Subscribe to My Blog
  • YB Hulur Bantuan Mangsa Kebakaran

    Sebuah rumah kampung di Kampung Tengah telah terbakar pada Julai yang lepas namun semua penghuninya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku. Kebakaran membabitkan keseluruhan bahagian rumah termasuk bilik tidur dan dapur yang didapati terbakar hingga rentung yang dikatakan berlaku seawal 5.30 pagi. Keluarga Pn Kintan Jasmani seramai 7 orang terpaksa tinggal sehelai sepinggang ketika kebakaran berlaku yang dipercayai berpunca daripada gas bocor.YB Dr Hj Sheikh Ibrahim Salleh berkesempatan menziarahi keluarga Pn Kintan untuk menyampaikan rasa simpati dan menghulurkan bantuan segera berbentuk kewangan kepada mereka. >>Hubungi 0196592245 Untuk Menyumbang

  • Motivasi Ibadah & Cemerlang UPSR

    Satu Program Pendidikan di bawah anjuran AJK Masjid Jamek Sg Abong, Muar telah berlangsung pada 23-25 April ini di Masjid tersebut. Program ini meliputi motivasi untuk melakukan ibadah harian, tahsin Al-Quran, tasmi', qiamullail, ceramah cemerlang UPSR, ceramah keibubapaan dan diakhiri Majlis Penutup yang telah dirasmikan oleh YB Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh. Sasaran peserta adalah di kalangan calon UPSR tahun ini daripada seluruh sekolah kebangsaan dalam DUN ini dan juga anak-anak kariah Masjid Jamek Sg Abong. >>> Jangan Ketinggalan !!

  • Kunjungan Hormat Konsul Singapura

    Satu Kunjungan Hormat oleh rombongan Konsul Singapura seramai 3 orang telah diadakan pada Jumaat 9 April 2010 di kediaman YB ADUN Sg Abong (YB Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh) selama 2 jam. Menurut maklumat yang disampaikan oleh pegawai mereka, Pejabat Konsul Singapura baru sahaja ditubuhkan pada Januari 2010 di Johor Bharu. Tujuan mereka melakukan kunjungan hormat itu ialah ingin mengenali dengan lebih dekat YB Pakatan Rakyat setelah mereka mengadakan pertemuan dengan Sultan Johor yang baru, beberapa exco kerajaan negeri dan wakil MCA. 3 orang pegawai tersebut bertukar-tukar pandangan dan berbincang tentang beberapa perkara, antaranya....... >>> Rujuk Berita di Bawah

  • Blog Rasmi ADUN N13

    Selamat Datang ke Blog Rasmi Yang Berhormat Dr. Hj. Sheikh Ibrahim bin Salleh [ADUN SG ABONG-PAS]. Semoga anda semua dapat memanfaatkan blog ini sebagai wadah atau saluran alternatif mendapatkan maklumat atau menyampaikan maklumat kepada YB supaya beliau dapat menunaikan amanah dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di DUN Sg Abong khususnya dan Johor umumnya. Sebarkan blog ini kepada rakan anda. Jika terdapat sebarang masalah yang ingin diadukan, silalah ke Pusat Aduan Rakyat di Klinik Ibrahim, Jalan Salleh. Terima Kasih. >>> Selamat Melayari Blog Ini

  • Aktiviti Terkini YB

    Penduduk di sekitar Kg Kelantan di Jalan Parit Perupuk bakal menerima berita baik apabila Yang Berhormat Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sg Abong-PAS), minggu lepas telah mengadakan lawatan bersama Ketua Kampung Kelantan dan semalam (Isnin 12/04/2010), YB telahpun menghantar permohonan dan suara rakyat kepada Majlis Perbandaran Muar (MPM) dan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Muar supaya pihak yang bertanggungjawab dapat melakukan kerja-kerja pembersihan parit seperti yang ditunjukkan dalam gambar. >>> Sila Klik

  • Aktiviti Terkini YB

    Satu Majlis Dialog Bersama ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Johor telah diadakan pada hujung April di Muar Trade Centre, Muar Traders Hotel, Bandar Muar. Dialog yang berlangsung pada 8 hingga 11 malam itu adalah rutin tahunan dan kesepakatan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dalam menjuarai isu rakyat. >>> Bersama kita manfaatkannya !!

  • PC FAIR di Muar Kembali Lagi !!

    Acara Tahunan PC FAIR kembali berlangsung dan pada kali ini Dewan Jubli Intan, Muar sekali lagi dipilih sebagai lokasi strategik pemasaran berpusat bagi Syarikat-syarikat Berasaskan Komputer di Daerah Muar dan sekitarnya. Pada kali ini, ia berlangsung pada 30 April hingga 02 Mei 2010. Klik untuk Plan dalam Dewan | Klik untuk Senarai Syarikat terlibat >>> Bersama kita manfaatkannya !!

Pada 26 Januari 2009 ini, dunia akan menyaksikan sebuah lagi fenomena gerhana matahari, iaitu Gerhana Matahari Annular atau Gerhana Matahari Cincin.

Pada ketika berlakunya ijtimak di antara Bulan dan Matahari, Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke sesebuah kawasan di Bumi.

Di dalam kes 26 Januari, ia dipanggil Gerhana Matahari Cincin kerana pada ketika itu, saiz bulatan Bulan kelihatan kecil sedikit berbanding saiz bulatan Matahari. Pada waktu puncak gerhana, Bulan akan berada di tengah-tengah, manakala saki baki bulatan matahari akan kelihatan di sekeliling Bulan membentuk seolah-olah sebuah cincin.

Di Malaysia, kita hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa sahaja, iaitu hanya sebahagian matahari sahaja yang akan terlindung oleh Bulan.
Di Kuala Lumpur, permulaan gerhana adalah pada jam 4.31 petang, di mana ketika itu, Matahari akan mula kelihatan 'sompek' sedikit kerana Bulan sudah mula melindunginya.

Puncak gerhana berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari akan dilindungi Bulan.

Kemudian Bulan akan perlahan-lahan keluar daripada laluan Matahari dan gerhana pun akan tamat pada jam 6.58 petang.

Secara umumnya, suasana tidak akan kelihatan gelap seperti Gerhana Penuh, tetapi kita mungkin akan dapat merasa keadaan seperti redup sedikit, walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit.

Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati suasana Gerhana Matahari ialah pada tahun 1998, iaitu pada 22 Ogos di mana pada ketika itu, Gerhana Matahari Cincin telah berlaku di tanahair kita.

Jom Solat Sunat Gerhana Matahari Perdana !

Di Masjid Jamek Sungai Abong

Selepas Solat Asar Berjemaah

26 Januari 2009


Anjuran Sekretariat DUN Sg Abong

Read More
Posted by admin on 26 Januari 2009

Berikut adalah senarai Aduan Bersurat. Terdapat juga aduan-aduan lain tanpa surat yang disampaikan melalui lisan, akan dimasukkan dalam catatan akan datang

PENGADU : Wakil Jln Salleh :
Memohon Kotak Kuning Di Hadapan Klinik Ibrahim & Surgeri Dan Pemasangan Sensor Lampu Trafik Jln Salleh :
23 Dis 2008

PENGADU : Wakil Taman Sri Terap :
Memohon Lampu Jalan Di Hadapan Kedai-Kedai Taman Sri Terap :
13 Nov 2008

PENGADU : Wakil Lorong Hj Alias :
Memohon Diperbaiki Jalan, Pembersihan Parit Dan Pemasangan Lampu Jalan :
3 Nov 2008

PENGADU : Wakil Taman Sri Terap Jln Kg Tengah :
Memohon Dinaiktaraf Parit Konkrit Taman Sri Terap, Jalan Kg Tengah :
1 Julai 2008

PENGADU : Wakil Taman Bakariah :
Memohon Lampu Elektrik Di Padang Permainan Kanak-Kanak/Gelanggang Serbaguna Taman Bakariah :
24 Jun 2008

PENGADU : Engineering Services Muar :
Memohon Memasukkan Bekalan Elektrik :
16 Jun 2008

PENGADU : Wakil Lorong Amran, Jln Bakri, Batu 3 ½ :
Memohon Lampu Awam Pada La8 Tsk-F3 Lorong Amran Bagi Kemudahan Pelajar Sekolah Yang Menunggu Bas Di Situ :
6 Jun 2008

PENGADU : Wakil Kg Kenangan Tun Dr Ismail :
Memohon Garisan Kuning Di Selekoh Jalan Kg Kenangan Tun Dr Ismail Berhampiran Tanah Perkuburan

PENGADU : Wakil Taman Pertama :
Memohon Pemasangan Lampu Di Pondok Bas Hadapan Kedai Runcit Huk Hin Berhad Di Taman Pertama

PENGADU : Wakil Taman Sungai Abong :
Aduan Banjir Kilat Di Taman Sungai Abong Akibat Sistem Perparitan Yang Tidak Baik :
9 April 2008

PENGADU : Wakil Jalan Salleh :
Memohon Kemudahan Asas (Jalan Tar, Perparitan, Bekalan Air, Lampu Jalan, Pelebaran Laluan Strategik) :
18 April 2008

PENGADU : Wakil Taman Sungai Abong :
Aduan Parit Longkang Tersumbat Dan Cadangan Penambahbaikan :
14 Mei 2008

PENGADU : Wakil Taman Kg Tengah :
Memohon Lampu Jalan Dan Tempat Rekreasi :
29 April 2008

*Semua aduan di atas dihantar oleh wakil penduduk kg, lorong, taman masing-masing kepada YB DR HJ SHEIKH IBRAHIM SALLEH dengan disertai pengumpulan tandatangan daripada penduduk. Sebagai tindakan segera, YB telah menghantar permohonan-permohonan dan aduan tersebut kepada pihak berkuasa tempatan. Terima kasih di atas kepercayaan yang telah anda berikan.

*Bagi mereka yang ingin menghantar atau membuat aduan, sila ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Abong, dan sebaik-baiknya mengikut langkah-langkah berikut :
1) Membuat surat permohonan mewakili tempat masing-masing yang ditujukan kepada YB
2) Pengumpulan tandatangan atau nama penduduk yang memohon perkara yang sama
3) Gambar (jika ada)
4) Surat permohonan dan lampiran-lampiran ini hendaklah dihantar terus ke mana-mana Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Abong atau hubungi Pembantu YB (En Ahmad Jimin 019 – 659 2245)

PAS MEMIMPIN PERPADUAN
PAS UNTUK SEMUA

Read More
Posted by admin on 25 Januari 2009

23 JANUARI 2009 - Badan Perhubungan PAS Negeri Johor telah mengadakan Himpunan Aman bagi membantah kekejaman Israel zionis pada hari Jumaat 23 Feb. 2009.


Himpunan kali kedua ini diadakan di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Tanjung Emas Muar. Sebelum ini, himpunan seperti ini telah diadakan di Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru. Dalam himpunan tersebut, Yang Berusaha Dato' Dr. Hj. Mahfodz Mohamad (Pesuruhjaya PAS Negeri Johor) telah menyatakan bahawa Himpunan Aman ini akan diadakan pada masa akan datang di tempat yang lain pula. Beliau berkata, kita sebagai umat Islam perlu peka ke atas saudara kita yang dizalimi. Beliau juga merayu kepada orang ramai agar dapat menghulurkan derma bagi membantu mangsa kezaliman Israel dan memulaukan barangan keluaran mereka.


Turut hadir ialah Sdr. Khairul Faizi Ahmad Kamil (Ketua Pemuda PAS Negeri Johor), Ust. Abdulah Husin (Ketua Dewan Ulama PAS Johor), YB Dr. Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sg. Abong), YB Er Teck Hwa (Ahli Parlimen Bakri), Pimpinan PAS Muar, Ledang, Pagoh dan Bakri. Dalam Himpunan Aman tersebut, pihak penganjur telah mengedarkan risalah berkaitan kekejaman Israel dan barangan keluaran Israel dan sekutunya.



Dato' Dr. Hj. Mahfudz sedang berucap. Di sebelah beliau ialah YB Er Teck Hwa (Ahli Parlimen Bakri), YB Dr. Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sg. Abong) dan Sdr. Khairul Faizi Ahmad Kamil (Ketua Pemuda PAS Negeri Johor).


Berikut adalah antara produk yang menjadi penyumbang kepada Israel.

Read More
Posted by admin on




PAKATAN RAKYAT MUAR menganjurkan sebuah majlis perpaduan sempena Sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 26 dan 27 Januari 2009 ini. Butiran majlis adalah seperti poster di atas.



NAMA MAJLIS : HARI TERBUKA PAKATAN RAKYAT TAHUN BARU TIONGHUA


ANJURAN : DAP MUAR & PAS BAKRI
LOKASI : PUSAT AKTIVITI DAP MUAR (rujuk peta di atas)
TARIKH : 31 JANUARI 2009 Sabtu
MASA : 12 Tengahari hingga 2 Petang
WAKIL RAKYAT YANG AKAN HADIR :
Ahli Parlimen Bakri (DAP) - YB Er Teck Hwa
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Sg Abong (PAS) - YB Dr Hj Sheikh Ibrahim Salleh



Rakyat DUN Sg Abong dijemput meraikan majlis ini.


Read More
Posted by admin on 24 Januari 2009

YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Dan saya nak masuk pada satu perkara yang di luar daripada Dewan ini dan saya rasa kita ada peranan masing-masing tentulah mengenai PPSMI yang heboh kita perbincangkan bukan di sini tapi di luar. Walaupun bukan dalam peranan kita di Dewan Undangan Negeri ini.

YB TUAN SPEAKER : Ok.

YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Tapi kita ada peranan. Sama-sama boleh mendesak.

YB TUAN SPEAKER : Ok.

YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Saya ada laporan, kertas kerja tentang, apa ni, kesan dasar pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah rendah. Dikeluarkan pada 7 Ogos 2008. Perbincangan meja bulat Gagasan Veteran Malaysia (GVM), anjuran Yayasan Kajian dan Strategi Melayu. Ini kumpulan penyelidiknya Professor Dato’ Ishak Harun, Professor Madya, macam-macam lagilah pakar-pakar akademik Melayu. Jadi kesannya, rumusannya bahawa gagal. Bukan sahaja gagal tetapi merugikan anak-anak kita di sekolah-sekolah rendah UPSR. Walaupun keputusan UPSR akhir-akhir ini kajian dah ada mengatakan bahawa kita berjaya. Kerana apa berjaya? 38% anak-anak kita menjawab dalam Bahasa Inggeris bagi Sains dan Matematik, 38%. Ini bukan satu kejayaan. Kalau 90%, 100%, ini hanya 38% menjawab dengan Bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains. Tapi tak dipecahkan sekolah mana. Di Bandar ke luar Bandar ke. Dibentangkan keputusan menggalakkan, lebih ramai yang mendapat 5A dan sebagainya. Saya difahamkan mungkin ini satu fitnah. Tapi saya difahamkan bahawa hingga 20% markah pun dikira lulus. Mungkin tak betul. Kita takut ini berlaku. Untuk menampakkan bahawa program ini berjaya, kerajaan terpaksa menurunkan sistem penyemakan markah-markah ini. Hingga 20 markah pun dikira lulus. 20 lebih dikira A ataupun B. Ini merbahaya Dato’ Speaker.

YB TUAN SPEAKER : Yang Berhormat setuju ke Bahasa Inggeris ni?

YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Saya terang-terang tak setuju.

YB TUAN SPEAKER : Ya?

YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Kalau tak, tak setuju. Bukan saya seorang.

YB TUAN SPEAKER : Tak setuju?

YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Bukan saya seorang. Kalau saya tak setuju tak apa. Tapi ini semua pakar-pakar akademik Melayu yang bukan Melayu pun tak setuju. Kita setuju untuk memperkasakan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah, tapi bukan cara ini. Kita memperkasakan subjek Bahasa Inggeris itu sendiri.

YB TUAN SPEAKER : Masa Yang Berhormat belajar dulu Bahasa Inggeris macam mana? Lulus?

YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Dato’ Speaker, sistemnya lain. Dulu kita ada dua medium, Inggeris dan Melayu.

YB TUAN SPEAKER : Yang Berhormat dulu dalam bahasa apa?

YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Inggerislah.

YB TUAN SPEAKER : Ok, baguslah ya Bahasa Inggeris Yang Berhormat.

YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Tapi soal kita bercita-cita nak memperkasakan, meningkatkan Bahasa Inggeris di kalangan anak-anak kita, bukan cara itu Dato’ Speaker. Kita memperkasakan pelajaran subjek Bahasa Inggeris itu sendiri.

YB TUAN SPEAKER : Ok, Yang Berhormat.

YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Tak apa lagi. Sikit saja.

YB TUAN SPEAKER : Ha, dah cukup masa.

YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: 80% pelajar-pelajar yang di sekolah rendah di luar Bandar ataupun di bandar-bandar merasa tidak senang, tidak puas hati, rasa susah apabila mereka diajar dalam Bahasa Inggeris bagi subjek Sains dan Matematik. Ini dalam laporan ini dan mereka menyatakan bahawa gagal segagal-gagalnya dalam usaha untuk meningkatkan pemahaman Bahasa Inggeris bagi anak-anak kita dan lebih gagal lagi anak kita tidak faham untuk subjek Matematik dan Bahasa Inggeris Yang Berhormat Dato’ Speaker.

YB TUAN SPEAKER : Yang Berhormat, masa dah habis Yang Berhormat. Dekat setengah jam. Ok boleh….

YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Jadi….

YB TUAN SPEAKER : Panjang dah ni.

Read More
Posted by admin on 23 Januari 2009
Powered By Blogger

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR

Nama : Dr. Hj. Sheikh Ibrahim b Salleh

Tempat Lahir : Mersing, Johor

Umur : 53 Tahun

Pendidikan:
1) Sekolah Rendah Bandar Mersing, Johor
2) Sekolah Menengah Pai Chee, Mersing, Johor
3) Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan
4) Kolej Perubatan Universiti Baghdad, Iraq

Pengalaman Kerja:
1) Pegawai Perubatan Hospital Muar (1980-85)
2) Klinik Ibrahim & Surgeri, Muar (1985 hingga sekarang)

Aktiviti Kemasyarakatan :
1) AJK KRT 6B, Taman Desa, Muar
2) Imam Ke 3, Surau Taman Desa

Jawatan Politik :
1) Yang DiPertua PAS Kawasan Bakri

Ruangan Aduan/Cadangan/Komen/Pandangan

DANA KEBAJIKAN RAKYAT DUN SG ABONG

Sesiapa sahaja yang ingin beramal jariah dan menyumbang untuk Dana Kebajikan DUN Sg Abong di mana Dana yang terkumpul ini akan disalurkan kepada aktiviti-aktiviti berupa kebajikan di sekitar Sg Abong, bolehlah menyalurkannya kepada akaun berikut :

BANK : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
NO AKAUN : 01 023 01 0066 009
ATAS NAMA : SHEIKH IBRAHIM SALLEH


Sila maklumkan melalui s.m.s. kepada 013-7335784, iaitu nama dan amaun setelah anda menyumbang.

Semoga segala sumbangan ini diberkati olehNya dan kami doakan agar saudara/i dimurahkan rezeki.

Segala kerjasama saya dahului dengan jutaan terima kasih.

PAS MEMIMPIN PERPADUAN
PAS UNTUK SEMUA

Followers