JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Iskandar menegaskan baginda akan berikhtiar mencari jalan bagi mendapatkan semula hak kedaulatan Pulau Batu Puteh yang kini dimiliki Singapura.
"Saya suka mengingatkan semua, saya tidak lupa bahawa pulau saya, Pulau Batu Puteh itu bukan hak milik Singapura... ia hak Johor.
"Sampai bila pun, saya akan ikhtiar bawa balik benda itu ke Johor," titah baginda pada istiadat perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Ke-12 di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di sini.
Hadir sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail; Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.
Pada 23 Mei lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Pulau Batu Puteh dimiliki Singapura manakala Malaysia mendapat Batuan Tengah yang terletak tidak jauh dari pulau itu,
Kedaulatan Tubir Selatan pula akan menjadi milik negara yang menguasai perairannya. Keputusan mahkamah itu menamatkan pertikaian kedua-dua negara berhubung tuntutan ke atas muka bumi itu sejak 28 tahun lalu.
Terdahulu, Sultan Iskandar mengingatkan rakyat dan pemimpin supaya menolak unsur melampau sama ada dari segi perkauman atau agama, selain mengamalkan cara hidup sederhana dalam menghadapi keadaan ekonomi sekarang.
"Semua pemimpin dan rakyat hendaklah berpegang teguh kepada Rukun Negara serta Perlembagaan dan Ahli-Ahli Dewan Negeri yang dipilih hendaklah menjalankan tugas dengan jujur, ikhlas dengan memahami hasrat serta harapan rakyat," titah baginda.
JOHOR BAHRU, 20 Jun (Hrkh) - Selepas Pilihan raya Umum (PRU) Ke-11, 2004 hanya seorang wakil tunggal pembangkang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor iaitu, Dr Mohd Ramli Md Kari (Senggarang), tetapi kali ini jumlahnya meningkat kepada enam orang.
Peningkatan jumlah wakil rakyat dari Pakatan Rakyat Johor kali ini dijangka akan merancakkan lagi persidangan Dun Johor selepas ini.
Ini kerana mereka adalah kalangan ahli politik yang telah lama berkecimpung dalam arena politik tanah air selain status mereka sebagai golongan profesional.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Johor terdiri daripada tiga doktor, peguam (dua) dan seorang ahli perniagaan.
Mereka ialah, Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh (PAS-Sungai Abong), Dr Mohamad Taslim (PAS-Maharani), Dr Boo Cheng Haw (DAP-Skudai), Peguam Ng Lam Hua (DAP-Mengkibul), Peguam Ong Kow Meng (DAP-Senai), serta seorang ahli perniagaan, Gwee Teong Hiang (DAP-Bentayan).
Perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Pertama Dun Johor ke-12, oleh Baginda Sultan Johor, Sultan Iskandar, di Bukit Timbalan di sini, yang turut disertai enam wakil Pakatan Rakyat serta 50 Adun Barisan Nasional (BN), bakal membuka era baru dalam persada politik negeri ini.
Isu berkaitan kenaikan harga minyak dan juga barang-barang keperluan lain yang begitu membebankan rakyat mutakhir ini termasuk isu Pulau Batu Puteh, dijangka akan menjadi topik perbahasan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat pada sidang Dun Johor kali ini.
Dijangkakan isu Pulau Batu Puteh ini juga bakal menjadi tumpuan perbahasan oleh wakil-wakil BN memandangkan isu tersebut telah dibangkitkan Baginda Sultan Johor, semasa bertitah merasmikan persidangan ini.
Baginda Sultan telah melahirkan kekecewaannya berikutan penyerahan pulau ini kepada Singapura, baginda yang seolah-olah semacam tidak dapat menerima hakikat ini masih menganggap pulau tersebut sebagai milik Johor lagi.
Bagaimanapun majlis perasmian ini dicemari dengan insiden yang kurang enak apabila seorang Adun Pakatan Rakyat, Gwee Teong Hiang (DAP-Bentayan), tidak dibenarkan bersama-sama Adun-Adun lain pada majlis ini berikutan keengganan beliau mematuhi arahan memakai pakaian rasmi majlis tersebut.
Insiden yang berlaku ini telah menimbulkan tanggapan negatif terhadap Pakatan Rakyat negeri ini.
Majlis yang penuh bersejarah bagi Pakatan Rakyat Johor setelah memperolehi kejayaan yang agak membanggakan pada PRU Ke-12 lalu, sepatutnya berlangsung dengan lancar, malangnya kealpaan Adun berkenaan telah mencemarkan maruah Pakatan Rakyat.
***UNTUK MAKLUMAN SEMUA, ADMIN SEDANG BERUSAHA MENDAPATKAN SALINAN PERBAHASAN DALAM SIDANG DUN JOHOR & AKAN DIPAPARKAN DI BLOG INI***
Dari blog sg abong, RESPON rakyat kepada YB
.....................................................................................
7 Jun 08, 10:09
airi: assalamualaikum...tuan shaikh.terima kasih di atas sumbangan jersi pada pasukan bolasepak sg.abong fc .terima kasih juga utk jkkk sg. abong di atas sumbangan yuran penyertaan sg abong fc ke liga muar
airi: sg abong fc menang ke atas PGA bakri minggu lepas 4-1..game ke 2 pada 8 hb jun 5.15 ptg di stadium muar bertemu team BHN pt. samsu.dtg dan berikan sokongan pada sg. abong fc tkasih
.....................................................................................
wassalam
http://dunsgabong.blogspot.com
Sebuah berita menyebut :-
KUALA LUMPUR : Celcom ( Malaysia ) Bhd menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE kepada pelanggan pasca bayar dan pra bayarnya menerusi peraduan 'Celcom 100 Hari 100 Kereta' bermula hari ini.
i. Sebuah kereta akan diberi setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pemenang peraduan berkenaan.
ii. Pelanggan perkhidmatan Celcom yang berminat menyertai peraduan itu hanya perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor 22222. Promosi itu terbuka kepada pelanggan sedia ada dan baru Celcom.
iii. Pelanggan yang dapat menjawab 10 soalan dengan tepat serta mendapat mata paling banyak akan dipilih sebagai pemenang.
iv. Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi tambahan sebuah kereta Toyota Camry model sama pada hujung minggu.
v. Setiap SMS yang dihantar dikenakan RM5.
vi. Kempen itu berlangsung selama 100 hari bermula hari ini hingga 9 September ini. Pada masa ini, Celcom mempunyai 1.5 juta pelanggan pasca bayar dan 6.3 juta pelanggan pra bayar.
vii. Beliau berkata, promosi 100 hari itu bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan setia atas sokongan yang diberikan kepada syarikat berkenaan
ULASAN Ust Zaharuddin Abd Rahman :
Secara rasmi dan mudahnya, ia adalah peraduan yang haram di sisi Islam kerana perjudian. Ini kerana semua peserta yang menghantar SMS terdedah kepada kerugian RM 50 (kerana mesti menjawab 10 soalan terlebih dahulu, sedangkan satu sms = RM 5) atau berpeluang mendapat untung sebuah kereta. Hanya seratus orang akan berjaya dari berjuta peserta. Syarikat pasti meraih untung yang lebih berbanding peserta.
Ia tidak ubah seperti peraduan "Who Wants To Be A Millionaire" dengan sedikit perbezaan sahaja.
Peserta mungkin berkata :
"Alah, apalah sangat dengan RM 5 atau RM 50 .. redha sahaja, kami tidak rasa dizalimi pun"
Namun wajib diingati, pengharaman perjudian adalah hak Allah swt dan sebarang keredhaan dalam perkara yang menjadi hak Allah adalah TERTOLAK. Redha dalam hal dosa seperti ini, adalah redha maksiat. Malah lebih dahsyat dari itu, kerdehaan dalam perilaku dosa yang mencarik hak Allah adalah akan menjadikan ia sebagai satu dosa yang lebih besar.
Mungkin juga ada yang berkata :-
"Tapi ustaz, bukankah ada manfaat untuk kita peraduan sebegini, bukan senang nak dapat peluang "
Memang benar ada manfaatnya, namun keburukannya jauh lebih besar, sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah swt sendiri :-
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا
Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya ( Al-Baqarah : 219 )
Saya teringat pernah menonton "National Geographic" yang mendokumentasikan perihal pusat perjudian di Macau. Saya masih ingat kata-kata pengusaha dan pemain judi dalam interview dengan wartawan dokumentasi itu,
"dari 10 kali main, biasanya hanya sekali menang dan 9 kali kalah".
Berikut pula info yang amat jelas dari seorang yang telah menyertai peraduan ini, saya petik dari ruangan komen di bawah. Ia sangat membuktikan ia judi yang amat menindas dan zalim.
Pada 2 Jun (iaitu tarikh bermula peraduan tersebut) saya mula hantar SMS jam 8.30 mlm. Sehingga pukul 1 pagi, keseluruhan SMS yang saya terima daripada syarikat tersebut lebih kurang 200 SMS. yang di caj RM5 ialah lebih kurang 60 SMS. Dengan harapan yang menggunung untuk memperolehi kereta tersebut, saya telah melabur sebanyak RM300.
terus terang saya katakan,saya turut menunaikan solat hajat untuk memenangi pertandingan ini. Hajat saya jika menang ialah dapatlah saya ringakan beban saya membayar hutang kereta yang sedia ada, selain dapat menggunakannya untuk buat ibadat (pergi kerja, berteduh, masjid)-- adakah tindakan saya betul ustaz??
Setiap SMS yang diterima sangat teruja dan membuatkan pelanggan akan sentiasa ingin ber SMS dan menjawab soalan. Maka, saya telah terperangkap dalam permainan ini.
Itulah sifat judi, pengusaha akan sentiasa lebih mendapat manfaat dan keuntungan. Ia sememangnya sebuah permainan yang amat buruk.
Jauhilah darinya, apatah lagi solat hajat dalam berjudi. Segeralah sampaikan kepada adik beradik, rakan-rakan dan taulan. Jangan sampai sebuah kereta Camry menyebabkan penyesalan tak sudah di alam barzakh dan akhirat kelak.
Ini pula satu lagi pengakuan penting dari pekerja di syarikat tersebut :-
Cuba baca pengakuan seorang pekerja di syarikat tersebut ini (saya petik dari ruangan komentar artikel ini). "Saya adalah seorang yang bekerja dengan xxxxxm, saya akui memang saya menentang sekeras-kerasnya peraduan ini yang memang jelas berunsur perjudian.. Ada jugak kenalan-kenalan yang dah terjebak dengan peraduan ni dan ada juga customer yang tanya dengan saya bila nak dapat kereta sedangkan diorang ada yang telah melabur sebanyak RM3000++ (ada bukti) tapi masih belum menang... memang agak memeranjatkn saya apabila ada yang sanggup belanja beribu-ribu untuk peraduan ni..."
Bayangkan betapa ghairahnya orang di zaman ini dalam bab duit dan harta segera, sehingga mudah kerap ditipu, diperdaya dan terjebak judi. Mereka berlumba-lumba menjawab soalan dari sms CELCOM ini kerana ingin mendapat mata tertinggi setiap hari bagi meraih sebuah kereta CAMRY, hingga terkorban RM 3000 sehari !! tanpa camry, tetapi hanya minyak yang naik harga RM 0.78 seliter.
Akhirnya firman Allah s.w.t tentang pengharaman judi yang disamakan dengan najis dan kerja Syaitan:-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90 )
Bagi pihak saya, saya telah memaklumkan isu ini kepada YB Dato' Ahmad Zahid Hamidi dan juga beberapa orang Mufti. Moga mereka dapat membantu umat Islam sesegera yang mungkin melalui kuasa dan autoriti mereka.
Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Assalamu'alaikum & Salam Perpaduan
Sesiapa sahaja yang ingin beramal jariah dan menyumbang untuk Dana Kebajikan DUN Sg Abong di mana Dana yang terkumpul ini akan disalurkan kepada aktiviti-aktiviti berupa kebajikan di sekitar Sg Abong, bolehlah menyalurkannya kepada akaun berikut :
BANK : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
NO AKAUN : 01 023 01 0014786
ATAS NAMA : PAS KAWASAN BAKRI
Sila maklumkan melalui s.m.s. kepada 013-7335784, iaitu nama dan amaun setelah anda menyumbang.
Semoga segala sumbangan ini diberkati olehNya dan kami doakan agar saudara/i dimurahkan rezeki.



