Gambar di atas : YB bersama wakil cawangan PAS Jeram menziarahi mangsa ribut dan menyampaikan bantuan segera untuk meringankan beban mangsa
untuk membaikpulih bumbung yang tercabut.
Sekretariat Kebajikan ADUN Sg Abong dengan kerjasama Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Bakri sedang menganjurkan salah satu daripada program tahunan PAS Kawasan Bakri iaitu Program “Bantuan Kepada Yang Memerlukan” sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.
Melalui Dana Kebajikan DUN Sg Abong dan bersama-sama Dana Kebajikan PAS Kawasan Bakri yang telah dikutip sepanjang tahun, kutipan yang telah diperolehi akan digunakan untuk menyampaikan sumbangan sepenuhnya kepada golongan yang memerlukan seperti ibu tunggal, anak yatim dan mereka yang kurang berkemampuan.
Penyampaian bantuan berupa kewangan dan beras itu akan dilaksanakan di majoriti surau dan masjid sekitar DUN Sg Abong seperti berikut :
1) Balairaya Kampung Baru, Batu 6
2) Surau Batu 6
3) Masjid Jamek Parit Wahid, Batu 5
4) Masjid Jamek Wawasan, Batu 3
5) Surau Kg Pt Raja Sari
6) Surau Fakeh Zaid, Kg Tengah
7) Surau Kg Parit Kadir
8) Masjid Pt Stongkat
9) Surau Pt Stongkat Darat
10) Surau Pt Stongkat Tengah
11) Surau Kg Kelantan
Dan beberapa lokasi lain yang sedang dikenalpasti.
YB selaku ADUN dan YDP PAS Kawasan Bakri adalah antara individu yang akan menyampaikan bantuan tersebut kepada kira-kira 300 penerima yang telah dikenalpasti. Kepada mana-mana individu / syarikat / korporat yang masih ingin terlibat dalam menghulurkan dana kepada program ini, silalah menghubungi Pembantu YB, En Ahmad Jimin 0196592245.
YB Dr Hj Sheikh Ibrahim Salleh mewakili Sekretariat ADUN dan PAS Kawasan Bakri seluruhnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang sangat berjasa yang sanggup mengorbankan duit dan harta demi membantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati hidup yang lebih bermakna. Sila layari http://dunsgabong.blogspot.com untuk maklumat lanjut.
Gambar : Sebuah rumah yang hangus dalam kebakaran pada Julai 2010 di Kg Tengah
Gambar : Seorang surirumah yang sedih kerana tidak mampu membaikpulih bumbungnya yang bocor
0 comments