Subscribe to My Blog
  • YB Hulur Bantuan Mangsa Kebakaran

    Sebuah rumah kampung di Kampung Tengah telah terbakar pada Julai yang lepas namun semua penghuninya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku. Kebakaran membabitkan keseluruhan bahagian rumah termasuk bilik tidur dan dapur yang didapati terbakar hingga rentung yang dikatakan berlaku seawal 5.30 pagi. Keluarga Pn Kintan Jasmani seramai 7 orang terpaksa tinggal sehelai sepinggang ketika kebakaran berlaku yang dipercayai berpunca daripada gas bocor.YB Dr Hj Sheikh Ibrahim Salleh berkesempatan menziarahi keluarga Pn Kintan untuk menyampaikan rasa simpati dan menghulurkan bantuan segera berbentuk kewangan kepada mereka. >>Hubungi 0196592245 Untuk Menyumbang

  • Motivasi Ibadah & Cemerlang UPSR

    Satu Program Pendidikan di bawah anjuran AJK Masjid Jamek Sg Abong, Muar telah berlangsung pada 23-25 April ini di Masjid tersebut. Program ini meliputi motivasi untuk melakukan ibadah harian, tahsin Al-Quran, tasmi', qiamullail, ceramah cemerlang UPSR, ceramah keibubapaan dan diakhiri Majlis Penutup yang telah dirasmikan oleh YB Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh. Sasaran peserta adalah di kalangan calon UPSR tahun ini daripada seluruh sekolah kebangsaan dalam DUN ini dan juga anak-anak kariah Masjid Jamek Sg Abong. >>> Jangan Ketinggalan !!

  • Kunjungan Hormat Konsul Singapura

    Satu Kunjungan Hormat oleh rombongan Konsul Singapura seramai 3 orang telah diadakan pada Jumaat 9 April 2010 di kediaman YB ADUN Sg Abong (YB Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh) selama 2 jam. Menurut maklumat yang disampaikan oleh pegawai mereka, Pejabat Konsul Singapura baru sahaja ditubuhkan pada Januari 2010 di Johor Bharu. Tujuan mereka melakukan kunjungan hormat itu ialah ingin mengenali dengan lebih dekat YB Pakatan Rakyat setelah mereka mengadakan pertemuan dengan Sultan Johor yang baru, beberapa exco kerajaan negeri dan wakil MCA. 3 orang pegawai tersebut bertukar-tukar pandangan dan berbincang tentang beberapa perkara, antaranya....... >>> Rujuk Berita di Bawah

  • Blog Rasmi ADUN N13

    Selamat Datang ke Blog Rasmi Yang Berhormat Dr. Hj. Sheikh Ibrahim bin Salleh [ADUN SG ABONG-PAS]. Semoga anda semua dapat memanfaatkan blog ini sebagai wadah atau saluran alternatif mendapatkan maklumat atau menyampaikan maklumat kepada YB supaya beliau dapat menunaikan amanah dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di DUN Sg Abong khususnya dan Johor umumnya. Sebarkan blog ini kepada rakan anda. Jika terdapat sebarang masalah yang ingin diadukan, silalah ke Pusat Aduan Rakyat di Klinik Ibrahim, Jalan Salleh. Terima Kasih. >>> Selamat Melayari Blog Ini

  • Aktiviti Terkini YB

    Penduduk di sekitar Kg Kelantan di Jalan Parit Perupuk bakal menerima berita baik apabila Yang Berhormat Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sg Abong-PAS), minggu lepas telah mengadakan lawatan bersama Ketua Kampung Kelantan dan semalam (Isnin 12/04/2010), YB telahpun menghantar permohonan dan suara rakyat kepada Majlis Perbandaran Muar (MPM) dan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Muar supaya pihak yang bertanggungjawab dapat melakukan kerja-kerja pembersihan parit seperti yang ditunjukkan dalam gambar. >>> Sila Klik

  • Aktiviti Terkini YB

    Satu Majlis Dialog Bersama ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Johor telah diadakan pada hujung April di Muar Trade Centre, Muar Traders Hotel, Bandar Muar. Dialog yang berlangsung pada 8 hingga 11 malam itu adalah rutin tahunan dan kesepakatan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dalam menjuarai isu rakyat. >>> Bersama kita manfaatkannya !!

  • PC FAIR di Muar Kembali Lagi !!

    Acara Tahunan PC FAIR kembali berlangsung dan pada kali ini Dewan Jubli Intan, Muar sekali lagi dipilih sebagai lokasi strategik pemasaran berpusat bagi Syarikat-syarikat Berasaskan Komputer di Daerah Muar dan sekitarnya. Pada kali ini, ia berlangsung pada 30 April hingga 02 Mei 2010. Klik untuk Plan dalam Dewan | Klik untuk Senarai Syarikat terlibat >>> Bersama kita manfaatkannya !!

PETIKAN DARI MYMETRO-UMAT Islam boleh menjadi umat gemilang jika agama Islam yang menjadi cara hidup tersemat di setiap individu sebagaimana terpancar budi pekerti mulia pada diri Nabi Muhammad s.a.w.


Pendakwah, Mohd Ridhuan Tee Abdullah, berkata umat Islam perlu mengamalkan ajaran agama secara total malah menzahirkannya dalam kehidupan termasuk keperibadian. “Jika tengok pada zaman nabi, Islam gemilang kerana akhlak pada nabi. Orang ramai tertarik dengan Islam disebabkan akhlak mulia yang ditunjukkan baginda walaupun ketika itu Islam masih belum sempurna,” katanya pada forum Maulidur Rasul di Dewan Serbaguna Kuarters Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya, baru-baru ini. Majlis itu dianjurkan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan Persatuan Penduduk Kuarters MBPJ. Turut hadir, Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman; Ahli Majlis Perkim Kebangsaan, Datuk Mustapha Ma dan Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Kuarters MBPJ, Mohd Nizam Azizi. Sebelum itu, hadirin mengikuti bacaan Yasin dan tahlil sebelum Isyak, disusuli perarakan Maulidur Rasul oleh kanak-kanak dan remaja, persembahan nasyid daripada kumpulan Rabbani dan cabutan bertuah.


Beliau berkata, apabila seseorang menerima Islam sebagai cara hidup, tanggungjawab mereka mempamerkan keelokannya supaya wujud perbezaan di antara orang Islam dan bukan Islam. “Jadi masuk Islam buat apa, orang bukan Islam masuk Islam dan berkhatan buat apa. Dengan sebab itu apabila kita mengambil Islam sebagai cara hidup, kita mesti menjadi baik.“Tetapi hari ini kenapa orang Islam tidak menjadi baik? Mengapa program di masjid banyak, maksiat banyak juga?” katanya. Menurutnya, kebanyakan mesej dakwah sampai hanya kepada mereka yang sudah baik manakala golongan sasaran tidak kesampaian.


“Ini bukan maksud hendak campur benda baik dengan benda buruk, tetapi kita tidak ada pilihan dan jika tidak, susah untuk menyampaikan mesej kepada golongan seperti Mat Rempit dan golongan yang kosong jiwa. Kita perlu pergi ke tempat mereka,” katanya. Seorang lagi panel forum itu, Zulkarnain Hamzah dari Zulha Entertainment, berkata pengutusan rasul memberikan manfaat yang besar kepada manusia, sebaliknya dengan ketiadaan rasul menyebabkan manusia tiada pedoman. “Dulu Melaka terkenal dengan Hindu tetapi kerana rasul dan Islam, Islam sampai ke Melaka sehingga ramai menjadi orang Islam,” katanya.

Posted by admin on 23 April 2008

0 comments

Catat Ulasan

Powered By Blogger

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR

Nama : Dr. Hj. Sheikh Ibrahim b Salleh

Tempat Lahir : Mersing, Johor

Umur : 53 Tahun

Pendidikan:
1) Sekolah Rendah Bandar Mersing, Johor
2) Sekolah Menengah Pai Chee, Mersing, Johor
3) Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan
4) Kolej Perubatan Universiti Baghdad, Iraq

Pengalaman Kerja:
1) Pegawai Perubatan Hospital Muar (1980-85)
2) Klinik Ibrahim & Surgeri, Muar (1985 hingga sekarang)

Aktiviti Kemasyarakatan :
1) AJK KRT 6B, Taman Desa, Muar
2) Imam Ke 3, Surau Taman Desa

Jawatan Politik :
1) Yang DiPertua PAS Kawasan Bakri

Ruangan Aduan/Cadangan/Komen/Pandangan

DANA KEBAJIKAN RAKYAT DUN SG ABONG

Sesiapa sahaja yang ingin beramal jariah dan menyumbang untuk Dana Kebajikan DUN Sg Abong di mana Dana yang terkumpul ini akan disalurkan kepada aktiviti-aktiviti berupa kebajikan di sekitar Sg Abong, bolehlah menyalurkannya kepada akaun berikut :

BANK : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
NO AKAUN : 01 023 01 0066 009
ATAS NAMA : SHEIKH IBRAHIM SALLEH


Sila maklumkan melalui s.m.s. kepada 013-7335784, iaitu nama dan amaun setelah anda menyumbang.

Semoga segala sumbangan ini diberkati olehNya dan kami doakan agar saudara/i dimurahkan rezeki.

Segala kerjasama saya dahului dengan jutaan terima kasih.

PAS MEMIMPIN PERPADUAN
PAS UNTUK SEMUA

Followers