Memaparkan catatan dengan label upsr. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label upsr. Papar semua catatan
ISNIN 26/04/2010-Program Kem Motivasi Pelajar Soleh Cemerlang yang telah diadakan pada 23-25 April 2010 dan dianjurkan Jawatankuasa Masjid Jamek Sg Abong melalui Biro Pendidikannya dianggap berjaya dalam mencapai objektif program.
Program yang julung-julung kali diadakan ini diadakan sepenuhnya di dalam Masjid Jamek Sg Abong dan kawasan sekitarnya termasuk Dewan Pejabat Pendidikan Agama Daerah Muar dan Tadika Agama Johor (Muar).
Pelbagai program yang dijalankan, mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para peserta, antaranya Riadhah Bermodul, Geng BAS M, SMS, Tahsin, Hafaz, Tasmi' Al-Quran, Muhasabah Diri, Ceramah Kecemerlangan Sahsiah dan Akademik serta Peta Minda dan Ceramah Keibubapaan.
Ia diakhiri dengan Majlis Penutup yang dirasmikan oleh YB DR HJ SHEIKH IBRAHIM SALLEH [ADUN SG ABONG-PAS]. Antara yang hadir dalam Majlis Penutup program selain ibu bapa peserta, ialah Pengerusi Masjid iaitu Tn Hj Salim Palil. Melihatkan program ini berjaya mengubah pemikiran anak-anak dari negatif kepada positif, ramai ibu bapa ingin program ini diadakan sebagai program tahunan Masjid Jamek Sg Abong.
Semoga anak-anak peserta dapat konsisten dalam meneruskan perjuangan menggapai 5A dalam UPSR, sentiasa solat Fardhu, menjaga aurat dan menjaga perasaan ayah dan ibu.
Sekretariat Pendidikan DUN Sg Abong dan Jawatankuasa Masjid Jamek Sg Abong mengucapkan jutaan terima kasih di atas bantuan yang telah diberikan oleh semua Fasilitator, Jawatankuasa Pelaksana, Para Guru Besar semua sekolah kebangsaan dalam DUN Sg Abong, ibu bapa dan anak-anak yang menjadi peserta.
Sekolah-sekolah yang terlibat adalah seperti berikut :
1) SK Sg Abong
2) SK Parit Stongkat
3) SK Bandar Maharani
4) SK St Andrew
5) SK Bakri Batu 2
6) SK Simpang Jeram
7) SK Sultan Abu Bakar (SAB)
8) Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB)
9) SK Sri Bukit Batu
Ingat adik-adik....
Mighty Mighty Takbir !!
Allahu Akbar Allah Maha Besar !!
SELASA 20/04/10 - Satu Program Pendidikan di bawah anjuran AJK Masjid Jamek Sg Abong, Muar akan berlangsung pada 23-25 April ini di Masjid tersebut.
Program ini meliputi motivasi untuk melakukan ibadah harian, tahsin Al-Quran, tasmi', qiamullail, ceramah cemerlang UPSR, ceramah keibubapaan dan diakhiri Majlis Penutup yang akan dirasmikan oleh YB Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh.
Sasaran peserta adalah di kalangan calon UPSR tahun ini daripada seluruh sekolah kebangsaan dalam DUN ini dan juga anak-anak kariah Masjid Jamek Sg Abong.
Penyertaan masih dibuka, sesiapa berminat, boleh mendaftar dengan menghubungi 0194358657 SEGERA
>>> Jangan Ketinggalan !!





