Sukacitanya saya sekeluarga di sini ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada semua pendokong dan penyokong yang banyak membantu saya dalam mengisi kemenangan di DUN ini. Khususnya dalam memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Bantuan saudara saudari, hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasnya.
Sempena Syawal yang bakal tiba tak lama lagi, saya sekeluarga ingin memohon maaf andai pernah terkasar bahasa atau pernah menyinggung perasaan saudara saudari sekalian sebelum ini. Sama-samalah kita bersederhana dalam kehidupan kita yang selesa ini dan menginsafi kehidupan golongan-golongan yang kurang berkemampuan. Semoga TARBIYYAH RAMADHAN ini kekal sepanjang masa.
Marilah kita mengimarahkan lagi Ramadhan yang masih berbaki, moga Allah merahmati kita dengan Lailatul Qadr dan kemuliaan Ramadhan. Cantikkan pula sambutan Syawal dengan bermaaf-maafan dan ziarah menziarahi.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA FITRAH ('AIDILFITRI)
Berhati-hatilah menunggang atau memandu kenderaan ketika ingin balik ke kampung..
SALAM FITRAH
dari..
Yang Berhormat Doktor Haji Sheikh Ibrahim b Salleh (ADUN SG ABONG [PAS])
Doktor Hajjah Salmah binti Bahri
Salleh bin Haji Sheikh Ibrahim & Ernie Muneerah binti Mohd Adhan
Siti Maryam binti Haji Sheikh Ibrahim
Muhammad bin Haji Sheikh Ibrahim
Ahmad bin Haji Sheikh Ibrahim
Ismail bin Haji Sheikh Ibrahim
Klinik Ibrahim & Surgeri,
No. 140-1, Bangunan Nadia,
Jalan Salleh, 84000, Muar,
JOHOR DARUL TAKZIM
Salam YB Dr Sheikh Ibrahim,
Alangkah terkejutnya hamba apabila menerima emel drp YB Dr. Bukankah kita pernah di satu masa berbual dan bergurau dan berjenaka di Tanjung Muar, semasa hamba masih lagi di Kolej Melayu KK bersama dengan teman setia dan sepupu YB bernama Sdr Syed Ahmad Syed Muhammed, juga drp MCKK. Maafkan hamba, terlalu lama hilangkan muka.
Tugas dan keadaan hidup membawa hamba sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur, dimana permainan politik bukanlah kerja sambilan hamba jua (senyum).
Salam Aidilfitri drp saya sekeluarga "Dr Yem", nama timangan YB sewaktu dulu di Muara. Salam saya kepada seisi keluarga dan semua penonton AnakMuar, semoga kita semua di restu Allah swt. Sayalah yang berdosa atas segala kehilaflan sendiri dan sesungguhnya saya termasuk dalam golongan orang2 yang zalim yang sentiada berdoa agar diampunkan Ilahi.
Salam aidilfitri.
Prof Adj. SHALI
www.rajamenangis.blogspot.com
Email me: rajamenangis@yahoo.com