
SELASA 13/04/2010 - Penduduk di sekitar Kg Kelantan di Jalan Parit Perupuk bakal menerima berita baik apabila Yang Berhormat Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sg Abong-PAS), minggu lepas telah mengadakan lawatan bersama Ketua Kampung Kelantan dan semalam (Isnin 12/04/2010), YB telahpun menghantar permohonan dan suara rakyat kepada Majlis Perbandaran Muar (MPM) dan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Muar supaya pihak yang bertanggungjawab dapat melakukan kerja-kerja pembersihan parit seperti yang ditunjukkan dalam gambar.
Permohonan YB adalah meliputi kerja-kerja pembersihan parit dan menyambung parit sedia ada supaya aliran air tidak lagi tersumbat.
Kepada mana-mana kampung yang mempunyai masalah yang sama bolehlah menyampaikan aduan di Klinik YB, terima kasih.
0 comments