Dikatakan bahawa Pegawai Jabatan Agama Johor (JAJ) yang memeriksa jualan ayam segar di sebuah pasar raya di bandar ini, terkejut apabila mendapati ia dijual tanpa sembelihan sempurna dengan urat halkum dua ekor ternakan itu belum putus sepenuhnya.
Dalam operasi sama, 65 kotak mengandungi 780 kilogram kg ayam tanpa tulang di pusat penyimpanan sejuk beku di sebuah rumah di Jalan Salleh di sini, turut disita berikutan status halalnya meragukan.
Ini berikutan pemeriksaan mendapati produk itu diimport dari China, tetapi kertas yang mempunyai logo halal dalam tulisan Jawi serta negara pengeluarnya dibuang dari kotak berkenaan dipercayai bagi mengelak statusnya disyaki pengguna Islam.
Syarikat itu yang dipercayai sudah beroperasi kira-kira 20 tahun lalu, dikatakan turut membekalkan produk ayam tanpa tulang itu kepada restoran di sekitar bandar ini termasuk untuk dijadikan sate, selain turut mengimport pelbagai lagi produk sejuk beku dari China.
Berwaspadalah kita semua, semoga kita sentiasa dipertemukan oleh ALLAH akan makanan yang bersih lagi HALAL sumbernya malah cara penyediaannya. Jika ada sebarang maklumat berkaitan isu ini berlaku di Muar khususnya di DUN Sg Abong, mengadulah kepada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Abong seperti yang tertera di bahagian atas blog ini.
0 comments