Subscribe to My Blog
  • YB Hulur Bantuan Mangsa Kebakaran

    Sebuah rumah kampung di Kampung Tengah telah terbakar pada Julai yang lepas namun semua penghuninya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku. Kebakaran membabitkan keseluruhan bahagian rumah termasuk bilik tidur dan dapur yang didapati terbakar hingga rentung yang dikatakan berlaku seawal 5.30 pagi. Keluarga Pn Kintan Jasmani seramai 7 orang terpaksa tinggal sehelai sepinggang ketika kebakaran berlaku yang dipercayai berpunca daripada gas bocor.YB Dr Hj Sheikh Ibrahim Salleh berkesempatan menziarahi keluarga Pn Kintan untuk menyampaikan rasa simpati dan menghulurkan bantuan segera berbentuk kewangan kepada mereka. >>Hubungi 0196592245 Untuk Menyumbang

  • Motivasi Ibadah & Cemerlang UPSR

    Satu Program Pendidikan di bawah anjuran AJK Masjid Jamek Sg Abong, Muar telah berlangsung pada 23-25 April ini di Masjid tersebut. Program ini meliputi motivasi untuk melakukan ibadah harian, tahsin Al-Quran, tasmi', qiamullail, ceramah cemerlang UPSR, ceramah keibubapaan dan diakhiri Majlis Penutup yang telah dirasmikan oleh YB Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh. Sasaran peserta adalah di kalangan calon UPSR tahun ini daripada seluruh sekolah kebangsaan dalam DUN ini dan juga anak-anak kariah Masjid Jamek Sg Abong. >>> Jangan Ketinggalan !!

  • Kunjungan Hormat Konsul Singapura

    Satu Kunjungan Hormat oleh rombongan Konsul Singapura seramai 3 orang telah diadakan pada Jumaat 9 April 2010 di kediaman YB ADUN Sg Abong (YB Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh) selama 2 jam. Menurut maklumat yang disampaikan oleh pegawai mereka, Pejabat Konsul Singapura baru sahaja ditubuhkan pada Januari 2010 di Johor Bharu. Tujuan mereka melakukan kunjungan hormat itu ialah ingin mengenali dengan lebih dekat YB Pakatan Rakyat setelah mereka mengadakan pertemuan dengan Sultan Johor yang baru, beberapa exco kerajaan negeri dan wakil MCA. 3 orang pegawai tersebut bertukar-tukar pandangan dan berbincang tentang beberapa perkara, antaranya....... >>> Rujuk Berita di Bawah

  • Blog Rasmi ADUN N13

    Selamat Datang ke Blog Rasmi Yang Berhormat Dr. Hj. Sheikh Ibrahim bin Salleh [ADUN SG ABONG-PAS]. Semoga anda semua dapat memanfaatkan blog ini sebagai wadah atau saluran alternatif mendapatkan maklumat atau menyampaikan maklumat kepada YB supaya beliau dapat menunaikan amanah dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di DUN Sg Abong khususnya dan Johor umumnya. Sebarkan blog ini kepada rakan anda. Jika terdapat sebarang masalah yang ingin diadukan, silalah ke Pusat Aduan Rakyat di Klinik Ibrahim, Jalan Salleh. Terima Kasih. >>> Selamat Melayari Blog Ini

  • Aktiviti Terkini YB

    Penduduk di sekitar Kg Kelantan di Jalan Parit Perupuk bakal menerima berita baik apabila Yang Berhormat Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sg Abong-PAS), minggu lepas telah mengadakan lawatan bersama Ketua Kampung Kelantan dan semalam (Isnin 12/04/2010), YB telahpun menghantar permohonan dan suara rakyat kepada Majlis Perbandaran Muar (MPM) dan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Muar supaya pihak yang bertanggungjawab dapat melakukan kerja-kerja pembersihan parit seperti yang ditunjukkan dalam gambar. >>> Sila Klik

  • Aktiviti Terkini YB

    Satu Majlis Dialog Bersama ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Johor telah diadakan pada hujung April di Muar Trade Centre, Muar Traders Hotel, Bandar Muar. Dialog yang berlangsung pada 8 hingga 11 malam itu adalah rutin tahunan dan kesepakatan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dalam menjuarai isu rakyat. >>> Bersama kita manfaatkannya !!

  • PC FAIR di Muar Kembali Lagi !!

    Acara Tahunan PC FAIR kembali berlangsung dan pada kali ini Dewan Jubli Intan, Muar sekali lagi dipilih sebagai lokasi strategik pemasaran berpusat bagi Syarikat-syarikat Berasaskan Komputer di Daerah Muar dan sekitarnya. Pada kali ini, ia berlangsung pada 30 April hingga 02 Mei 2010. Klik untuk Plan dalam Dewan | Klik untuk Senarai Syarikat terlibat >>> Bersama kita manfaatkannya !!

Memaparkan catatan dengan label sidang dun johor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sidang dun johor. Papar semua catatan

SOALAN-SOALAN LISAN BAGI MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-12 MULAI 23 JUN 2011 HINGGA 5 JULAI 2011


SOALAN-SOALAN KEPADA MENTERI BESAR JOHOR

1) Apakah keuntungan yang diperolehi Kerajaan Negeri dan rakyat daripada Projek Wilayah Pembangunan Iskandar?

2) Adakah Kerajaan Negeri Johor akan membuat tapisan terhadap pelabur-pelabur luar yang melabur di Negeri ini dari segi implikasi atau kesan terhadap keselamatan dan kesihatan penduduk di Negeri ini sebagaimana projek LYNAS di Gambang, Pahang?

3) Mengapakah Kerajaan mengenakan caj sebanyak RM220.00 kepada mangsa banjir yang hendak mendapatkan salinan geran kerana kerosakan atau kehilangan akibat bencana banjir?

4) Mengapakah bantuan banjir pada awal tahun 2011 belum lagi diterima oleh mangsa-mangsa banjir yang terlibat?

5) Pernahkah Kerajaan Negeri Johor membuat sebarang perjanjian atau persefahaman dengan Petronas ataupun mana-mana syarikat carigali minyak dan gas yang beroperasi atau menjalankan kegiatan carigali di Negeri Johor ini?

6) Apakah bantuan yang boleh diberikan kepada rakyat oleh Kerajaan Negeri Johor dalam program Kerajaan malaysia untuk rakyat Negeri Johor memiliki rumah PERTAMAKU?

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-12 MULAI 23 JUN 2011 HINGGA 5 JULAI 2011

SOALAN-SOALAN KEPADA MENTERI BESAR JOHOR

1) Apakah kelayakan atau syarat untuk rakyat Negeri Johor mendapatkan tanah kurnia Kerajaan Negeri?

2) Adakah Kerajaan Negeri menyedari bahawa jeti yang terdapat di Kompleks Marina di Muar yang tidak beroperasi telah memberi implikasi menyekat aliran air sungai dan menjadi tempat timbunan sampah sarap yang tersekat di jeti tersebut?

3) Adakah Jabatan Agama Negeri Johor bercadang untuk meluaskan program pernikahan beramai-ramai untuk tidak terhad kepada saudara-saudara baru sahaja ke semua daerah Negeri Johor?

4) Adakah Yayasan Pelajaran Johor bercadang untuk memberi sumbangan/pinjaman kepada setiap pelajar kelahiran Johor yang cemerlang dalam pendidikan dan dapat melanjutkan pelajaran di IPT?

5) Adakah Kerajaan menyedari kerja-kerja mendalamkan dan melebarkan parit dilakukan tanpa perancangan yang sistematik mengakibatkan keruntuhan tebing parit serta merosakkan jalan kampung (jalan berlaku pemendapan)?

JAWAPAN-JAWAPAN BAGI SOALAN-SOALAN DI ATAS SEDANG DIUSAHAKAN OLEH ADMIN UNTUK DIBENTANG DI BLOG INI.

Read More
Posted by admin on 01 Julai 2011

Berikut adalah Soalan-soalan untuk sidang DUN Johor 15 Mac 2010


6 Soalan Lisan, 5 Soalan bertulis.


SOALAN LISAN

1. Adakah kerajaan Johor ada perjanjian dengan Petronas. Jika ada, sila nyatakan tarikh perjanjian.

2. Kenapa diberhentikan kutipan cukai tanah di Kompleks-kompleks Penghulu.

3. Apakah tindakan kerajaan terhadap perumahan rakyat yang telah lama terbengkalai di Jalan Kg.Tengah, Sg.Abong.

4. Berapa lama buku teks sekolah agama Johor boleh digunapakai kerana kerap bertukar.

5. Apakah usaha kerajaan tempatan dalam mengatasi kesesakan lalulintas di lampu isyarat Jalan Salleh, menghala ke Pagoh, terutama waktu puncak.

6. Berapa banyak pengeluaran pasir yang sah dari Muar.


SOALAN BERTULIS

1. Adakah benar berlaku kekurangan ubat di hospital dan klinik kerajaan. Jika benar apakah tindakan dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.

2. Berapakah perbelanjaan JPMM Sg.Abong pada tahun 2009. Minta diperincikan.

3. Banyak berlaku lambakan sisa toksik di negeri Johor. Apakah tindakan kerajaan dalam mengatasi keadaan ini.

4. Berapa ramai pekerja asing yang sah dan tidak sah di Johor.

5. Adakah pihak kerajaan berhasrat membina ‘incenarator’.


Terima kasih kepada yang berkongsi maklumat dalam membina soalan-soalan di atas.

Read More
Posted by admin on 02 Mac 2010

Jurutulis Dewan Negeri Johor memaklumkan bahawa Mesyuarat Keempat Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Ke-12 akan diadakan sebagaimana ketentuan berikut:

Tarikh : Selasa, 16 Mac 2010 (selama 1 hari)

Masa : 9-30 pagi - 1-00 petang

Tempat : Dewan Persidangan Aras 2, Dewan Negeri Johor, Kota Iskandar, 79000 Nusajaya

Pakaian : Lelaki - Pakaian Kebangsaan atau Lounge Suit berwarna gelap (bersongkok bagi dif-dif Islam),

Wanita - Pakaian Kebangsaan atau sarung dan blaus berlengan panjang atau skirt yang sekurang-kurangnya paras lutut dan blaus berlengan panjang.

Jika Tuan-Tuan dan Puan-Puan mempunyai soalan-soalan untuk diajukan dalam Dewan Negeri Johor sila hubungi wakil rakyat Tuan-Tuan
atau hubungi YB Dr Hj Sheikh Ibrahim Salleh melalui
nombor telefon 019-659 2245

Terima Kasih

Read More
Posted by admin on 22 Februari 2010


Berikut adalah Ucapan Sidang DUN Johor YB DR HJ SHEIKH IBRAHIM SALLEH pada Disember yang lalu.

YB DR HJ SHEIKH IBRAHIM SALLEH (SG ABONG) :

Terima kasih YB Dato’ Speaker. Sistem zakat adalah satu sistem yang ditentukan oleh ALLAH untuk menyelesaikan masalah umat. Dan, nampaknya sistem yang dijalankan sekarang ini belum dapat lagi menyelesaikan masalah khususnya orang-orang Islam yang miskin, fakir. Mungkin salah satu sebabnya, contohnya zakat fitrah, apabila satu tempat itu dah dikumpulkan sejumlah wang yang banyak kemudian dibawa ke Baitulmal, lepas itu barulah diagihkan kepada kawasan-kawasan masing-masing. Jadi, mungkin sistem ini saya rasa tidak berapa sesuai dalam kaedah, tujuan asal zakat. Adakah pihak Jabatan Agama bercadang untuk tidak membawa kutipan zakat khusus zakat fitrah itu ke negeri tetapi disimpan di tempat itu dan dibahagikan kepada mereka yang memerlukan di kawasan itu, contoh aje.

YB DATO’ SPEAKER :

Kalau orang kawasan YB tak beri zakat banyak, habis yang miskin banyak, nak minta duit mana? Nak minta tempat lain pulak? Sekejap-sekejap ini contoh.

YB DR HJ SHEIKH IBRAHIM SALLEH (SG ABONG) :

Tak boleh, sekarang ni pun YB Dato’ Speaker, tak cukup.

YB DATO’ SPEAKER :

Yalah, betullah tu, sebab dia betul tu.

YB DR HJ SHEIKH IBRAHIM SALLEH (SG ABONG) :

Zakat fitrah setahun dia bagi dalam RM80.00, RM100.00 pun...

YB DATO’ SPEAKER :

Ha, yalah, nanti dia jawablah.

YB DR HJ SHEIKH IBRAHIM SALLEH (SG ABONG) :

Tak boleh selesaikan masalah. Khususnya, kalaulah satu, macam taman itu ada 200 buah rumah, orang miskinnya tak ramai, YB Dato’ Speaker, 5, 6 keluarga, dipungut zakat fitrah daripada satu kawasan itu kemudian diagihkan kepada penduduk miskin di kawasan itu sahaja.

YB DATO’ SPEAKER :

Oh, yalah.

YB DR HJ SHEIKH IBRAHIM SALLEH (SG ABONG) :

Ini saya rasa boleh menyelesaikan masalah, banyak masalah.

YB DATO’ SPEAKER :

Ok, YB.

YB DR HJ SHEIKH IBRAHIM SALLEH (SG ABONG) :

Kita boleh mengubah bukan setakat membantu untuk hari raya tapi mengubah nasib mereka itu daripada miskin ke, insyaALLAH kepada orang yang boleh membayar zakat.

Read More
Posted by admin on 07 Januari 2010


Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor telah memaklumkan bahawa Mesyuarat Ketiga (Bajet 2010) Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Ke-12 akan diadakan sebagaimana ketentuan berikut:

Tarikh : 19 NOVEMBER 2009, 23 NOVEMBER 2009 - 26 NOVEMBER 2009, 30 NOVEMBER 2009 - 4 DISEMBER 2009 DAN 7 DISEMBER 2009 - 7 DISEMBER 2009 - 8 DISEMBER 2009 (selama 12 hari)

Masa : 9.30 pagi - 12.00 tengah hari (Jumaat)
9.30 pagi - 1.00 petang (Isnin - Khamis)

Tempat : Dewan Persidangan, Aras 2, Dewan Negeri Johor, Kota Iskandar, 79000 Nusajaya

Pakaian : Lelaki - Pakaian Kebangsaan atau Lounge Suit berwarna gelap (bersongkok bagi dif-dif Islam).

Wanita : Pakaian Kebangsaan atau sarung dan blaus berlengan panjang atau skirt yang sekurang-kurangnya paras lutut dan blaus berlengan panjang.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan dipersilakan hadir untuk mengikuti Persidangan tersebut.


ADUN Pakatan Rakyat Johor -YB Bentayan,Senai,Skudai,Sg Abong, Maharani dan Mengkibol

Read More
Posted by admin on 16 November 2009

NUSAJAYA : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Abong (PAS), YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH mempersoalkan sikap pemimpin BN negeri yang membisu apabila kerajaan pusat berura-ura untuk membina jambatan ketiga walaupun sebelum ini mendesak pembinaan jambatan bengkok bagi menggantikan Tambak Johor diteruskan.

Cadangan membina jambatan ketiga itu dibuat Dato’ Seri Mohd Najib Razak sebaik menjawat jawatan Perdana Menteri.

"Sebelum ini mereka begitu beriya-iya meminta supaya projek jambatan bengkok ini diteruskan memandangkan jambatan ini lebih ideal serta memberi manfaat yang sangat besar kepada negeri ini."

"Maka kedengaran pula semua pihak menyebut dan meminta kerajaan menyambung semula projek ini bahkan saya sebagai rakyat negeri ini juga bersetuju dengan cadangan tersebut."

"Hairannya isu jambatan ketiga ini menjadi senyap setelah Perdana Menteri dan Menteri Besar mengadakan lawatan ke Singapura," katanya ketika berucap di Dewan Undangan negeri (DUN) Johor, baru-baru ini.

Beliau turut mempersoalkan pihak sebenar yang mencetuskan idea jambatan ketiga itu dan yakin cadangan itu datang daripada kerajaan Singapura.

YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH juga hairan kerana tiada langsung bantahan dibuat BN negeri berhubung cadangan pembinaan jambatan ketiga itu, sehinggalah Sultan Johor, Sultan Iskandar menyuarakan ketidakpuasan hati baginda semasa bertitah merasmikan pembukaan sidang DUN 18 Jun lalu.

"Patik menjunjung kasih di atas ketegasan serta keberanian Tuanku Sultan menyuarakan ketidakpuasan hati baginda terhadap cadangan jambatan ketiga ini," kata beliau.

YB turut mencadangkan supaya satu usul dibentangkan di dewan ini bagi menyatakan pendirian rakyat Johor berhubung cadangan pembinaan jambatan ini.

"Kalaulah kita semua rakyat Johor khususnya Ahli-ahli Yang Berhormat dalam dewan yang mulia ini tidak setuju dengan jambatan ketiga, maka kita usulkan bersama bahawa kami rakyat Johor tidak setuju langsung."

"Sebaliknya apa yang kami mahu adalah jambatan kedua atau jambatan bengkok, kita perlu satu suara yang solid dalam isu ini," tegas beliau.

Read More
Posted by admin on 01 Ogos 2009

YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH (PAS Sungai Abong) mendedahkan kes seorang pesakit yang terpaksa menunggu sehingga empat hingga lima jam untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan mengambil masa dua hingga tiga bulan pula untuk mendapatkan rawatan doktor pakar.

“Malangnya, apabila tiba tarikh yang dijanjikan untuk berjumpa doktor pakar, pesakit diberitahu doktor pakar bercuti, temujanji dilanjutkan lagi sehingga lima hingga enam bulan, akhirnya pesakit mati sebelum mendapat rawatan.”

“Inilah masalah besar yang terpaksa dihadapi rakyat yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, golongan ini tidak mampu mendapatkan rawatan di hospital swasta kerana kosnya terlalu mahal,”katanya.

Menurutnya, walaupun negara mempunyai hospital yang canggih dan bangunan yang hebat tetapi pada hakikatnya perkhidmatan kesihatan masih lagi mendukacitakan.

“Selepas 50 tahun negara merdeka masalah kekurangan doktor masih tidak dapat diatasi sepenuhnya.”

”Jadi apakah dengan slogan 'rakyat didahulukan' ini maka perkara-perkara yang menyangkut kepentingan rakyat akan diselesaikan dengan secepat mungkin, ”kata beliau.

Read More
Posted by admin on 30 Julai 2009

NUSAJAYA :
“Rakyat didahulukan” adalah slogan yang indah dan hebat yang diperkenalkan pentadbiran Najib tetapi gagal dilaksanakan kerajaan BN.

“Ini adalah satu slogan yang saya rasa perlukan perubahan secara total dalam pendekatan kerajaan bagi memastikan rakyat benar-benar didahulukan,”kata YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH (PAS-Sg Abong) ketika berucap pada sidang DUN Johor, di Kota Iskandar, dekat sini, 1 Julai lalu.

Menurutnya, jika kerajaan benar-benar komited untuk merealisasikan konsep “rakyat didahulukan”, maka kepentingan rakyat perlulah diutamakan berbanding kepentingan pemimpin.
”Sebagai contoh paling mudah yang diajarkan Islam dalam konteks rakyat didahulukan ini ialah apabila kita terpaksa berlapar, maka pastikan pemimpin dulu yang lapar bukan rakyat, begitu juga apabila kenyang, maka hendaklah rakyat dulu yang kenyang kemudian barulah pemimpin.

“Dalam Islam, itulah konsep rakyat didahulukan, bukan bila lapar, rakyat yang terpaksa berlapar dulu kemudian pemimpin walaupun kadang-kadang kita tak lapar langsung tetapi kita dulu yang kenyang kemudian barulah rakyat,” ujar beliau. Beliau yakin, seluruh ahli DUN bersetuju dengan konsep yang diajar oleh Islam itu, justeru slogan rakyat didahulukan memerlukan perubahan dalam semua aspek pentadbiran negara.

"Sebaliknya slogan "Rakyat Didahulukan ini akan menjadi sumpahan kepada kerajaan sekiranya slogan ini tidak benar-benar dilaksanakan, lebih-lebih lagi jika ia hanya bersifat retorik semata-mata hingga membawa petaka kepada rakyat dan negara," katanya.

Read More
Posted by admin on 14 Julai 2009

YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH (ADUN PAS Sg Abong) keliru dengan sikap ADUN-ADUN BN yang membaling batu tetapi mereka pula yang menangis.

"Kami begitu teruk dikecam dan dihentam dengan pelbagai tuduhan kononnya penyebar fitnah, menghentam kerajaan dan lebih teruk lagi dituduh menjadi penyebab segala masalah yang berlaku di negara ini..."Sebenarnya kami yang menjadi mangsa, bukan BN tetapi peliknya mereka (BN) yang membaling batu tetapi mereka juga yang menangis," katanya pada Sidang DUN Johor, di Kota Iskandar, di sini, 1 Julai lalu.

Menurut beliau, pada hakikatnya umum mengetahui bahawa parti pembangkang ditekan, dikecam, ditindas bahkan dirampas hak mereka sewenang-wenangnya.

Tragedi rampasan kuasa haram BN di negeri Perak serta penafian hak mendapat royalti minyak semasa PAS memerintah Terengganu serta berbagai-bagai lagi kezaliman yang dilakukan terhadap pembangkang adalah bukti jelas bahawa kami adalah pihak yang dizalimi," katanya.


Ucapan Dr Sheikh Ibrahim bagaimanapun terhenti sebentar apabila Cheong Chin Liang (BN-Bukit Batu) meminta beliau menarik balik isu berkaitan negeri Perak atas alasan perkara tersebut masih dalam tindakan mahkamah.

Speaker DUN, Dato' Mohamad Ali Hassan turut meminta YB DR SHEIKH IBRAHIM agar tidak menyebut lagi isu berkaitan negeri Perak. YB bagaimanapun, akur dengan arahan Speaker. "Tak apalah, tapi satu dunia tahu bahawa perkara yang berlaku ini telahpun berlaku dan insiden ini menjelaskan lagi kepada dunia bahawa kami sebenarnya yang menjadi mangsa," ujar beliau sinis.

Read More
Posted by admin on 11 Julai 2009

YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH [PAS-ADUN SG ABONG] menyarankan kerajaan menghapuskan sama sekali sebarang bentuk perjudian yang ada di negara ini sebagai jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul kesan daripada amalan yang diharamkan Islam itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kebimbangan yang diluahkan Rasman Ithnain (BN-Sedili), berhubung pembabitan umat Islam dalam kegiatan perjudian seperti Empat Nombor Ekor, Toto dan juga Nombor Ramalan, terutama di Bandar Kota Tinggi.

Rasman mencadangkan supaya surat khabar berbahasa Melayu tidak menyiarkan keputusan-keputusan judi tersebut. Beliau yang turut sedar bahawa judi sememangnya haram di sisi Islam, mencadangkan supaya tindakan dikenakan ke atas tauke judi yang berurus niaga dengan orang Islam.

"Apabila judi ini dihapuskan, maka tidak perlu lagi buat berbagai-bagai peraturan atau tindakan penguatkuasaan. Semua cadangan tersebut hanya akan menambah beban pihak-pihak tertentu sahaja sedangkan semua bangsa dan agama setuju judi membawa keburukan dan langsung tiada kebaikannya," katanya.

SUMBER-Persidangan DUN Johor 2009

Read More
Posted by admin on 10 Julai 2009

Written by PAS Johor
Wednesday, 24 June 2009 00:19

Disampaikan oleh Y.B. Dr Boo Cheng Hau, ADUN Skudai (DAP) merangkap Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat Johor.


Ucapan Menjunjung Kasih ke atas Titah Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku Sultan Johor sempena pembukaan rasmi Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Johor yang Keduabelas pada 22-23 Jun 2008.

Y.B. Dato’ Speaker,

Selamat pagi dan salam sejahtera.

Skudai ingin mengambil bahagian untuk membahaskan usul menjunjung kasih ke atas Titah DYMM Sultan Johor sempena pembukaan rasmi Penggal Kedua Dewan yang mulia ini yang kedua belas.

Skudai ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku kerana sudi menyampaikan Titah Ucapan Baginda.

Y.B. Dato’ Speaker,

Pendahuluan: Satu Malaysia, Satu Bangsa dan Satu Insan

Satu Malaysia merupakan gagasan yang baru-baru ini dicadangkan oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri menggariskan lapan nilai sebagai teras Satu Malaysia: (1). Budaya Kecemerlangan; (2). Ketabahan; (3). Rendah Hati; (4). Penerimaan; (5). Kesetiaan: (6). Meritokrasi; (7). Integriti: (8). Pendidikan.

Kemudahan Awam dan Kualiti hidup: Rakyat didahulukan?- Memajukan infrastruktur dan malapetaka banjir.

Y.B. Dato’ Speaker,

Maka rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, kerajaan sepatutnya terdesak memajukan kemudahan awam secara berhemah dan bermanfaat kepada rakyat jelata. Kerajaan sewajarnya mengkaji semula cadangan pembinaan jambatan ketiga untuk menghubungkan Pengerang dengan Tanah merah di Singapura. Apabila penggunaan Linkedua belum dimaksimumkan, bagaimanakah suatu projek mega seperti jambatan ketiga diperlukan ?

Y.B. Dato’ Speaker,

Penggunaan Linkedua tidak dapat dimaksimumkan adalah disebabkan bayaran tol yang terlalu mahal. Jumlah bayaran tol kereta ulang-alik di antara Johor Bharu dan Singapura yang melalui Tambak Johor adalah RM 5.70, Lori RM 12. Jumlah bayaran tol ulang-alik melalui Linkedua adalah RM 22 bagi kereta, RM 100 bagi lori.

Y.B. Dato’ Speaker,

Kedua, kekurangan tempat kemasukan ke lebuh raya juga mengurangkan penggunaan Linkedua. Contohnya, Kawasan Skudai dan Kangkar Pulai tidak ada sebarang tempat kemasukan ke lebuh raya menuju ke Linkedua. Para Penduduk terpaksa memasuki lebuh raya menuju ke Linkedua di Taman Perling, Bukit Indah ataupun Gelang Patah. Tempat kemasukan lebuh raya diperlukan di kawasan perumahan yang rapat dengan penduduk adalah Kangkar Pulai dan Lima Kedai. Maka penggunaan Linkedua dapat dimaksimumkan jika bayaran tol lebih kurang sama dengan Tambak Johor dan tempat kemasukan dipertambah di kawasan-kawasan perumahan berhampiran.

Y.B. Dato’ Speaker,

PAAB dan Bekalan Air

Jika rakyat diutamakan, kepentingan awam mesti ditegakkan. Aset bekalan air adalah satu-satunya aset dan kuasa Kerajaan Negeri. Maka aset bekalan air Johor di bawah SAJ Holdings Berhad dijual kepada Pengurusan Aset Air Berhad atau PAAB dengan harga RM 4 billion untuk menjelaskan liabiliti sejumlah RM 3 billion. Akibatnya rakyat Johor akan terpaksa membayar pajakan sejumlah RM 240 juta setahun selama 30 tahun.

Y.B. Dato’ Speaker,

Jika Negeri Johor membuat pinjaman dari Kerajaan Persekutuan sejumlah RM 600 juta untuk menaik taraf bekalan air di Johor pada sepuluh tahun dahulu. Jika Kerajaan Negeri tidak mampu menjelaskan hutang RM 600 juta selama lebih dari 10 tahun, bagaimanakah Rakyat Johor berkemampuan membayar RM 240 juta setahun sebagai pajakan bekalan air dari PAAB selama 30 tahun? Ini membayangkan hak asasi rakyat Johor tergadai disebabkan salah urus SAJ Holdings Berhad. Tarif air tentu akan dinaik berkali ganda untuk menjelaskan pajakan air yang begitu mahal..

Y.B. Dato’ Speaker,

Oleh yang demikian, Skudai telah mengemukakan soalan berkenaan SAJ Holdings Berhad yang ditolak oleh pihak Urusan Dewan atas alasan isu berkenaan adalah “Rahsia”. Soalan berkenaan adalah mempertanyakan yang berapa Gaji, bonus dan emolumen-emolumen Pengurus Besar, para Pengurus bahagian-bahagian Syarikat Air Johor Holdings Berhad dan dividen dan Yuran Pengarah dibayar kepada Ahli-ahli Lembaga Pengarah di antara tahun 2000 dan 2008 ? Skudai ingin membuat bantahan terhadap tindakan urusan Dewan yang mulia ini telah menolak soalan-soalan yang melibatkan kepentingan awam serta menjejaskan hak orang awam dan wakil-wakil rakyat mengetahui serta memeriksa ketulusan dan keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri.

Y. B. Speaker,

Memandangkan perjanjian di antara PAAB dan Negeri Johor, apabila rakyat diutamakan, ketulusan pentadbiran kerajaan sewajarnya disanjungi, oleh itu, Kerajaan Negeri sepatutnya menjawab soalan Skudai di Dewan ini dan secara terbuka sebelum Rakyat Johor menyedari hak untuk menikmati keperluan asasi seperti air telah tergadai dengan sia-sia.

YB Dato’ Speaker,

Tindakan Kerajaan Negeri enggan menjawab soalan Skudai berkenaan gaji dan imbuhan peringkat pengurusan SAJ Holdings Berhad amat meragu-ragukan sama ada Kerajaan Negeri ingin menutup sebarang penyelewengan atau pun salah urus SAJ Holdings Berhad. Dewan yang mulia ini sepatutnya mempunyai hak untuk mengetahui sama ada pengurus-pengrus SAJ Holdings menikmati gaji dan imbuhan dalam lingkungan jutaan ringgit sehingga SAJ Holdings mengalami kerugian yang besar dan terpaksa menjual aset-aset kepada PAAB.

Y.B.Dato’ Speaker,

SAJ Holdings Berhad sebagai syarikat berkaitan kerajaan yang mempunyai kepentingan awam sewajarnya dikehendaki berjawab kepada Dewan ini serta mengumumkan bukan sahaja keuntungan atau kerugian secara umum, bahkan Kerajaan Negeri sewajarnya dikehendaki memaklumkan Dewan yang mulia ini berapakah pulangan setahun yang dikembalikan kepada Perbendaharaan Negeri. Begitu juga tentang Johor Corp, pulangan Johor Corp kepada Perbendaharaan Negeri mesti dimaklumkan kepada Dewan ini. Setahu Skudai, Danga Bay Berhad juga berhutang pulangan kepada Perbendaharaan Negeri sebanyak RM 128 juta.

Y.B. Dato’ Speaker,

Poliklinik Kerajaan

Jika rakyat didahulukan, kemudahan-kemudahan awam seumpama Poliklinik dan Klinik Kesihatan Kerajaan sepatunya diutamakan di kawasan perumahan. Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, di sebaliknya atas tapak poliklinik Taman Ungku Tun Aminah telah didirikan sebuah Stesyen Minyak walaupun Poliklinik TUTA terpaksa beroperasi di Rumah Kedai Dua Tingkat sehingga tapak baru ditetapkan. Tapak Poliklinik Pekan Nenas juga diubah syarat sebagai tapak komersil tanpa ambil kira kepentingan awam.

Y.B. Dato’ Speaker,

Pensijilan Badan Pengurusan dan Elakkan Penyelewengan

Blok 55 hingga 61 Pangsapuri TUTA, Flet Taman Harmoni I dan II, Pangsapuri dan Apartment Taman Desa Skudai dan Flet Taman Jaya: di persekitaran Skudai belum mendapatkan pensijilan badan pengurusan dari PBT atau hak milik strata belum dikeluarkan oleh Pejabat Tanah. Hartanah bertingkat tersebut tidak dapat memungut yuran pengrusan dan tidak dapat menjelaskan cukai tanah, misalnya Flet Taman Jaya telah berhutang sejumlah RM21,000 sebab ketiadaan sijil pendaftaran badan pengrusan oleh PBT. Kerjasama di antara pelbagai pihak diperlukan untuk menjayakan pengurusan hartanah-hartanah bertingkat termasuk pengeluaran hak milik strata dan juga pensijilan Bandan Pengurusan oleh PBT.

Y.B. Dato’ Speaker,

Bekalan Elektrik

Rakyat didahulukan, budaya kecemerlangan sepatutnya digalakkan. Bekalan elektrik dianggap sebagai keperluan asasi harian. Namun bekalan elektrik sering tergendala di kawsan Skudai khasnya Kawasan Bentara, Perwira, Nakhoda Taman Ungku Tun Aminah dan Kawasan Hang Jebat Taman Skudai baru pada purata dua, tiga kali sebulan pada tempoh 10 tahun yang lalu. Kejadian sedemikian telah mengakibatkan kesulitan kepada para penduduk dan peniaga. TNB setakat ini telah memberikan pelbagai alasan tentang bekalan elektrik yang sering tergendala tanpa rancangan untuk memperbaiki keadaan ini. Para Penduduk Taman Ungku Tun Aminah dan Taman Skudai baru mengharap-harapkan TNB akan merancangkan langkah-langkah untuk memperbaiki bekalan elektrik di kawsan Perumahan tersebut.

Y.B. Dato’ Speaker,

Banjir Lumpur Kampung Poh Chee Leng

Kampung Poh Chee Leng sering dilanda banjir lumpur kilat disebabkan keruntuhan kolam takungan kelodak di kem Tentera Skudai. Masalah berkenaan telah berterusan selama 10 tahun sehingga penduduk kampung Poh Chee Leng berpantun sebegitu:

“Cicit mati Genghis Khan susah hati,
Anak wira berkelana jauh dari Mongolia;

Kementah dekat di mata jauh di hati,
Anak Chee Leng terus menderita.”

Maka kerja reka bentuk untuk mengalihkan arus air lumpur semasa hujan dari Kem Tentera Skudai ke tempat-tempat lain sewajarnya dilakukan dengan kadar segera.

Y.B. Dato’ Speaker,

Memandangkan Projek kem Tentera berkenaan telah terbengkalai hampir 10 tahun serta mendatangkan kacauganggu dan kesulitan kepada penduduk berhampiran, Kerajaan Negeri dimohon supaya mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan tapak berkenaan diubah syarat untuk tujuan pembangunan sivil manakala tapak kem tentera dipindah ke tapak lain yang lebih bersesuaian.

Y.B Dato’ Speaker,

Keselamatan Jalan Raya

Jika rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, nyawa pengguna jalan raya sepatutnya disayangi JKR dan PBT-PBT. Kematian pengguna jalan raya berlipat ganda di Jalan Batu Pahat-Kluang, Jalan Kempas Lama, Jalan Ponitian, Jalan Skudai yang berfungsi sebagai Lebuh raya tanpa kelengkapan keselamatan yang dikehendaki seumpamanya lampu isyarat, pembahagi jalan, jejantas dan lain-lain. Kebanyakan kematian pengguna jalan raya melebatkan pejalan kaki dan penunggang motorsikal. Oleh itu, lorong khas penunggang motorsikal seperi diwujudkan di sebahagian Jalan Pontian dan lorong khas pejalan kaki dan jejantas dipertingkatkan di Jalan Raya tersebut di atas.

Projek Petrokimia di Mukim Serkat, Pontian

Jika Rakyat didahulukan, rezeki rakyat jelata sepatutnya dipelihara. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, 66 sangkar penternakan ikan laut di Kukup menghasilkan pendapatan kasar sebanyak RM 3 billion setahun dan 2,000 pekerjaan secara langsung atau tidak langsung diwujudkan. Kukup juga dikunjungi 200,000 pelancong setiap tahun dan mendatangkan revenue yang lumayan melalui sektor eko-pelancongan. Kedua-dua industri perikanan dan eko-pelancongan amat bergantung kepada kualiti air laut di persekitaran Pekan Kukup dan hutan paya bakau yang menghasilkan mikro-organisme sebagai makanan ikan laut. Disebabkan kemelesetan kualiti laut, hasil pendapatan perikanan di Kukup telah menurun sebanyak 20% berbanding dengan 10 tahun dahulu.

Y.B. Dato’ Speaker,

Seramai 811 orang penduduk dari Kukup dan Mukim Serkat telah melakukan kempen bertandatangan dan membantah rancangan memusnahkan 913 hektar hutan paya bakau untuk membangunkan industri petrokimia. Menurut kajian saintis setiap hektar hutan paya bakau dan rumpai laut dapat menghasilkan kayu dan sumber perikanan sejumlah RM 860,000 setiap tahun. Namun adalah dianggarkan oleh saintis kerugian RM 1 billion setiap tahun akan dialami sektor perikanan di Kukup jika 913 hektar hutan paya bakau dan 30 hektar ditebang untuk tujuan industri petrokimia di kawasan terbabit. Maka DEIA atau Penilaian Impak Alam Sekitar Terperinci sepatutnya disediakan untuk memperbaiki impak negatif atas alam sekitar.

Y.B. Dato’ Speaker,

PAC dan Projek Ladang Hutan Getah atau Latex Timber Clone

Salah satu soalan dari Skudai yang pernah ditolak oleh Urusan Dewan atas sebab maklumat berkenaan adalah rahsia kerajaan adalah meminta senarai Ahli Dewan Negeri, Ahli Parlimen Exco Negeri, Menteri yang pernah dikurniakan tanah kerajaan dan lesen pembalakan serta keluasan, jenis dan nombor lot tanah yang dikurniakan masing-masing. Soalan ini dipertanya untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini dan kepentingan orang ramai.

Y.B. Dato’ Speaker,

Skudai telah dimaklumkan bahawa 37,000 hektar Hutan Simpanan Kekal Terosot diluluskan untuk tujuan Program Ladang Hutan getah atau Latex Timber Clone (LTC) pada September 2007 . Kayu balak dijangka bernilai sejumlah RM 3 hingga 5 billion.

Y.B. Dato’ Speaker,

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seluas 10,010.25 hektar Hutan Simpanan Kekal Terosot telah diperuntukkan kepada 6 buah syarikat swasta dan 27,871.31 hektar diperuntukkan kepada 3 buah Badan Berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan untuk tujuan berkenaan.

Y.B. Dato’ Speaker,

Aktiviti-aktiviti menjalankan Program Ladang Hutan Getah telah mengakibatkan masalah alam sekitar termasuk banjir lumpur dan permasalahan binatang-binatang liar termasuk gajah-gajah kehilangan habitat semulajadi mereka dan terpaksa merayau-rayau di ladang-ladang serta memusnahkan tanaman tani di persekitaran Sungai Mas di Hutan Simpanan Kekal Terosot di sepanjang persempadanan Hutan Simpanan Mersing, Labis, Kluang dan Kota Tinggi.

Y.B. Dato’ Speaker,

Kawasan Hutan Simpanan Kekal Terosot terbabit adalah merupakan Hutan Sambungan atau “Central Forest Spine” (CFS) dengan izinnya, di mana binatang-binatang liar merentasi kawasan ini dalam perjalanan berimigrasi ke Utara waktu musim monsun. CFS diklasifikasikan sebagai Hutan Simpanan Kekal yang mesti dikekalkan dalam Rancangan Fizikal Nasional (2005). Program LTC yang melibatkan Hutan Simpanan Kekal Endau-Kahang dan Sungai Mas di Hutan Simpanan Endau-Kota Tinggi akan memusnahkan binatang-binatang liar di kawasan tersebut serta mengakibat banjir dengan skala malapetaka akan berlaku semula pada musim monsun. Malahan kekurangan sumber air juga akan berlaku di sebaliknya pada musim kemarau..

Y.B. Dato’ Speaker,

Hutan Simpanan Labis diwartakan pada tahun 1929. Selanjutnya Hutan Perlindungan Hidupan Liar Segamat, Hutan Perlindungan Hidupan Liar Endau-Kluang dan Hutan Perlindungan Hidupan Liar Endau-Kota Tinggi diwartakan pada tahun 1933 untuk tujuan memperlindungi habitat hisupan liar di bawah Seksyen 6(i)(b) Enakmen Perlindungan Mergastua dan Burung 1923. Skudai telah mengunjungi kawasan Hutan Simpanan Labis serta mendapati kerja-kerja menebang hutan simpanan dan menanam pokok-pokok getah di bawah Projek LTC telah dilakukan.

Y.B. Dato’ Speaker,

Walaupun Enakmen-enakmen negeri tentang Hutan Perlindungan Hidupan Liar telah digantikan dengan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76), Sebarang Hutan Simpanan Perlindungan Hidupan Liar diwartakan sebelum wujudnya Akta tersebut adalah masih berkuat kuasa di bawah peruntukan Seksyen 2(2) kecuali enakmen terbabit dimansuhkan secara sahih.

Y.B. Dato’ Speaker,

Seksyen 10 (3) Akta Perhutanan Negara menghendaki Pengarah Jabatan Perhutanan, dengan kelulusan Kerajaan Negeri, melalui pemberitahuan dalam Warta, menukar pengelasan hutan simpanan kekal dan hutan perlindungan hidupan liar kepada tujuan lain. Selain itu, Seksyen 12 Akta tersebut juga menghendaki Kerajaan Negeri mengambil kira keperluan pemuliharaan tanah dan air, kepelbagaian hayat, kesan kepada alam sekitar serta dapat menggantikan suatu kawasan tanah yang lebih kurang sama luasnya sebagai suatu hutan simpanan kekal.

Y.B. Dato’ Speaker,

Oleh itu, untuk kepentingan awam Dewan yang Mulia ini seharusnya memeriksa sama ada pemusnahan hutan-hutan simpanan terbabit telah diwartakan dan Projek LTC dilaksanakan secara halal menurut Undang-undang Persekutuan dan Enakmen Negeri.

Y.B. Dato’ Speaker,

Pelaksanaan Projek LTC di Negeri Johor disyaki bercanggah dengan kehendak-kehendak Dasar Perhutanan Negara. Walaupun DEIA diperlukan untuk penebangan hutan lebih daripada 500 hektar, pembalakan melibatkan beribu-ribu hektar di bawah Projek LTC telah dilakukan tanpa DEIA telah melanggar piawaian yang ditentukan oleh Majlis Pensijilan Kayu Malaysia. Oleh itu, Negeri Johor telah kehilangan pensijilan perhutanan yang sah sejak Januari tahun ini .

Y.B. Dato’ Speaker,

Ekoran pembalakan besar-besaran sedemikian banjir besar-besaran musim tengkujuh akan mendatangkan pemusnahan 50 perkampungan Orang Asli dan Kampung Tradisi Melayu di sepanjang Sungai Mas di Hutan Simpanan Endau-Kluang dan Endau-Kota Tinggi. Di samping itu, kekurangan bekalan air seperti berlaku pada pertengahan tahun 2005 akan berlaku semula sebab hutan simpanan terbabit adalah juga kawasan tadahan air dan asal sungai-sungai di seluruh Negeri Johor.

Y.B. Dato’ Speaker,

Pada satu ketika YAB Menteri Besar memperkecilkan orang terpaksa meminumi produk air kencing iaitu New Water. Jika rakyat tidak didahulukan, golongan atasan terus diperkayakan, pemusnahan hutan simpanan iaitu tadahan air semulajadi dilakukan secara sia-sia, ada satu ketika kelak rakyat Johor terpaksa meminumi New Water, produk air kencing Orang Singapura.

Y.B. Dato’ Speaker,

Oleh sebab kepentingan awam terbabit, Skudai telah memohon kepada Y.B. Datuk selaku Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Raya Negeri supaya pemeriksaan terhadap aduan berkenaan dilakukan. Pemeriksaan disyorkan adalah untuk mengenal pastikan sama ada Projek Ladang Hutan Getah adalah secocok dengan peningkatan taraf ekonomi tanpa mengakibatkan kebinasaan alam sekitar tidak terkawal serta mematuhi undang-undang dan dasar kerajaan yang sedia ada.

Y.B. Dato’ Speaker,

Pada pandangan Skudai, Jabatan-jabatan Kerajaan yang sepatutnya diarah untuk membuat penjelasan dan pandangan kepada PAC terhadap Projek LTC adalah Jabatan Perhutanan, Jabatan Perhilitan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, UPEN, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan seperti Malaysian Nature Society dan Majlis Peguam. Aspek-aspek Pemuliharaan Tanah dan Air, Biodiversiti, impak alam sekitar, pencegahan banjir, industri pengeluaran kayu dan perabot, pembangunan ekonomi seharuanya diperiksa secara terperinci.

Y.B. Dato’ Speaker,

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Pengerusi PAC telah mengakui beliau mempunyai kepentingan dalam Projek LTC. Kepentingan beliau dalam projek LTC adalah bercanggah dengan tugas beliau sebagai Pengerusi PAC khasnya dalam kes ini. Walaupun Skudai Gam Jim sangat baik dengan beliau, Skudai mencadangkan sekurang-kurangnya beliau berkecuali dari siasatan terhadap LTC.

Y.B. Dato’ Speaker,

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Johor juga terbabit dalam Projek LTC dan akan menebang Hutan Simpanan Kekal seluas 9,213.68 hektar. Pada hakikatnya, biodiversiti tidak akan dijayakan dengan memusnahkan hutan simpanan kekal untuk tujuan LTC. Di sebaliknya, Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Johor sepatutnya mencadangkan ladang-ladang kelapa sawit ditukar ke Ladang Hutan Getah. Pelaksanaan sedemikian bukan sahaja mengekalkan biodiversiti, tetapi juga akan menjayakan diversifikasi ekonomi.

Satu Malaysia, hak-hak Asasi Manusia dan Kontrak Sosial Baru
Y.B. Dato’ Speaker,

Jika taksiran kurang meneyeluruh diberikan terhadap Satu Malaysia, ianya akan merupakan ‘tin kosong’ di mana bunyinya lantang tetapi isinya kosong. Di sebaliknya, jika Satu Malaysia ditaksirkan sebagai “satu ideologi satu kerajaan”, ianya akan membawa Malaysia ke arah bencana menajdi sebuah Negara Totalitarian. Malahan perpaduan bangsa bukan berasaskan totalitarianism, namun berasaskan demokrasi di mana hormat sama hormat di antara satu sama lain walaupun kita mempunyai pendirian politik, agama, budaya dan latar belakang sosial yang berbeza.

Y.B. Dato’ Speaker,

Gagasan Satu Malaysia tidak sepatutnya berasaskan perpaduan satu kaum tetapi seluruh Bangsa Malaysia. Nasionalisme Se-Malaysia merupakan asas perpaduan negara. Malangnya tindakan sesetengah kalangan menggalakkan perpaduan satu kaum di masyarakat Malaysia yang majmuk ini bukan sahaja akan menjejaskan perpaduan Se-Malaysia, lagipun masalah polarisasi kaum semakin berlarutan.

Y.B. Dato’ Speaker,

Maka perpaduan bangsa dan negara akan berjaya jika kita dapat menghayati masyarakat majmuk sebagai kekuatan dan aset negara bukan hanya secara janji di mulut namun merealisasikan kebebasan sosio-ekonomi, budaya dan bahasa. Maka penerimaan atau adalah sikap yang lebih positif dari toleransi terhadap hakikat masyarakat majmuk. Persamaan di antara kaum dari segi peluang pekerjaan dan pendidikan adalah amat mustahak untuk menyatupadukan semua Bangsa Malaysia.

Y.B. Dato’ Speaker,

Dominasi mana-mana kaum tidak sepatutnya digalakkan. Di sebaliknya kontrak sosial terbaru bukan sahaja menjamin hak asasi manusia dan hak-hak saksama seseorang warga negara tetapi seseorang warga negara sewajarnya dikenakan tanggungjawab dan obligasi yang saksama terhadap negara dan masyarakat.

Y.B. Dato’ Speaker,

Oleh itu, kita mesti menegaskan tanggungjawab dan obligasi yang saksama terhadap pembangunan dan perpaduan negara. Di sebaliknya semua warga negara dilayani dengan saksama oleh pihak berkuasa. Kesetiaan kepada negara bukan berasaskan asal usul nenek moyang kita atau status bumiputera atau bukan Bumiputera. Kesetiaan seseorang warga negara itu tidak sepatutnya dipersoalkan malahan kita bukan sahaja bertoleransi terhadap pendirian politik, budaya, asal usul dan agama yang berbeza di antara satu sama lain, tetapi sewajarnya menerima kepelbagaian dalam politik, agama dan budaya adalah kekuatan dan aset negara.

Y.B. Dato’ Speaker,

Sebagai seorang doktor Skudai sentiasa terpaksa memberitahu seseorang pesakit atau ahli-ahli keluarganya berkenaan berita kurang baik jika sakit tenat. Walaupun pesakit atau ahli-ahli keluarga mungkin marah pada doktor yang memaklumkan kebenaran namun berita tidak baik, seseorang doktor itu mesti menjalankan tugas dengan tegas.

Y.B. Dato’ Speaker,

Pihak tertentu cuba menggambarkan Skudai sebagai seorang anasir perkauman. Skudai yakin bayi-bayi Melayu, Tiong Hua dan India yang pernah disambut kelahiran, dimandikan dan disusukan oleh Skudai adalah lebih daripada semua pemimpin dan ahli Dewan yang mulia ini.

Y.B. Dato’ Speaker,

Pada tahun 1980 30% kakitangan kerajaan terdiri daripada minoriti tetapi kakitangan kerajaan minoriti sekarang tidak sampai 10%. Kegagalan integrasi dalam sektor awam amat merisaukan. Skudai mengundang semua ahli Dewan yang mulia ini pergi melawat klinik Skudai di mana Skudai telah bekerja sama dengan seorang rakan doktor perempuan Melayu bertahun-tahun, bahkan pekerja pelbagai kaum yang pernah Skudai mengupah termasuk kaum Melayu, Tiong Hua, India, Bidayu Siam dan Iban . Skudai sebenarnya meneladani Tindakan Afirmatif dan integrasi antara kaum.

Y.B. Dato’ Speaker,

Malangnya dua orang Ahli Dewan yang mulia ini dan seorang professor universiti telah mempersoalkan kesetiaan Skudai kepada negara sebab mereka tidak mempersetujui analisa Skudai pada persidangan Dewan yang lalu berkenaan tafsiran Apartheid dan mendesak Skudai supaya berimigrasi dari negara ini, seolah-olahnya mereka mempunyai hak dan kuasa untuk mempersoalkan kesetiaan kaum-kaum lain.

Y.B. Dato’ Speaker,

Tuduhan mereka tidak membangkitkan kemarahan biarpun kebencian Skudai terhadap mana-mana pihak. Skudai memaafkan prejudis dan prasangka perkauman mereka. Sebenarnya, mereka yang menuduh Skudai sebagai anasir perkauman berlawan dengan bayang sendiri. Tegasnya, walau kita mempunyai pandangan yang berbeza, kita adalah sahabat senegara. Skudai berharapan tinggi supaya rakan-rakan Se-Dewan ini dapat berbahas berkenaan apa-apa perkara pun secara matang, rasional dan intelek.

Y.B. Dato’ Speaker,

Skudai mengundang rakan-rakan Se-Dewan ini supaya memandang permasalahan jurang pendapatan dan kemiskinan selain dari perasaan perkauman, di mana prasangka terhadap kaum tertentu adalah kaum yang paling kaya dan tidak memerlukan bantuan kerajaan masih wujud. Kita sepatutnya menilai kemiskinan berasaskan penderitaan individu atau Tindakan Afirmatif.

Y.B. Datp’ Speaker,

Skudai mempelajari ilmu perubatan di Jamaica sebuah negara dengan 95% penduduk orang hitam dan mendapatkan bantuan Kerajaan Jamaica. Skudai menghayati apa maksudnya racism dan apa bezanya di antara apartheid dan tindakan afirmatif. Apartheid bukan sahaja berasaskan politik perkauman tetapi lebih menyerupai satu sistem sosioekonomi yang memilih kasih serta memperkukuhkan kuasa politik kelas elit yang sudah berada dengan pelaksanaan undang-undang yang menafikan hak asasi manusia termasuk ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri. Apartheid bukan berkenaan apa jenis tandas awam yang seseorang itu dibenarkan mengguna. Itu sebenarnya merupakan tafsiran yang dangkal dan sesat. .

Y.B. Dato’ Speaker,

Menurut sejarah rasmi Afrika Selatan, orang Melayu sebagai pelayar laut yang terkenal dalam sejarah dunia merupakan golongan pertama yang menyebar Islam ke negara tersebut. Malahan, kalangan Orang Melayu menentang rejim apartheid sedangkan diberikan hak yang berlebihan jika berbanding dengan orang hitam. Mereka mempercayai sebarang dasar sosioekonomi yang memilih kasih adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Oleh itu, seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri, keadilan sosial adalah teras Konsep Satu Malaysia, lagipun keadilan sosial secocok dengan nilai-nilai murni yang disebarkan melalui ajaran agama Islam dan lain-lain..

Y.B. Dato’ Speaker,

Demi merealisasikan ideal Satu Negara, Satu Bangsa dan Satu Insan atau dengan izinnya One Country, One Nation and One People, parti-parti politik berasaskan kaum sepatutnya membuka pintu kepada semua orang Malaysia. Seorang Tokoh politik anak Johor Dato’ Onn Jaffar pernah membuat percubaan mewujudkan suatu parti politik Se Malaysia terbuka kepada semua anak Malaysia. Walaupun beliau gagal dalam usaha untuk mencapai matlamat yang mulia ini, Skudai mempercayai masyarakat kita dan Dewan yang mulia ini cukup matang untuk berbahas secara rasional dan intelek.

Y.B. Dato’ Speaker,

“Rakyat didahulukan Pencapaian diuatamakan”

Pandangan Skudai terhadap seruan “Rakyat didahulukan Pencapaian diuatamakan” adalah kepentingan rakyat jelata perlu ditegakkan. Kepentingan Rakyat tidak dapat didahulukan jika Malaysia pada keseluruhan masih mempunyai 10% penduduk atau 2 juta setinggan, maka kuota menegak kerajaan atau KMK dilaksanakan untuk membahagikan rumah kos rendah kepada penyokong-penyokong kerajaan sepatutnyanya dihapuskan. Masih ada setinggan tidak dapat diperuntukkan rumah rakyat tetapi terpaksa menyewa rumah rakyat dari golongan yang berada diperuntukan rumah rakyat dan rmah kos rendah.

Y.B. Dato’ Speaker,

Kerajaan sepatunya mengkaji kuota Bumiputera dan 15% diskaun Bumiputera dalam harga pembelian rumah dapat membantu golongan miskin? Sebenarnya, dasar yang telus untuk membahagikan rumah kos rendah dan kos medium adalah penyelesaian yang berkesan. Lagipun 15% diskaun tidak akan menbantu golongan bawahan yang tidak amapu mmembeli rumah kos tinggi walaupun dikenakan diskaun 15%. DI sebaliknya kos untuk mengekalkan diskaun 15% untuk rumah kos tinggi maka akan ditanggung oleh pembeli rumah kos rendah, medium dan tinggi sekalian.

Y.B. Dato’ Speaker,

Skudai mencadangkan Dewan yang mulia ini menghantar rombongan untuk menziarahi Housing Developemnt Board Singapura serta mencari ilham untuk mempertingkatkan upaya memiliki rumah di anatra peneroka bandar khasnya kalangan Bumiputera. Di Singapura walaupun ketiadaan kuota kaum dilaksanakan atau sebarang keutamaan diberikan kepada mana-mana kaum, kadar pemilikan rumah Orang Melayu Sinagpura adalah setinggi dengan kaum lain.

Y.B. Dato’ Speaker,

Dari segi ekonomi dan kemajuan negara berterusan , obsesi terhadap 30% ekuiti Bumiputera tidak akan mendatangkan hasil yang diigini, iatu mempertingkatkan status sosioekonomi Bangsa Melayu dan Pribumi lain. Sesiapa yang berkemampuan memiliki ekuiti adalah dari golongan yang berada. Ini bermakna dasar-dasar sedemikian hanya memperkayakan golongan yang sudah berada.

Y.B. Dato’ Speaker,

Namun ada yang skim pelaburan merugikan para pelabur seumpama Dana Johor dan Amanah Saham Johor. Ada sesetangah pihak cuba mengembar-gemburkan isu ini seumpama tikus berlagak kucing. Sebenarnya mereka sendiri mengakibatkan masalah ini.

Y.B. Dato’ Speaker,

Pada tahun 1970, pendapatan purata keluarga Melayu telah mencecah 70% dan 80% berbanding dengan pendapatan purata Tiong Hua dan India di kawasan bandar. Malahan pada keseluruhan pendapatan keluarga Melayu pada waktu itu adalah 45% berbanding denga keleuarga Tiong Hua kerana kebanyakan penduduk masih menetap di kawasan luar bandar.

Y.B. Dato’ Speaker,

Akan tetapi pada tahun 2000, kadar penduduk Melayu di kawasan bandar juga mencecah 70% pendapatan warga bandar Bukan Melayu meskipun kadar pendapatan keluarga Melayu meningkat sedikit ke 50% berbanding dengan keluarga Tiong Hua pada keseluruhan.Persamaan kadar pendapatan keluarga yang sama pada paras 70% terdapat di antara keluarga Melayu dan keluarga Tiong Hua di Singapura dan di kawasan bandar di Semenanjung Malaysia.

Y.B. Dato’ Speaker,

Ini bermakna dasar-dasar pembandaran, pengindustrian dan usaha mempertingkatkan modal insan adalah antara sebab-sebab utama jurang pendapatan dapat dikurangkan di antara kaum malahan di antara jantina dan pelbagai golongan sosial. Pada zaman teknologi maklumat dan komunikasi, mempertingkatkan pendidikan seseorang itu untuk bersaing dalam pasaran bebas adalah lebih mustahak dari keutamaan diberikan untuk medapatkan sedekah dari kerajaan supaya mereka tidak akan diperhambakan oleh pasaran bebas, di sebaliknya dapat menguasai pengetahuan berkenaan cara-cara pasaran bebas berfungsi.

Y.B. Dato’ Speaker,

Pada hakikat golongan yang dapat menguasai pasaran ekuiti sentiasa merupakan segelintir kelas elit berada yang tidak melebih 1% warga negara. Dari segi keadilan sosial, kuota kaum ekuiti adalah tidak kena mengena sama ada kelas elit yang berada itu terdiri daripada mana-mana satu kaum. Jika rakyat didahulukan kan, pencapaian diutamakan, kerajaan dan ahli-ahli politik tidak sepatutnya terlibat dalam perebutan ekuiti syarikat-syarikat swasta dan GLC. Jika kepentingan bisines bersangkut paut dengan kuasa politik, akibatnya dasar sosio-ekonomi sedemikian hanya memperkayakan segelintir golongan yang berada.

Y.B. Dato’ Speaker,

Oleh yang demikian, kita sepatutnya menumpukan usaha mempertingkatkan daya saing rakyat jelata dengan memudahkan akses pendidikan pengajian tinggi dan vokasional serta memastikan gaji pekerja seimbang dengan pembangunan termasuk dasar gaji minimum dilaksanakan.

YB Dato’ Speaker,

Pembangunan demokrasi dan modal insan amat mustahak untuk membawa Malaysia ke tahap Negara Maju. Undang-undang yang mengancam hak asasi manusia dan menghadkan perkembangan demokrasi sepatutnya dimansuhkan. Rejim Apartheid Afrika Selatan telah memansuhkan ISA pada 20 tahun dahulu. Apakah tidak boleh dilakukan oleh Malaysia? Kita memerlukan Kontrak Sosial Terbaru yang menjamin hak asisi manusia termasuk kebebasan bersuara, kebeasan berhimpun secara aman dan kebebasan untuk mendapatkan maklumat kerajaan tepat.

Y.B. dato’ Speaker,

Ada orang kata Satu malaysia itu bermakna Satu Bahasa, Satu Budaya, dan Satu bangsa. Ada orang menganggap Indonesia sebagai contoh terbaik yang melaksanakan dasar asimilasi dan satu bahasa satu bangsa. Maka masalah gerakan pemisah Aceh, Irian jaya dan sebelum ini, East Timur membuktikan dasar satu bahasa tidak semestinya berjaya menyatupadukan masyarakat majmuk.

Y.B. Dato’ Speaker,

Permasalahan Gerakan pemisah Thailand Selatan dan Sri Lanka juga berpunca daripada kegaglalan perlembagaan Thailand memperlindungi hak asasi minoriti untuk mempelajari bahasa ibunda, mengekalkan agama dan hak politik mereka. Masalah perselisihan perkauman dan pemisahan tidak akn berlaku jika, dari awal-awal, Negara Thai dan Sri Lanka mewujudkan Perlembagaan di mana hak asasi manusia termasuk hak membejari bahasa ubunda dan belajar dengan bahasa ibunda, hak budaya dan agama disanjungi.

Y.B. Dato’ Speaker,

Switzerland merupakan sebuah negara maju dengan masyarakat majmuk yang mempunyai empat bahasa rasmi selepas mengalami peperangan saudara selama 400 tahun pada satu ketika. Sekarang Switzerland adlaah sebuah negara yang terkaya dan aman di dunia ini. Afrika Selatan pernah melaksanakan dasar dua bahasa rasmi sahaja iaitu Bahasa Afrikaans dan Bahasa Inggeris tetapi mengiktiraf 11 bahasa rasmi selepas Perlembagaan baru menggantikan Perlembagaan zaman dahulu.

Y.B. Dato’ Speaker,

Untuk mewujudkan Satu Malaysia yang bersatu padu, pada pandangan saya, penerimaan masyarakat majmuk adalah aset dan kekuatan kita untuk mengharungi gelombang globalisasi yang semakin mencabar. Oleh itu, Kita memerlukan kontrak sosial terbaru yang akan menghayati hak asasi setiap warga Malaysia.

Y.B. Dato’ Speaker,

Skudai ingin mengakhiri ucapan menjujung kasih kepada Titah DYMM dengan sebahagian daripada sajak “Mimpi Bisa dan Lumpuh” penulisan Syaril Azrul:

Aku bukan seorang perwira
dan mata, hati, jiwa, penaku bukanlah peka
namun naluriku ini sedar
dari lirikan mata penaku agama
tidak pernah mengucapkan zalim
kepada suatu perpaduan
malah bangsa di bumi ini mengikthiar
seluruh azam syahdu mengikis tugu penindasan
rimba kian luas ditebas
bersama semarak gerakan rakyat
Allah Hu Akbar, reformasi, makkal sakthi
rimba ini rela diredah jujur
aku saling terharu dan kerap merasa malu

Izinkan rohaniku berikrar atas bangsa yang satu
menyusur jejak majmuk negarawan
hanya demi satu suara harapan
perpaduan Bangsa Malaysia

Sekian, terima kasih


Read More
Posted by admin on 25 Jun 2009


Pembukaan Penggal Persidangan Yang Kedua Bagi Dewan Negeri Johor Yang Kedua Belas telah selamat dirasmikan pada 18 Jun 2009 oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor dalam Majlis Perasmian yang gilang gemilang di Dewan Persidangan, Dewan Negeri Johor, Kota Iskandar, Johor Bahru.

Sebelum itu, Duli Yang Maha Mulia Baginda Al-Mutawakkil 'AlAllah As-Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim telah berkenan memeriksa Barisan Kehormat terdiri daripada Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri di hadapan Tangga Utama, Dewan Negeri Johor.


YB Dr Mohammad Taslim (Maharani) dan YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh (Sg Abong) dalam Majlis Perasmian. Kesemua ADUN Pakatan Rakyat hadir.

Di akhir titah perasmian, Duli Yang Maha Mulia Baginda Al-Mutawakkil 'AlAllah As-Sultan Iskandar baginda bertitah bahawa baginda tidak bersetuju dengan pembinaan jambatan ketiga.

Persidangan Dewan Negeri Johor akan bermula dari 22 Jun 2009 hingga 7 Julai 2009.

Read More
Posted by admin on 21 Jun 2009

Assalamu'alaikum, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Anda kini boleh melihat rakaman Ucapan YB ADUN SG ABONG (PAS) di Sidang DUN Johor. Sila ke bahagian Video Terkini, sebelah kiri blog beliau. Terima kasih.

http://dunsgabong.blogspot.com

Read More
Posted by admin on 05 Februari 2009

YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Dan saya nak masuk pada satu perkara yang di luar daripada Dewan ini dan saya rasa kita ada peranan masing-masing tentulah mengenai PPSMI yang heboh kita perbincangkan bukan di sini tapi di luar. Walaupun bukan dalam peranan kita di Dewan Undangan Negeri ini.

YB TUAN SPEAKER : Ok.

YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Tapi kita ada peranan. Sama-sama boleh mendesak.

YB TUAN SPEAKER : Ok.

YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Saya ada laporan, kertas kerja tentang, apa ni, kesan dasar pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah rendah. Dikeluarkan pada 7 Ogos 2008. Perbincangan meja bulat Gagasan Veteran Malaysia (GVM), anjuran Yayasan Kajian dan Strategi Melayu. Ini kumpulan penyelidiknya Professor Dato’ Ishak Harun, Professor Madya, macam-macam lagilah pakar-pakar akademik Melayu. Jadi kesannya, rumusannya bahawa gagal. Bukan sahaja gagal tetapi merugikan anak-anak kita di sekolah-sekolah rendah UPSR. Walaupun keputusan UPSR akhir-akhir ini kajian dah ada mengatakan bahawa kita berjaya. Kerana apa berjaya? 38% anak-anak kita menjawab dalam Bahasa Inggeris bagi Sains dan Matematik, 38%. Ini bukan satu kejayaan. Kalau 90%, 100%, ini hanya 38% menjawab dengan Bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains. Tapi tak dipecahkan sekolah mana. Di Bandar ke luar Bandar ke. Dibentangkan keputusan menggalakkan, lebih ramai yang mendapat 5A dan sebagainya. Saya difahamkan mungkin ini satu fitnah. Tapi saya difahamkan bahawa hingga 20% markah pun dikira lulus. Mungkin tak betul. Kita takut ini berlaku. Untuk menampakkan bahawa program ini berjaya, kerajaan terpaksa menurunkan sistem penyemakan markah-markah ini. Hingga 20 markah pun dikira lulus. 20 lebih dikira A ataupun B. Ini merbahaya Dato’ Speaker.

YB TUAN SPEAKER : Yang Berhormat setuju ke Bahasa Inggeris ni?

YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Saya terang-terang tak setuju.

YB TUAN SPEAKER : Ya?

YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Kalau tak, tak setuju. Bukan saya seorang.

YB TUAN SPEAKER : Tak setuju?

YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Bukan saya seorang. Kalau saya tak setuju tak apa. Tapi ini semua pakar-pakar akademik Melayu yang bukan Melayu pun tak setuju. Kita setuju untuk memperkasakan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah, tapi bukan cara ini. Kita memperkasakan subjek Bahasa Inggeris itu sendiri.

YB TUAN SPEAKER : Masa Yang Berhormat belajar dulu Bahasa Inggeris macam mana? Lulus?

YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Dato’ Speaker, sistemnya lain. Dulu kita ada dua medium, Inggeris dan Melayu.

YB TUAN SPEAKER : Yang Berhormat dulu dalam bahasa apa?

YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Inggerislah.

YB TUAN SPEAKER : Ok, baguslah ya Bahasa Inggeris Yang Berhormat.

YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Tapi soal kita bercita-cita nak memperkasakan, meningkatkan Bahasa Inggeris di kalangan anak-anak kita, bukan cara itu Dato’ Speaker. Kita memperkasakan pelajaran subjek Bahasa Inggeris itu sendiri.

YB TUAN SPEAKER : Ok, Yang Berhormat.

YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Tak apa lagi. Sikit saja.

YB TUAN SPEAKER : Ha, dah cukup masa.

YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: 80% pelajar-pelajar yang di sekolah rendah di luar Bandar ataupun di bandar-bandar merasa tidak senang, tidak puas hati, rasa susah apabila mereka diajar dalam Bahasa Inggeris bagi subjek Sains dan Matematik. Ini dalam laporan ini dan mereka menyatakan bahawa gagal segagal-gagalnya dalam usaha untuk meningkatkan pemahaman Bahasa Inggeris bagi anak-anak kita dan lebih gagal lagi anak kita tidak faham untuk subjek Matematik dan Bahasa Inggeris Yang Berhormat Dato’ Speaker.

YB TUAN SPEAKER : Yang Berhormat, masa dah habis Yang Berhormat. Dekat setengah jam. Ok boleh….

YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Jadi….

YB TUAN SPEAKER : Panjang dah ni.

Read More
Posted by admin on 23 Januari 2009

YB Dato' Speaker : Ok, ada lagi?

YB Dr Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh : Ada masa lagi?

YB Dato' Speaker : Ok, sikit lagi.

YB Dr Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh : Jadi tentang masalah isu-isu tempatan, saya rasa alhamdulillah di Sungai Abong walaupun di bawah pembangkang, tapi oleh kerana kerajaan Barisan Nasional ada prihatin dan tidak memilih bulu ataupun, dan sebagainya, jadi kami di Sungai Abong menerima limpahan projek-projek. Terima kasih kepada kerajaan. Walau bagaimanapun, adalah masalah-masalah kecil yang akan sentiasa kami pantau dan insyaallah, atasi. Jadi di Sungai Abong masalahnya tak banyaklah Yang Berhormat Dato’ Speaker, acap kali saya adukan, jawapannya kami tak mampu, kami tak ada peruntukan, kami tak apa, bukan masalah kami. Itulah perlu adanya sebuah Bank ataupun Pejabat Pos di kawasan Sungai Abong itu sendiri. Ini permintaan orang-orang yang dah pencen. Untuk mengambil pencen dan sebagainya, jadi mereka kata perlu ada. Jadi saya dah mengadu dekat Pos Muar, dia kata tak boleh, kerana dah ada pejabat pos. sekurang-kurangnya lima kilometer luar daripada itu baru boleh. Dan untuk mengadakan satu pejabat pos baru, dia kata rugi. Pos Malaysia rugi. Pos setakat untuk beli itu, beli ini, rugi. Setakat beli setem, simpan duit, bayar bil. Jadi dia kata tak boleh. Jadi mana saya nak mengadu lagi. Jadi di sinilah satu keperluan asas bagi penduduk Sungai Abong yang sekitar 20,000 itu yang majoritinya adalah mereka-mereka yang dah pencen ataupun bank untuk mereka ambil duit-duit pencen dan sebagainya. Jadi ini harapan kamilah.

Read More
Posted by admin on 25 Disember 2008

YB Dato’ Speaker : Ok perbahasan diteruskan lagi, kalau siapa nak berucap, tiada. Ah Sungai Abong.

YB Dr Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YB Dato’ Speaker : Wa’alaikumussalam

YB Dr Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh : Salam sejahtera, Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kerana telah memberi izin kepada saya untuk sama-sama membahaskan ucapan bajet.

YB Dato’ Speaker : Bentayan itu lampu tolong kasi padam. Sudah habis kasi padam.

YB Dr Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Menteri Besar Johor yang mana dalam pembentangan bajet tempohari telah merangka suatu bajet yang insyaALLAH pada pandangan kami dan saya akan dapat memacu negeri Johor ini ke arah satu era yang lebih baik, insyaALLAH. Lebih-lebih lagi dalam mengharungi krisis ekonomi dan kewangan global yang sama ada kita suka atau tidak suka pasti akan melanda negara kita tidak lama lagi.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau krisis ekonomi pada tahun 1997 ia hanyalah krisis mata wang semata-mata, alhamdulillah negara kita, negara sebelah sini hanya terlibat tetapi tidak menyeluruh di seluruh negara, seluruh dunia. Tetapi krisis ekonomi pada hari ini adalah satu krisis global yang sudah pasti melanda negara kita dan semua pakar ekonomi mengatakan bahawa kesan yang paling hebat akan berlaku tahun hadapan. Dan dijangka tidak akan pulih sekurang-kurangnya akan mengambil masa dua tahun yang akan datang. Satu perkara yang paling dibimbangi dan ngeri dan digeruni oleh pakar-pakar ekonomi. Apabila berlaku satu fenomena yang dinamakan rescission, deflation ekoran daripada krisis ekonomi pada hari ini, yang mana bukan sahaja krisis tetapi rescission. Rakyat tidak lagi mahu berbelanja ekoran kerana kurangnya aliran wang dalam negara. Maka akan berlaku satu tsunami ataupun masalah rescission deflation, yang menyebabkan bahawa kilang-kilang akan ditutup, tenaga kerja akan dibuang, hingga inilah yang paling digeruni daripada inflation yang selalu kita bimbang sangat. Inflation cuma harga naik berjimat cermat. Tetapi kalaulah deflation, rakyat tidak berbelanja, ekonomi akan merudum, kilang-kilang akan ditutup, pekerja-pekerja akan dibuang. Ini akan memakan masa yang sangat lama untuk dipulihkan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Amerika sekarang ini secara teknikalnya dia telah bankrap. Bukan lagi krisis ataupun deflation. Telah bankrap. Bukan defisit, bankrap. Negara kita, oleh kerana harga minyak turun pada USD50, oleh kerana minyak negara kita merupakan 40% daripada hasil, hasil negara, 40%. Jadi, dianggarkan bahawa negara kita akan mengalami defisit ataupun penguncupan dari segi pendapatan negara yang cukup hebat pada tahun akan datang dan seterusnya. Jadi, kita suka atau tidak suka, Johor juga akan mengalami masalah yang hebat. Apabila kita selalu fikirkan tentang pekerja kita di Singapura akan diberhentikan, tapi kita perlu juga fikirkan bahawa masalah pekerja dalam negeri kita ini dijangka lebih hebat yang akan diberhentikan tidak lama lagi. Jadi, masalah yang akan kita fikirkan tapi yang saya tidak nampak dalam bajet yang dibentangkan, bahawa masalah ini telah pun ada dalam master plan atau dalam perancangan tempoh hari.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, ekoran daripada itu, harga komoditi kita telah jatuh begitu mendadak. Kelapa sawit daripada RM700.00 satu tan dah turun kepada RM280.00 hingga RM250.00. Di sesetengah tempat turun pada RM100 lebih, RM180.00 satu tan. Ini telah mendatangkan kesan yang sangat hebat kepada para petani kita. Saya nak tahu adakah Portfolio Pertanian telah merancang, mengambil kira, apabila berlaku pernurunan harga yang lebih rendah lagi. Exco selalu membentangkan bahawa perancangan kita begini, begini, bantuan, bantuan, bantuan, begini, begini. Apa yang berlaku masalah sekarang ini, harga sawit yang begitu rendah, saya nak tanya pada Exco Pertanian, apakah rancangan untuk membantu khususnya pada petani-petani, peladang-peladang kelapa sawit pada hari ini? Saya fikir kita tidak berkuasa untuk menstabilkan harga, harga minyak sawit. Sekurang-kurangnya kita boleh membantu dalam bentuk lain. Contohnya mengurangkan kos-kos seperti baja dan sebagainya.

Yang Berhormat Tuan Speaker, maka bermula hari ini, sudah semestinyalah penelitian satu lagi sistem ekonomi yang lebih baik. Memandangkan pada sistem ekonomi yang ada pada hari ini iaitu liberalisme telah jelas gagal untuk memacu manusia atau bumi ke arah ekonomi yang lebih baik. Maka, saya tidak ragu-ragu lagilah, pakar ekonomi sekarang ini telah beria sangat melihat ke arah ekonomi Islam dan insyaallah kita berdoa akan datang ini akan berlaku, insyaallah. Kita merancang, Allah juga merancang. Dan insyaallah, kita yakin rancangan Allah itu adalah lebih baik Tuan Speaker. Saya nak baca satu ayat al-quran, dengan izin. (ayat al-quran) maksudnya “andai kata, sekiranya penduduk di satu negeri itu beriman dan bertaqwa kepada allah, nescaya allah akan bukakan pintu barakah dari langit dan pintu barakah daripada bumi-bumi ini.” Ini satu janji Allah pada manusia supaya untuk mendapat keberkatan dalam apa saja bentuk permintaan kita, ekonomi atau sebagainya maka janji Allah, beriman dan bertakwalah kepada Allah SWT. Oleh kerana barakah ini bukannya bentuk blessing seperti yang kita faham, pada mereka yang bukan beragama Islam, bukan blessing, lebih daripada blessing. Ia bukannya bentuk RM yang turun dari langit, berketul-ketul gitu, bukan. Apa saja pekerjaan, apa saja bentuk yang kita dapat, kalau tanpa keberkatan, maka pada kami ia tidak ada makna apa-apa pun. Dapatlah banyak-banyak mana, walau bagaimanapun, tak ada makna apa-apa pun. Tapi kalaupun sedikit, dengan berkat yang Allah beri pada kita walaupun sedikit, maka kita akan rasa nikmat, rahmat dan kita akan rasa cukup aman dengan benda yang kita dapat itu. Dengan tersebut, belanjawan ekonomi maka tidak sempurna kalau kita tidak menyebut hikmah ataupun berjimat cermat ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, jimat cermat, adalah satu dasar dalam ekonomi. Islam mengajar kita. Jimat cermat ini bukan masa susah. Masa kita senang kita kena jimat cermat. Kalau dah susah kita nak jimat cermat, ini bukan penyelesaiannya, Tuan Speaker. Allah ajar kita bagaimana contoh, hendak kita kawal ekonomi Negara, contoh Nabi Yusuf 'Alaihissalam, bagaimana? Untuk menghadapi tujuh tahun masa susah, tujuh tahun kita kena berjimat cermat dalam mengawal dan mengurus sistem ekonomi Negara. Tujuh tahun berjimat cermat, masa senang, bukan masa susah. Dah susah, tak guna lagi. Masa senang kita berjimat cermat. Kalau dululah, lima tahun, tujuh tahun dulu, selepas krisis kewangan, kita start, kita mula berjimat cermat, maka pada tahun depan atau seterusnya kita dah ada dalam keadaan sungguh selesa, insyaallah tapi oleh kerana kita tidak belajar daripada contoh, jimat cermat semasa kita senang, sekarang masa susah kita senang. Maka inilah keadaan dihadapi pada hari ini. Tapi walau bagaimanapun, saya rasa masih belum terlambat lagi. Dan saya minta, saya harap pihak kerajaan negeri memikirkan bukan sahaja untuk menjana ekonomi tapi juga untuk memikirkan bagaimana kita nak mutualkan perbelanjaan kita yang telah kita sungguh selesa jadi, tidaklah menyusahkan rakyat dan kerajaan.

Defisit RM2.7 juta bukanlah banyak sangat saya rasa berbanding negeri Kedah sampai RM17 juta, Kelantan RM30 juta defisit. Johor cuma RM2.74 juta bukan satu defisit yang besar. Tapi bila dikira dengan bajet tambahan dan sebagainya sampai juga ratusan juta. Tiap-tiap tahun, tahun lepas kita bincang bajet tambahan dan sebagainya, peruntukan tambahan hingga RM100.00 lebih juta, bermakna, saya tak faham sangat tentang ekonomi, tetapi asasnya saya faham bahawa ini suatu bajet defisit yang besar. Walau bagaimanapun, kita kena fikir bagaimana kita nak berjimat cermat ini Tuan Speaker dan untuk menjamin lebih ekonomi lagi. Lebih menjamin ekonomi.

Oleh kerana hasil kerajaan negeri, majoriti bentuk cukai, cukai tanah umpamanya, maka saya mencadangkan bahawa suatu pelan tindakan, suatu gerak kerja yang komitmen yang besar, sungguh-sungguh perlu dijalankan. Bagaimana kita nak menuntut cukai-cukai yang tertunggak yang begitu banyak yang tidak dinyatakan dalam bajet. Saya rasa pilihan kita juga, bagaimana. Ini kita kena fikir cara pendekatan yang sesuai. Mungkin saya setuju dengan pendekatan Yang Berhormat Bekas Menteri Besar Selangor dulu. Beri insentif, beri penghargaan kepada PBT yang dapat memberi cukai-cukai yang baik yang tinggi, tapi jangan bagi penyapu sudahlah. Mana yang tak itu, tak berjaya. Cuba, usahakan. Bagi bonus, bagi penghargaan, insentif, kepada PBT yang dapat pungut cukai yang ataupun majlis-majlis daerah yang berjaya dalam program-program ini.

Dan satu lagi Yang Berhormat Dato’ Speaker, jimat cermat satu nilai hidup yang baiklah, dalam belanjawan yang defisit dan dalam ekonomi yang sungguh gawat, akan datang, cuba-cubalah fikir bagaimana kita nak berjimat cermat dalam perbelanjaan kita. Bagi saya kalaulah satu perpuluhan berapa juta untuk servis kereta selama 4 tahun dan bila saya semak tentang rekod jawapan, tentang penyelenggaraan kereta-kereta Exco dan MB, saya rasa ini adalah satu perbelanjaan yang sungguh luar biasa hingga satu tahun hampir RM50,000.00 untuk satu kereta untuk diserviskan. Kita boleh fikir, fikir cara yang lebih baik, adakah perlu lagi dalam negeri Johor ini pakai kereta Proton Perdana Executive yang begitu hebat, kos servicingnya, Dato’ Speaker, maintenancenya atau adakah perlu kita cari alternative lain atau ada yang tak kena. Ini contoh, bukan saya nak menuduh apa-apa. Contoh, kasi contoh.

Dan satu lagi, Yang Berhormat Dato’ Speaker, satu amalan yang dikira lazim di mana-mana dalam jabatan kerajaan di Malaysia ini, yang mana-mana peruntukan yang diberikan sepanjang tahun itu, kalau tak habis, kena belanjakan. Ini saya tidak faham. Kenapa mesti dibelanjakan? Apa susahnya dipulangkan balik kepada perbendaharaan untuk dijimatkan kembali. Tiap-tiap tahun saya dengar, tiap-tiap jabatan dipaksa habiskan peruntukan yang telah diberikan sepanjang tahun.

YB Dato’ Speaker : Jabatan mana itu Yang Berhormat?

YB Dr Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh : Semua jabatan Yang Berhormat Dato’ Speaker.

YB Dato’ Speaker : Oh, duit yang tak habis dia suruh belanja?

YB Dr Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh : Yang tak habis, mesti dihabiskan.

YB Dato’ Speaker : Mana Yang Berhormat tahu?

YB Dr Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh : Saya tahu Dato’ Speaker.

YB Dato’ Speaker : Hmm, ada spy.

YB Dr Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh : Saya rasa semua orang tahu. Ini terpaksa mengadakan program-program yang tak masuk akal. Lawatan kerja ke Indonesia, ke China dan sebagainya. Ini jabatan, jabatan kecil di Muar, Daerah Muar. Dia tanya kerana apa? Dipaksa habiskan duit peruntukan. Ternyata salah ini. Kita ubah sikit, demi menghadapi masalah ekonomi yang pasti akan berlaku. Ubah pendekatan ini. Mana-mana peruntukan yang tak di habis belanja, pulang balik, pulang balik, apa susahnya pulang balik. Dan kita beri insentif pada mana jabatan yang perform dengan belanjawan yang peruntukan yang sedikit. Kita boleh buat Yang Berhormat Dato’ Speaker. Contoh di Terengganu semasa kerajaan PAS memerintah. Kawan saya dia memegang sebagai Pengarah Muzium Negeri Terengganu.

YB Dato’ Speaker : Siapa Pengarah Muzium?

YB Dr Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh : Dulu, masa PAS memerintah. Dulu, sejarah. Dia mengadu pada saya, dulu semasa BN memerintah, peruntukan bagi Muzium Terengganu lebih kurang RM3-RM4 juta. Bila PAS memerintah, PAS bagi dia hanya RM600,000.00 pandai-pandailah. Kami hendak muzium ni berjalan, tak tutup, pandai-pandailah berjimat cermat dengan RM600,000.00. Itu boleh berlaku kalau ada keikhlasan, ada daya usaha, insyaallah boleh berlaku. Jadi saya minta kerajaan negeri fikir-fikir…

YB Dato’ Speaker : Jadi mana bagus, masa PAS memerintah tu, oklah tu ya?

YB Dr Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh : Bukan masalah itu, tapi masalah oleh kerana dalam suasana kita kurang duit dan suasana kita akan menghadapi masalah ekonomi. Kita kena buat kerja-kerja yang macam ni. Penjimatan macam ni. Saya rasa semua ahli-ahli dewan boleh bersetuju.

Read More
Posted by admin on

Kerajaan negeri membelanjakan hampir RM1 juta bagi menyelenggara 15 kereta rasmi kerajaan negeri jenis Proton Perdana Executive bagi tempoh empat tahun sejak 2005.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, kenderaan itu digunakan oleh beliau, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohd. Ali Hassan, Exco-exco kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kerajaan negeri.

"Kos keseluruhan penyelenggaraan itu adalah RM962,261 dalam tempoh empat tahun. "Kos penyelenggaraan pada
>tahun 2008 sebanyak RM341,268,
>2007 (RM345,502),
>2006 (RM169,163) dan
>2005 (RM133,651)," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan, Gwee Tong Hiang dan ADUN Sungai Abong, Sheikh Ibrahim Salleh pada persidangan DUN Ke-12.

Abdul Ghani berkata, kenderaan tersebut adalah dengan nombor pendaftaran JDT 1 hingga JDT 13 dan JCS 1 dan JCS 2 yang dibeli pada tahun 2004 hingga 2006 dengan harga kira-kira RM117,000 sebuah. Mengenai soalan lain, Abdul Ghani berkata, seramai 48 orang kakitangan kerajaan negeri telah ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana terbabit dalam rasuah pada tahun 2007. Menurutnya, daripada jumlah itu seramai 37 orang telah didakwa di mahkamah.

"Bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 41 orang telah ditangkap dan 22 orang telah didakwa di mahkamah atas kesalahan rasuah," jelasnya.

Read More
Posted by admin on 10 Disember 2008

Sidang Dun Johor Kerajaan Negeri Johor sebelum ini tidak memberikan zakat kepada rakyat yang bukan Islam dan sedia untuk mempertimbangkan agihan zakat kepada mereka yang berhasrat memeluk Islam.

Dalam sidang Dun Johor semalam dalam soalan tambahan dari Dr. Sheikh Ibrahim Salleh (PAS-Sungai Abong) beliau menyarankan agar kerajaan melalui Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) untuk memberikan zakat kepada rakyat bukan Islam yang ingin berjinak-jinak memeluk Islam.

Sebelum itu Exco, Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Dato Zainal Abidin Omar memaklumkan kepada dewan sepanjang Januari hingga Oktober 2008 MAIJ telahpun memungut sebanyak RM63.8 juta bagi zakat harta dan RM8.4 juta bagi zakat fitrah dan sehingga kini sebanyak RM60.1 juta telah diagihkan.

"Daripada jumlah RM60.1 juta itu, sejumlah RM19.85 juta diberikan kepada asnaf fakir dan miskin, amil (RM8.02 juta), mualaf (RM7.91 juta), gharim (RM1.64 juta), ibnu sabil (RM120,000) dan fi sabilillah (RM22.56 juta)," katanya.
Pengagihan yang dilakukan merangkumi pelbagai bentuk termasuk bagi bantuan keperluan hidup, persiapan sekolah, perubatan, pembelian rumah, pendidikan agama, penyelenggaraan masjid dan pembangunan syiar Islam.

Persoalannya sekarang, kerajaan Johor masih belum berjaya membantu sepenuhnya dan membebaskan rakyatnya dari paras kemiskinan yang tinggi terutamanya warga setinggan di bandar walaupun BN dah lama memerintah.

Berdasarkan indeks yang ditetapkan, keluarga yang tergolong dalam miskin adalah mereka yang berpendapatan RM740 sebulan dan pendapatan per kapita RM165, manakala miskin tegar adalah yang berpendapatan RM420 dengan pendapatan per kapita RM100.

"Statistik ketua isi rumah miskin dan miskin tegar di Johor sehingga 31 Mei 2008 adalah seramai 9,492 orang, yang mana seramai 4,645 orang miskin dan seramai 4,897 orang miskin tegar.

Malangnya di sini, kerajaan Johor meluaskan skop asnaf fisabilillah dengan membina dan menyelenggarakan masjid sedangkan sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membina dan menyelenggarakan masjid.

Konsep zakat sangat luas tetapi tidaklah boleh diambil kesempatan oleh kerajaan untuk menggunakan sewenang-wenangnya wang zakat untuk membina masjid. Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memelihara dan membina syiar-syiar Islam dan tanggungjawab ini mesti dipikul bersama rakyat.

Sekiranya rakyat tidak menjaganya, kewajiban itu jatuh kepada kerajaan dan kerajaan jangan lupa konsep zakat untuk membebaskan rakyat dari paras kemiskinan.

Read More
Posted by admin on 07 Disember 2008

Pakatan Rakyat dengan penuh rasa tanggungjawab ingin mengemukakan beberapa cadangan kepada Dewan Undangan Negeri Johor (DUN Johor) yang sedang bersidang pada 21hb. November 2008 dalam membahaskan Belanjawan 2009.

Saranan-saranan berikut dikemukakan berdasarkan realiti terkini krisis ekonomi dan kewangan global, kejatuhan teruk pasaran komoditi serta kesan beberapa faktor lain terhadap ekonomi Malaysia dan Negeri Johor.

Kerajaan Negeri Johor hendaklah mampu menjangkakan ekonomi negara dan Negeri Johor akan mengalami penguncupan dalam tahun 2009. Kerajaan Negeri hendaklah bijaksana dalam mengemudi Negeri Johor bagi mengharungi badai kemelesetan ekonomi global. Kerajaan Negeri hendaklah sedar akan kemunculan cabaran ekonomi semasa dalam bentuk kenaikan kadar inflasi, kenaikan kos sara hidup, peningkatan pengangguran dan penguncupan kemasukan dana asing.

Kebanyakan negara maju sedang bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kemelesetan ekonomi terburuk semenjak dari setengah abad yang lalu.

Kami akan melaksanakan tugas kami bagi mendesak kerajaan supaya bertanggungjawab dalam hal ini demi memastikan sumbangan para pembayar cukai dan kekayaan hasil semulajadi Negari Johor dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk rakyat dan masa depan Negeri Johor.

SENARIO EKONOMI GLOBAL, CABARAN KEPADA NEGERI JOHOR

Ekonomi global kini berdepan ancaman kemelesetan berterusan dan berpanjangan. Terdapat tanda-tanda kegagalan sistem dalam kedua-dua pasaran kewangan serta ekonomi secara keseluruhannya apabila permintaan terhadap bahan asas dan barangan siap semakin menguncup seluruh dunia.

Dalam ekonomi global, tidak dapat tidak kesan daripada krisis akan dirasakan seluruh dunia dan di dalam ekonomi berorientasikan eksport seperti Malaysia negara ini perlu melakukan persediaan bagi menghadapi cabaran mendatang.

Kini dalam suku terakhir tahun 2008 data yang ada seakan membuktikan apa yang telah dijangka pada awal tahun ini. Analisis mutakhir Malaysian Institute Economic Research (MIER) menjangkakan pembangunan akan merencat ke 3.4% pada 2009 dan kemungkinan kemelesetan sebenar berlaku tahun depan perlu difikirkan secara serius. Ini mengesahkan jangkaan para pakar ekonomi antarabangsa dan juga di rantau ini ramalan kerajaan bahawa pertumbuhan negara sebanyak 5.4% boleh dikatakan terlalu optimistik.

Malaysia sedang menghadapi inflasi tertinggi dalam masa dua dekad akibat kegagalan kerajaan menguruskan subsidi petroleum sehingga menyebabkan kenaikan kos sara hidup. Turut membimbangkan adalah aliran pengangguran dan Indeks Komposit (IK) BSKL yang menjunam di bawah aras 900 mata. Keadaan ini di ikuti pula dengan penurunan harga komoditi seperti getah dan kelapa sawit.

Kenyataan oleh pihak kerajaan menunjukkan penafian berterusan terhadap realiti dan ini akan mencetuskan rasa selamat yang palsu di kalangan rakyat yang sepatutnya kini mengambil langkah sewajarnya bagi mendepani kesukaran mendatang. Strategi begini akhirnya akan memakan diri, dan menyebabkan negara ini dan kebanyakan dari rakyatnya dalam keadaan menderita.

STRATEGI-STRATEGI BAJET 2009 PAKATAN RAKYAT (PR) JOHOR

1. Menggurangkan perbelanjaan khususnya perbelanjaan mengurus.

2. Memberikan fokus utama kepada sektor yang proaktif atau mempunyai 'kesan berganda' seperti perumahan, pendidikan, pengangkutan awam, keselamatan, kesihatan dan alam sekitar.

3. Meningkatkan hasil pendapatan kerajaan negeri secara proaktif.

4. Meningkatkan tahap kualiti hidup rakyat

CADANGAN PERUNTUKAN BELANJAWAN PAKATAN RAKYAT

1. Walaupun mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2007, pendapatan kerajaan dalam tahun 2007 meningkat sebanyak RM86.38 juta atau 12.5% kepada RM779.60 juta berbanding RM693.22 juta dalam tahun 2006, Pakatan Rakyat (PR) Johor menjangkakan pengurangan pendapatan akan berlaku dalam tahun 2009. Kami menjangkakan pendapatan kerajaan negeri akan menurun sebanyak 5% atau RM37.395 juta kepada RM710.505 juta berbanding jangkaan hasil Bajet 2008 (RM747.9 juta) berpunca daripada kejatuhan harga komoditi dan kemelesetan ekonomi global.

2. Untuk memastikan tanggungjawab fiskal, Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan pengurangan dalam perbelanjaan mengurus kerajaan sebanyak 5% atau RM37.497 juta kepada RM712.443 juta berbanding jangkaan perbelanjaan Bajet 2007 (RM749.94 juta). Sebelum ini mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2007, perbelanjaan mengurus kerajaan meningkat sebanyak RM88.99 juta atau 13% kepada RM775.08 juta pada tahun 2007 berbanding RM686.09 juta pada tahun 2006. Peningkatan ini adalah merupakan peningkatan untuk tempoh 5 tahun berturut-turut.

Peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan dalam Bajet 2009 adalah tidak mencerminkan sikap berjimat-cermat ketika negara berhadapan dengan kesukaran ekonomi. Peningkatan dalam belanjawan kerajaan adalah tanda-tanda pembaziran dan ketidakcekapan.

3. Pakatan Rakyat (PR) Johor menjangkakan Bajet 2009 adalah juga merupakan bajet defisit sebanyak RM1.938 juta (0.27%) iaitu didalam margin defisit yang munasabah dan berpatutan. Ini adalah merupakan bajet defisit tahun kedua setelah Bajet 2008 mengalami defisit sebanyak RM2.04 juta.

4. Sektor pembinaan memiliki jaringan dalam dan luar melibatkan 150 sub-sektor dalam ekonomi - daripada pembinaan bangunan, pengeluaran material bangunan, hartanah, kredit dan kewangan, perkhidmatan perdagangan dan bahan binaan, pengubahsuaian, khidmat perundingan dan sebagainya.

5. Dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010), siling peruntukan perbelanjaan pembangunan yang diluluskan kepada Negeri Johor adalah 1.37 bilion. Pada tahun 2007 jumlah anggaran perbelanjaan pembangunan Bajet 2007 ialah RM175.05 juta tetapi yang diluluskan adalah RM217.07 juta. Anggaran peruntukan perbelanjaan pembangunan 2008 ialah RM175.6 juta dan Pakatan Rakyat (PR) Johor menjangkakan anggaran perbelanjaan pembangunan Bajet 2009 adalah RM200 juta. Perbelanjaan pembangunan ini perlukan disalurkan kepada sektor yang produktif atau yang mempunyai 'kesan berganda' kepada ekonomi negeri Johor seperti menyediakan infrastruktur asas seperti pembinaan jalanraya, jambatan, pusat aktiviti komuniti,pertanian, perikanan, pembinaan sekolah agama, program pembangunan insan, penyenggaraan rumah-rumah rakyat dan sebagainya.

PERUMAHAN RAKYAT 'KEPERLUAN ASASI'


1. Rumah adalah merupakan suatu keperluan asasi kepada manusia. Oleh itu dalam sektor perumahan, Pakatan Rakyat (PR) Johor bepegang kepada prinsip 'Satu Keluarga Satu Rumah'.

2. Pakatan Rakyat (PR) Johor menyokong usaha kerajaan untuk mencapai sasaran bebas setinggan dan bebas kemiskinan tegar di Johor menjelang 2010 dengan melaksanakan Projek Perumahan Rakyat (PPR) secara besar-besaran dengan melibatkan Jabatan Perumahan Negara (JPN), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) serta pemaju swasta. Setakat ini sebanyak 6,712 unit rumah PPR telah dibina. Mengikut statistik masih terdapat lebih kurang 16,000 keluarga setinggan di daerah Johor Bahru. Malangnya konsep yang digunakan hanyalah berbentuk sewaan sahaja pada kadar RM124 sebulan. Dengan kata lain rumah tersebut tidak menjadi milik mereka bahkan bila-bila masa boleh diarahkan berpindah. Pakatan Rakyat (PR) Johor mencadangkan supaya perumahan PPR ini dijual kepada penyewanya melalui pengeluaran Hakmilik Strata.

3. Memandangkan penduduk setinggan kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah yang mana sukar untuk mendapatkan kemudahan pinjaman daripada bank atau institusi kewangan maka Pakatan Rakyat (PR) Johor mencadangkan supaya sistem 'Sewa-Beli' digunapakai. Sistem 'Sewa-Beli' ini mendatangkan kebaikan kepada penyewa kerana sewa yang dibayar akan dianggap sebagai ansuran bayaran rumah tanpa perlu membuat pinjaman daripada bank. Pada kerajaan pula kos pengurusan bangunan hanya perlu ditanggung sehingga bayaran ansuran rumah selesai dibayar.

4. Kerajaan hendaklah menyediakan dana bagi tujuan subsidi kos peyelenggaraan bangunan bertingkat kos rendah bilamana Perbadanan Pengurusan (Management Corporation - MC) ditubuhkan. Keperluan ini sangat mendesak kerana bayaran "service charge" yang mampu dibayar oleh pemilik adalah minima antara RM25 - RM30 sebulan. Jumlah bayaran ini tidak mencukupi untuk MC melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan seperti pembersihan kawasan gunasama, servis lif, baiki kebocoran, cat bangunan dan sebagainya.

5. JCorp dan anak syarikatnya seperti JohorLand hendaklah menerajui pembinaan rumah kos rendah bagi keperluan rakyat berpendapatan rendah. Tindakan ini adalah wajar kerana JCorp pada kebiasaannya diberikan sumber tanah pada kos paling minima oleh pihak kerajaan. Bagi pihak swasta pembinaan rumah kos rendah tidak menguntungkan kerana mereka terpaksa menanggung kos pembelian tanah yang tinggi.

6. Kerajaan Negeri hendaklah juga menyediakan perumahan yang selesa bagi golongan rakyat termiskin. Pakatan Rakyat (PR) Johor bersetuju dengan perlaksanaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi menyediakan perumahan yang selesa bagi golongan miskin tegar. Setakat ini di Negeri Johor terdapat seramai 4,724 orang dalam kategori miskin manakala seramai 4,772 orang miskin tegar iaitu mereka yang berpendapatan kurang RM600 sebulan. Setakat ini kerajaan negeri hanya berjaya membaik pulih rumah 700 buah rumah dengan melibatkan RM5.6 juta. Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) antara agensi kerajaan yang perlu terlibat bagi memanfaatkan wang kutipan zakat berjumlah RM177 juta (2007) khususnya dalam membina dan membaik pulih rumah sediada.

7. Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan perlunya menyediakan 'Dana Pinjaman Mudah' untuk sektor pembinaan bertujuan memastikan kontraktor kecil dan sederhana tidak menghadapi masalah aliran tunai yang terhad.

8. Bagi setinggan yang disediakan kawasan penempatan semula oleh kerajaan seperti kes Kg.Baru Plentong Tengah maka kawasan penempatan semula (Bukit Dagang) hendaklah di sediakan infrastruktur asas seperti jalan serta bekalan air dan elektrik terlebih dahulu sebelum setinggan diarahkan berpindah daripada tempat tinggal mereka.

PENDIDIKAN - MELABUR DALAM MODAL INSAN

1. Pakatan Rakyat (PR) Johor akan menambah peruntukkan biasiswa pendidikan kepada mereka yang sedang melanjutkan pelajaran dalam dan luar negara dalam bidang yang kritikal. Bagi mereka yang beragama Islam duit zakat (RM177 juta : 2007) akan digunakan untuk biasiswa pelajar tidak seperti amalan sekarang hanya berbentuk pinjaman sahaja.

2. Menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi memperbaiki dan membina kemudahan tambahan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang telah dimilik negerikan beberapa tahun yang lalu.

3. Merperkasa Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor dengan mewujudkan kerjasama dengan pusat-pusat pengajian agama ternama dalam dan luar negara.

4. Kerajaan hendaklah meanugerahkan tanah kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau India terutama yang berbentuk persendirian supaya sekolah-sekolah tersebut mempuyai keluasan tapak sekolah yang mencukupi disamping dapat mengusahakan tanah tersebut dengan pertanian yang akhirnya akan menjana sumber pendapatan yang berterusan kepada sekolah-sekolah tersebut. Perkara ini telah dilaksanakan dinegeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat (PR). Sebagai contoh Kerajaan Perak telah meluluskan pemberian tanah seluas 1,000 hektar (2,471 ekar) kepada 9 buah sekolah persendirian Cina dan 1,000 hektar (2,471 ekar) kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) untuk tanaman kelapa sawit.

5. Berdasarkan kepada peningkatan masalah sosial khususnya dikalangan belia dan remaja seperti Pengkid, sumbang mahram, pembuangan bayi, pengambilan dadah, rogol dan pondan yang berlaku di Negeri Johor maka Pakatan Rakyat (PR) Johor mencadangkan agar peruntukkan khas disediakan bagi merangka program mendekati golongan sasaran bagi mengembalikan mereka ke pangkal jalan.

6. Kami percaya pelaburan yang lebih tinggi untuk R&D tempatan akan merangsang ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan menghasilkan kumpulan profesional dengan kemahiran yang diperlukan untuk berkhidmat di pasaran tempatan dan global. Perbelanjaan R&D ini perlu dihubungkan dengan sistem universiti tempatan bagi meningkatkan kualiti penyelidikan dalam sistem universiti dan membina kemampuan tempatan dalam inovasi dan keusahawanan.

MENINGKATKAN KUALITI KESIHATAN & ALAM SEKITAR

1. Kerajaan melalui Jabatan Kesihatan Negeri, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan JCorp hendaklah menyediakan kemudahan perubatan am dan pusat-pusat rawatan dialisis. Klinik Wakaf, Hospital Wakaf dan Pusat Dialisis perlu ditambah.

2. Kewujudan bangunan terbengkalai bukan sahaja menyakitkan mata tetapi menjadi sumber penyakit dan gejala sosial. Contoh bangunan terbengkalai adalah seperti Waterfront City (Lot 1), Kemayan City, Pacific Mall dan Skudai Plaza. Satu Jawatankuasa Khas hendaklah ditubuhkan bagi mengenalpsati punca projek tersebut terbengkalai dan juga kaedah mengatasinya.

3. Kerajaan hendaklah menggalakkan penggunaan NGV bukan sahaja untuk penjimatan kos perjalanan tetapi juga penggunaan NGV adalah mesra alam. Stesyen NGV diperlu diperbanyakkan.

4. Mengkaji semula kontrak penswastaan Southern Waste Management (SWM) kerana banyak rungutan diterima menyatakan bahawa SWM tidak memunggut sampah mengikut masa yang dijadualkan. Akibatnya berlakulah pencemaran bau dan sumber penyakit.

5. Pihak Bekuasa Tempatan (PBT) hendaklah melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan kemudahan awam seperti taman permainan kanak-kanak dan Dewan Serbaguna dengan lebih berkesan.

6. Kewujudan tempatan pembuangan sampah haram perlu dikawal dengan meningkatkan penguatkuasaan kerana kewujudannya akan mengundang pelbagai masalah.

MENINGKATKAN PENGANGKUTAN AWAM

1. Pakatan Rakyat (PR) Johor menganggap infrastruktur pengangkutan awam merupakan kepentingan untuk pelaburan serta suatu penambahbaikan utama dalam meningkatkan kualiti hidup di bandaraya-bandaraya. Pakatan Rakyat (PR) Johor akan meningkatkan kualiti infrastruktur pengangkutan Negari Johor dengan mengoptimumkan perbelanjaan pembangunan sektor berkenaan dan menjimatkan kos dengan mempastikan tender terbuka bagi kesemua projek infrastruktur.

2. Hampir separuh atau 1.4 juta daripada populasi penduduk di negeri Johor tinggal di kawasan bandar atau kawasan yang sedang membangun dengan pesat seperti Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Pasir Gudang, Skudai dan sebagainya. Bagaimanapun, kebanyakan penduduk-penduduk di kawasan bandar atau pinggir bandar tidak dapat menikmati kemudahan pengangkutan awam yang effisien, mudah diperolehi, dan mampu dibiayai. Pihak kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan sepatutnya memainkan peranan yang lebih proaktif dalam penyelenggaraan sistem pengangkutan awam di dalam negeri untuk memastikan semua rakyat di dalam negeri ini terutamanya di kawasan pinggir bandar dapat menikmati pengangkutan awam yang lancar dan mampu ditanggung. Antara mod pengangkutan awam yang paling banyak digunakan ialah perkhidmatan bas memandangkan bas merupakan cara pengangkutan yang paling murah jika dibandingkan dengan cara-cara pengangkutan yang lain. Walaubagaimanapun terdapat beberapa masalah yang biasa dihadapi pengguna bas awam, termasuklah :-

(1). Perjalanan bas tidak dapat mematuhi jadual yang tetap.

(2). Pengusaha-pengusaha bas kurang berminat untuk memasuki kawasan perumahan tertentu atau pun kawasan perumahan yang baru di mana jumlah penumpang yang berpotensi tidak mendatangkan keuntungan.

Oleh yang demikian pihak kerajaan tidak seharusnya mengamalkan sikap lepas tangan dalam perkara ini. Sebaliknya pihak Pakatan Rakyat berpendapat bahawa kerajaan negeri dan kerajaan tempatan seharusnya campur tangan dalam menyelaras sistem pengangkutan awam terutama perkhidmatan bas awam untuk menyediakan perkhidmatan bas awam di kawasan-kawasan yang kurang menguntungkan. Selain itu, pihak kerajaan tempatan boleh menyediakan perkhidmatan feeder-bus untuk membawa penumpang-penumpang dari kawasan-kawasan perumahan ke perhentian-perhentian bas yang utama bagi mengisi kekosongan yang mungkin wujud di antara kawasan-kawasan perumahan atau membawa penumpang dari kawasan yang kurang diminati oleh pengusaha-pengusaha bas.

Sumber : PAS Johor

Read More
Posted by admin on 22 November 2008
Powered By Blogger

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR

Nama : Dr. Hj. Sheikh Ibrahim b Salleh

Tempat Lahir : Mersing, Johor

Umur : 53 Tahun

Pendidikan:
1) Sekolah Rendah Bandar Mersing, Johor
2) Sekolah Menengah Pai Chee, Mersing, Johor
3) Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan
4) Kolej Perubatan Universiti Baghdad, Iraq

Pengalaman Kerja:
1) Pegawai Perubatan Hospital Muar (1980-85)
2) Klinik Ibrahim & Surgeri, Muar (1985 hingga sekarang)

Aktiviti Kemasyarakatan :
1) AJK KRT 6B, Taman Desa, Muar
2) Imam Ke 3, Surau Taman Desa

Jawatan Politik :
1) Yang DiPertua PAS Kawasan Bakri

Ruangan Aduan/Cadangan/Komen/Pandangan

DANA KEBAJIKAN RAKYAT DUN SG ABONG

Sesiapa sahaja yang ingin beramal jariah dan menyumbang untuk Dana Kebajikan DUN Sg Abong di mana Dana yang terkumpul ini akan disalurkan kepada aktiviti-aktiviti berupa kebajikan di sekitar Sg Abong, bolehlah menyalurkannya kepada akaun berikut :

BANK : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
NO AKAUN : 01 023 01 0066 009
ATAS NAMA : SHEIKH IBRAHIM SALLEH


Sila maklumkan melalui s.m.s. kepada 013-7335784, iaitu nama dan amaun setelah anda menyumbang.

Semoga segala sumbangan ini diberkati olehNya dan kami doakan agar saudara/i dimurahkan rezeki.

Segala kerjasama saya dahului dengan jutaan terima kasih.

PAS MEMIMPIN PERPADUAN
PAS UNTUK SEMUA

Followers