri, Dato' Dr Mahfodz Muhamad selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat Johor di Skudai, 13 Mei lalu.

Hadir sama pada perjumpaan itu ialah Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Haw, Pengerusi KeADILan Johor, Abdul Halim Dawam, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan para pemimpin Pakatan Rakyat Johor.

Pakatan Rakyat Johor mempunyai lima wakil di Dun Johor iaitu Dr Mohamad Taslim (Maharani), Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh (Sungai Abong), Dr Boo Cheng Haw (Skudai), Ong Kow Meng (Senai) dan Ng Lam Hua (Mengkibul).

Menurut Dr Mahfodz, berbagai perkara telah dibincangkan dan dipersetujui pada pertemuan kali ini.

"Saya mempunyai keyakinan yang cukup tinggi terhadap masa depan Pakatan Rakyat di negeri ini berasaskan kepada keputusan PRU lalu.

"Bagaimana pun sokongan rakyat ini masih belum mencukupi bagi PR untuk meraih kemenangan besar sehingga membolehkan kita memerintah negeri ini, begitu pun kita tetap bersyukur dengan kemenangan beberapa kerusi Dun dan satu Parlimen di Johor, ini adalah petanda yang sangat baik bagi Pakatan Rakyat negeri ini.

"Kita mengharapkan kemenangan yang lebih besar akan diperolehi pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Read More
Posted by admin on 19 Mei 2008

SELAMAT HARI GURU.. TERIMA KASIH CIKGU !!

Guru merupakan insan mulia kerana menurunkan ilmu kepada anak-anak muridnya dengan sepenuh hati, walau bagaimanapun keberkesanan penyampaian ilmu bergantung kepada sejauh mana kesungguhan dan niatnya yang baik.

Islam sentiasa memberi panduan kepada para guru agar memperkasa dan memperbaiki diri agar menjadi golongan pendidik yang betul-betul memenuhi tuntutan seperti yang difirmankan oleh Allah SWT menerusi ayat 122 surah at-Taubah yang bermaksud : Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan (di kalangan umat Islam) di antara mereka beberapa orang untuk memperdalami pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya (masyarakat) apabila mereka telah kembali kempangkuan mereka, supaya mereka (masyarakat) itu lebih berwaspada.

Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT menekankan dua perkara utama kepada golongan guru (yang menunutut ilmu) bagi mencapai keberkesanan penggarapan ilmu yang dipelajari:

Arahan Allah untuk memperdalami dan bukannya kekadar belajar.
Arahan Allah selepas proses penggarapan ilmu, menyedarkan masyarakatnya dengan memberi peringatan dan bukannya mengajar.
Kedua-dua konsep itulah yang meletakkan seseorang yang menuntut ilmu itu mencapai status pendidik iaitu satu kedudukan yang lebih tinggi daripada seorang guru.

Ini kerana, pendidik bukan sekadar mengajar atau mencurahan ilmu kepada pelajarnya, malah memastikan para pelajarnya benar-benar mempraktikkan segala ilmu yang digarap, di tambah pula peranan pendidik mampu menjiwai permasalahan yang dihadapi oleh pelajarnya serta mengadakan program susulan jangka panjang (long term follow up planning).

Berbeza dengan tugas seorang guru, kerana ada di antara mereka hanya sekadar mengajar dan mungkin juga tidak mempedulikan aspek program susulan, baginya yang penting mereka telah menyampaikan ilmu, tetapi sebenarnya keberkesanan sesuatu ilmu itu bergantung kepada lima perkara untuk mencapai status pendidik yang berdedikasi dan komited terhadap kerjayanya seperti yang pernah dilontarkan persoalan ini oleh Syeikh Prof dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya yang bertajuk "Rasul dan ilmu pengetahuan".

Di mana beliau ada menegaskan, bahawa apabila seorang pendidik itu mampu merealisasikan lima perkara berikut, nescaya dia melonjakkan kedudukan sebagai pendidik atau pewaris nabi-nabi, lima perkara itu adalah seperti berikut :

Perasaan tanggungjawab terhadap agama, pelajar, masyarakat dan negara.
Amanah keilmuan yang digarap, dalam erti kata, dia akan mengharamkan apa yang diharamkan Allah dan menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah, bukan sebaliknya, kerana ia adalah satu amanah yang besar yang akan disoal di akhirat nanti.
Mengembalikan 'Izzah (kemuliaan) Islam yang dicerobohi oleh tangan-tangan pengkhianat dan perosak Islam dengan meletakkannya di tempat yang paling tinggi dalam kehidupan masyarakat.
Ada perasaan tawadu' (rendah diri) terhadap orang lain.
Beramal dengan kesesuaian ilmu yang digarap, dalam erti kata tidak menyanggah tindakan dengan penghayatan ilmu.
Sehubungan itu baginda Rasulullah s.a.w ada bertanya kepada Malaikat Jibril, berhubung siapakah golongan pendidik (ahli ilmu sebenar)?, Jibril menjawab : Sesungguhnya mereka ibarat pelana umatmu di dunia dan akhirat, beruntunglah mereka yang mengenali dan menghormati mereka dan nerakalah bagi mereka yang membenci serta menyanggah mereka (ahli ilmu/pendidik).

Konsep penghormatan kepada golongan pendidik

Jelas daripada hadis di atas, baginda telah menggariskan satu tindakan yang berkesan bagi meletakkan penghormatan sewajarnya kepada mereka.

Pengamalan dalam masyarakat umat Islam dalam negara kita yang berpaksikan nilai-nilai penghormatan terhadap golongan pendidik/guru adalah dijelmakan oleh fahaman barat, iaitu mereka diberikan hadiah tertentu walaupun pada masa yang sama para pelajar sebenarnya tidak bersetuju atau mengkritik guru-guru mereka atau mungkin juga berlaku biadap terhadap mereka, tindakan ini disifatkan menyalahi tuntutan ayat di atas yang sepatutnya mereka (pelajar) mendapat peringatan agar tidak meniru-niri gaya hidup masyarakat barat dan sebagainya.

Tetapi bagi menutup kesalahan dan kelemahan mereka, para pendidik/guru diraikan pada satu hari yang dikenali dengan 'hari guru', pelajar yang tidak menerima nasihat pun menghulurkan hadiah kerana inilah peluang bagi menyekat kemarahan atau kebencian guru terhadap mereka, pelajar yang datang dari keluarga berada walaupun tidak memiliki akhlak yang baik, mampu mengadiahkan gurunya pelbagai bentuk hadiah yang menarik, ini menyebabkan gurunya bias terhadapnya, rasa nak marah pun hilang dari mindanya.

Sedangkan pelajar yang benar-benar menepati ayat di atas tetapi kerana kemiskinan serta tidak mampu untuk menghadiahkan gurunya sebarang bentuk hadiah, dipinggirkan daripada minda dan sanubari guru, persoalannya di sini hadiah yang diterima oleh guru boleh disifatkan satu bentuk rasuah cara moden.

Inilah kejayaan musuh Islam bagi merenggangkan golongan pendidik/guru dengan para pelajarnya yang dihormati hanya pada satu hari iaitu "hari guru", sedangkan pada hari-hari yang lain mereka sudah tidak dihormati apatah lagi untuk melaksanakan arahan mereka untuk menjadi individu cemerlang, akibatnya mereka tidak sanggup untuk menegur atau memberi nasihat kepada para pelajar kerana disebaban hadiah yang diterima.

Akhirnya institusi pendidikan di kalangan umat Islam tidak mampu melahirkan individu-individu seperti Imam hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali, al-Ghazali, Ibnu Sina dan ramai lagi.

Marilah kita sama-sama kembalikan maruah golongan pendidik/guru/ahli ilmu dengan menghormati mereka dengan bentuk yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, iaitu mendengar nasihat mereka, mengenali serta melaksanakan segala ajaran mereka dan bukannya membenci mereka apatah lagi menyanggah mereka dengan tindakan yang tidak sepatutnya.

Read More
Posted by admin on 17 Mei 2008
0 comments
categories: | | edit post

PULAU PINANG, 10 Mei (Hrkh) - Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Shabudin Yahya menjelaskan, pihaknya tidak pernah mengabaikan kebajikan saudara baru (mualaf) sebaliknya meyediakan Unit Ukhwah di Jabatan Agama Islam untuk merancang berbagai program bagi manafaat golongan itu.

Berhubung isu Siti Fatimah Tan Abdullah, 39, yang dibenarkan murtad oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dua hari lalu beliau menegaskan, Maipp tidak boleh berbuat apa-apa kerana beliau sendiri (Siti Fatimah) tidak menunjukkan minat untuk mengikuti aktiviti yang disusun oleh unit berkenaan bahkan pernah dikaunseling kerana sibuk keluar negara bersama suaminya warga Iran, Ferdoun Ashanian.

"Siti Fatimah sejak memeluk Islam tidak pernah mengikuti kursus atau kelas pengajian yang diatur oleh Unit Ukhwah kerana jarang berada dalam negeri kerana mengikut suaminya. Lagipun, beliau sendiri mengaku perbuatannya memeluk Islam sekadar syarat untuk berkahwin, " tegasnya ketika dihubungi pagi tadi.

Menurut Shabudin lagi, antara kebajikan yang dilaksanakan oleh Maipp bagi memastikan saudara baru terus berada dalam Islam ialah bantuan zakat, sara hidup dan perubatan terutamanya kepada mereka yang berada dalam kesusahan.

Selain itu, Maipp juga menyediakan kelas agama di mana mereka dihendaki datang untuk memperdalamkan agama Islam. Kelas tersebut berfungsi di Pejabat Agama di Kepala Batas dan Masjid Negeri.

Kedua-dua kelas itu dikendalikan oleh Ustazah Hafizah Eng Abdullah iaitu salah seorang mualaf yang berjaya dibentuk sehingga terlatih boleh mengajar golongan yang sama dengannya bahkan lebih arif daripada segelintir umat Islam sendiri.

Selain menfokuskan kepada pengajian, antara perancangan unit itu ialah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha mahupun program rehlah sebagai daya tarikan.

"Sebenarnya banyak program telah diatur untuk memastikan mereka tidak terasa sia-sia memeluk Islam tetapi apakan daya ada setengahnya memandang remeh perkara tersebut, " katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Berangan.

Read More
Posted by admin on 12 Mei 2008
0 comments
categories: , | | edit post

Adnan Ibrahim
Thu | May 08, 08 | 9:10:29 am MYT
Mulia sungguh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bila mengingatkan rakyat supaya mengubah cara hidup dengan berbelanja mengikut kemampuan dan berjimat.

Teringat juga bagaimana Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nit Mat yang juga Mursyidul Am PAS menasihatkan rakyatnya dan umat Islam supaya berjimat apabila menggunakan air semasa mengambil wuduk.

Kedua pemimpin memberi nasihat atas nilai kebaikan yang sama supaya berjimat. Bagaimanapun ia satu perbezaan yang amat ketara dari segi keterampilan kedua pemimpin tersebut.

Tuan Guru Abdul Aziz mengingatkan rakyatnya berdasarkan keilmuannya serta pengalaman sebagai orang yang sering melakukan ibadah solat. Beliau berkata, Nabi Muhamad saw mengambil wuduk dengan air hanya secupak Bagdad iaitu lebih kecil sedikit daripada ukuran cupak Malaysia.

"Kalau kita hendak tahu banyak mana kita menggunakan air ketika ambil wuduk, cuba tadoh baldi dibawah paip tempat kita ambil wuduk. Tengok banyak mana kita guna air?" ujarnya ketika memberi kuliah di sebuah surau di Taman Samudra, Gombak.

Nik Aziz juga tidak mempunyai rumah selain daripada yang diduduki di Pulau Melaka. Rumah sebuah itulah yang tidak ditambah pembesaran melibatkan berjuta ringgit sejak 20 tahun lalu menjadi pemimpin kerajaan Kelantan. Sebanyak 30 peratus gajinya disumbang untuk perjuangan Islam.

Beliau juga orang yang mudah ditemui rakyat pada hari Jumaat. Tidak ada protokol dan skurity yang menghalang untuk menemui beliau. Dia pemimpin dan dia juga rakyat. Tidak ada kasta membezakan golongan pemimpin dan kumpulan rakyat.

Kedudukan dan pergaulan beliau sama dengan penduduk kampung berlainan pemimpin di Putrajaya yang amat ketara wujud jurang perbezaan antara golongan elit dan orang awam, pemimpin dan rakyat. Ia lebih mengwujudkan kasta daripada penempatan yang harmoni.

Sebaliknya kesederhanaan ini tidak wujud pada pemimpin negara dan negeri yang dikuasai Umnoi. Renovation rumah sahaja melibatkan wang berjuta ringgit. Gaya hidup mewah, keluar negara dan membeli belah boleh menghabiskan beratus ribu ringgit.

Mereka membeli jet beratus juta ringgit inilah yang menyeru rakyat supaya berjimat. Hidup di rumah berharga lebih RM200 juta inilah yang menyeru rakyat berbelanja mengikut kemampuan.

Dalam keadaan inflasi yang makin meningkat rakyat secara tidak langsung terpaksa mengawal perbelanjaan.

Kenaikan harga barang yang semakin menjadi-jadi selepas pilihan raya umum lalu telah mengubah kehidupan mereka malah berlaku defisit. Perbelanjaan yang hanya cukup makan seumpama `kais pagi makan pagi kais petang makan petang' sebaliknya sekarang kais pagi pun tidak cukup untuk pagi.

Menteri yang hidup diselubungi kemewahan bercakap dan mengajar rakyat miskin yang sudah berjimat diminta supaya berjimat.

Rakyat miskin mahukan menteri membela mereka bukan yang miskin diseru berjimat. Rakyat mahukan gaji dan kos sara hidup minima RM1,200 sebulan sebaliknya apa pembelaan pemimpin kepada mereka.

Dalam keadaan inflasi yang semakin mencengkam rakyat sepatutnya golongan pemimpin dan kaya diseru berjimat. Mereka sepatutnya mencontohi Nik Abdul Aziz memotong gaji mereka untuk rakyat.

Jangan jadi seumpama kerajaan Mamalik meminta supaya ulama iaitu Imam Nawawi mengeluarkan fatwa supaya rakyat membayar cukai membantu kerajaan untuk digunakan wang tersebut di medan perang.

Sebaliknya Imam Nawawi kata tidak harus (haram) berbuat demikian iaitu meminta rakyat membayar cukai melainkan setelah kerajaan menjual seluruh harta kekayaan istana milik sultan untuk menampung perbelanjaan tersebut. Sekiranya ia masih lagi tidak mencukupi barulah rakyat boleh diminta membayar cukai.

Dalam paqda itu Abdullah juga mengingatkan rakyat memainkan peranan membantu penguatkuasa mengawasi harga barang-barang.

Daripada pengalaman politik Malaysia iaitu setiap kali selepas pilihan raya umum sentiasa berlaku kenaikan harga barang. Ini berdasarkan pengalaman lalu bahawa Barisan Nasional (BN) mendapat sumbangan besar daripada golongan konglomorat setiap kali pilihan raya umum.

Selepas pilihan raya golongan ini seperti biasa akan menaik harga barang bagi mengaut keuntungan lebih setelah menghabiskan wang kepada BN.

Boleh dikatakan kebanyakan barangan naik mendadak bukan sahaja barang keperluan perumahan bahkan barangan elektrik. Soket elektrik yang boleh didapati dengan harga RM1.90 di Maydin sebaliknya selepas pilihan raya mencecah RM8.90.

Bagi mengaburi pandangan, Abdullah meminta rakyat bantu penguatkuasa. Apa yang boleh rakyat bantu? Sedangkan kenaikan harga berlaku daripada pembekal dan pemborong.

Kenapa sukar sangat kerajaan mahu bertindak keatas golongan tersebut? Kenapa peruncit dan peniaga kecil yang diugut jangan menaikan harga barang?

Konglomerat boleh dibilang dengan jari dan tidak sukar untuk kerajaan bertindak. Sebaliknya menyuruh rakyat membantu penguatkuasa lebih menambah penganiayaan kepada kepada kecil dan peruncit.

Ikhlaslah kerajaan, kalau betul-betul mahu membela rakyat. Bukan hanya sedap pada suara sebaliknya menyembunyikan tindakan pemimpin negara yang lebih membela golongan kaya daripada rakyat miskin.

Read More
Posted by admin on 10 Mei 2008
1 comments
categories: , , , | | edit post

Bantu petani lebih baik dari belanja berbillion beli kapal selam - Wan Azizah

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (KeADILan Permatang Pauh) menegaskan, kerajaan perlu memikirkan bagaimana cara untuk membantu golongan petani bagi meningkatkan hasil padi negara.

"Sepatutnya daripada berbelanja berbillion ringgit untuk kapal selam dan kapal terbang Sukhoi, lebih baik kerajaan memberi tumpuan dalam meningkatkan ransangan bagi sektor pertanian khasnya dalam rangka menjamin pengeluaran makanan yang mencukupi untuk keperluan rakyat dan juga sebagai persiapan dalam pertahanan negara," ujar Wan Azizah.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Titah Ucapan Yang DiPertuan Agong di Dewan Rakyat semalam.

Menurut Wan Azizah, akhir-akhir ini banyak diperkatakan bahawa dunia sedang menghadapi krisis makanan dimana pengeluaran beras dan bahan-bahan makanan lain tidak dapat memenuhi permintaan yang makin meningkat dan menyebabkan harganya melambung tinggi.

Kekurangan berlaku antaranya kerana permintaan yang tinggi terutamanya daripada China dan India, katanya.

Selain itu faktor lain seperti pertambahan penduduk dunia, berkurangnya kawasan pertanian untuk memberi laluan kepada pembangunan hartanah dan industri, kurangnya insentif untuk penerokaan kawasan baru untuk penanaman padi, kekurangan air kerana digunakan untuk industri, cuaca dan kenaikan harga bahan bakar.

"Yang menghairankan, hampir semua negara-negara Asia dapat menghasilkan padi dan beras bagi memenuhi keperluan dalam negara mereka melainkan empat buah negara iaitu Filipina, Bangladesh, Singapura dan Malaysia!," katanya.

"Hatta, negara-negara Asia yang maju industri seperti Jepun, Korea dan Taiwan dapat menghasilkan beras melebihi keperluan dalam negara mereka," katanya.

Kerajaan perlu memandang serius perkara ini dan menjadikan agenda pengeluaran padi dan beras mencukupi untuk keperluan negara, tegas Wan Azizah.

Hal ini perlu dilihat sebagai agenda penting sepertimana Jepun menjadikan pengeluaran padi dan beras sebagai agenda pertahanan negara, katanya.

"Kami menggesa agar usaha yang bersungguh-sungguh, baik bagi peringkat kerajaan persekutuan maupun kerajaan-kerajaan negeri, dilakukan untuk membantu golongan petani dan penanam padi," katanya.

Justeru katanya, peruntukan dana awam harus dijamin untuk program pembinaan keberdayaan masyarakat tani kita bagi menghasilkan pengeluaran makanan yang memenuhi keperluan negara.-PERLUKAN RESPON DAN KOMEN ANDA BERKENAAN ISU INI.

Read More
Posted by admin on 06 Mei 2008
0 comments
categories: , , | | edit post
Powered By Blogger

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR

Nama : Dr. Hj. Sheikh Ibrahim b Salleh

Tempat Lahir : Mersing, Johor

Umur : 53 Tahun

Pendidikan:
1) Sekolah Rendah Bandar Mersing, Johor
2) Sekolah Menengah Pai Chee, Mersing, Johor
3) Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan
4) Kolej Perubatan Universiti Baghdad, Iraq

Pengalaman Kerja:
1) Pegawai Perubatan Hospital Muar (1980-85)
2) Klinik Ibrahim & Surgeri, Muar (1985 hingga sekarang)

Aktiviti Kemasyarakatan :
1) AJK KRT 6B, Taman Desa, Muar
2) Imam Ke 3, Surau Taman Desa

Jawatan Politik :
1) Yang DiPertua PAS Kawasan Bakri

Ruangan Aduan/Cadangan/Komen/Pandangan

DANA KEBAJIKAN RAKYAT DUN SG ABONG

Sesiapa sahaja yang ingin beramal jariah dan menyumbang untuk Dana Kebajikan DUN Sg Abong di mana Dana yang terkumpul ini akan disalurkan kepada aktiviti-aktiviti berupa kebajikan di sekitar Sg Abong, bolehlah menyalurkannya kepada akaun berikut :

BANK : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
NO AKAUN : 01 023 01 0066 009
ATAS NAMA : SHEIKH IBRAHIM SALLEH


Sila maklumkan melalui s.m.s. kepada 013-7335784, iaitu nama dan amaun setelah anda menyumbang.

Semoga segala sumbangan ini diberkati olehNya dan kami doakan agar saudara/i dimurahkan rezeki.

Segala kerjasama saya dahului dengan jutaan terima kasih.

PAS MEMIMPIN PERPADUAN
PAS UNTUK SEMUA

Followers