
JUMAAT 09/04/2010 - Satu Kunjungan Hormat oleh rombongan Konsul Singapura seramai 3 orang telah diadakan pada Jumaat lepas di kediaman YB ADUN Sg Abong (YB Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh) selama 2 jam.
Menurut maklumat yang disampaikan oleh pegawai mereka, Pejabat Konsul Singapura baru sahaja ditubuhkan pada Januari 2010 di Johor Bharu. Tujuan mereka melakukan kunjungan hormat itu ialah ingin mengenali dengan lebih dekat YB Pakatan Rakyat setelah mereka mengadakan pertemuan dengan Sultan Johor yang baru, beberapa exco kerajaan negeri dan wakil MCA.
3 orang pegawai tersebut bertukar-tukar pandangan dan berbincang tentang beberapa perkara, antaranya ialah gambaran berkenaan Pakatan Rakyat, pandangan tentang Kerajaan Negeri yang memerintah sekarang, masalah-masalah ketika berkhidmat dalam DUN, suasana politik negeri dan Malaysia.
YB juga sempat bertanyakan pandangan mereka jika Pilihanraya akan datang berlakunya pertukaran kerajaan negeri atau Pusat atau kedua-duanya, secara berterus terang mereka melahirkan sedikit kebimbangan kerana bimbangkan gangguan terhadap Perjanjian-perjanjian Lama antara Johor-Singapura serta perhubungan baru yang perlu dilakukan dengan pemerintah baru. Namun begitu, kebimbangan mereka hilang apabila YB memberi respon berkenaan Perjanjian Lama dengan menjawab bahawa kerajaan baru mesti menghormati segala perjanjian baru dan menaiktarafkan perjanjian itu supaya kedua-dua pihak mendapat keuntungan dan faedah sama rata bagi manfaat rakyat.
YB pula mengharapkan kepada Negara Jiran supaya mengiktiraf kerajaan baru dan seharusnya mempunyai rasa “welcome” atau mengalu-alukan pemerintah baru kerana yang baru ini adalah kerajaan yang bersih dan tiada amalan rasuah seperti yang telah ditunjukkan oleh Kerajaan Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang serta Perak (suatu ketika dahulu).
Perbincangan mereka diakhiri dengan jamuan daripada tuan rumah dan sesi bergambar.
Consulate-General of the Republic of Singapore
Consul > Tham Borg Tsien
Research Officer > Tan Wei Jia
0 comments