Dalam keadaan dikelilingi oleh puluhan ADUN BN, 6 ADUN PAKATAN RAKYAT masih mampu menunjukkan kredibiliti masing-masing ketika sesi perbahasan. Namun, perbahasan mereka sentiasa dicelah oleh Dato' Speaker dan Timbalan Speaker. Celahan yang tiada makna, sekadar gurauan biasa. Lebih tidak bermakna, apabila celahan yang ingin dilakukan oleh ADUN PR apabila YB lain sedang menyampaikan ucapannya, ditolak begitu sahaja. Jika diberi giliran pun, hanya sekali sahaja mencelah. Tidak seperti di Parlimen, sesiapa yang ingin mencelah akan dipersilakan dan diberi hak bercakap, walaupun orang yang sama. Inilah senario sidang DUN di Johor. Tidaklah dinamakan perbahasan jika begini caranya. Di sini Admin baru sahaja mendapat salinan Ucapan dan perbahasan yang telah disampaikan khas oleh YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH pada hari keenam persidangan. Semoga pembaca dapat melihat kebenaran situasi yang telah saya sebut di atas.
CELAHAN YB SUNGAI ABONG TERHADAP ISU KESIHATAN YANG MELIBATKAN PEKERJA ASING
YB DATO' SPEAKER : Sungai Abong.
YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH : Yang Berhormat Dato' Speaker.
YB DATO' SPEAKER : Yang Berhormat Doktor eh...
YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH : Ya, saya.
YB DATO' SPEAKER : Buat apa tanya, dah doktor. Oklah.
YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH : Saya ingin bertanya, memandangkan semua pekerja-pekerja asing diizinkan ke hospital walaupun dalam keadaan tak mampu untuk membayar caj rawatan. Sekiranya ini berlaku, apakah tindakan kerajaan terhadap majikan ataupun pekerja asing yang tak mampu dimasukkan ke hospital tetapi tidak mampu untuk membayar caj-caj perubatan dan rawatan, sekian.
YB DATO' SPEAKER : Ha.. jawab doktor.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan : Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker, ha... tentang tak mampu ni, kalau warganegara kita, memang kita ada, tiap-tiap hospital atau klinik kerajaan kita ada Badan Kebajikan di mana mereka ini kalau tak mampu, dia boleh bertemu dengan Pegawai Kebajikan di situ untuk minta turunkan harga ke dan sebagainya. Ataupun daripada Wakil Rakyat pun boleh jugalah merujukkan perkara ini supaya mereka ini dikurangkan bayaran ataupun hapus kira pun bolehlah. Kita tengok keadaan, kalau pesakit tu kuat ataupun dia kena emergency operation, menelan belanja yang besar, jadi pegawai kerajaan ini akan merujuk kepada Kebajikan di mana kita ada Yayasan Badan Kebajikan Nasional. Jadi untuk operation yang besar dan memerlukan apa dia akan bagilah untuk ini. Ini pun termasuk juga warganegara asing, kalau pekerja warganegara asing tak mampu, rujukkan kepada Badan Kebajikan ini, kita akan rujuk kepada majikan dia untuk membayarlah. InsyaAllah setakat ini terlaksanalah.
YB DATO' SPEAKER : Klinik swasta pun sama jugalah eh.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan : Klinik swasta dia kira...
YB DATO' SPEAKER : Terpulang pada dialah.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan : Terpulang pada dialah, caj dia pun lain.
YB DATO' SPEAKER : Ha, yalah Sungai Abong dia bagus. Orang dalam negeri free, yang lain kena bayarlah.

0 comments