RINGKAS BERKENAAN DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil 'Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail
> Diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru
> Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajarannya di English College (sekarang Sekolah Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru.
> Baginda seterusnya melanjutkan pelajarannya di Trinity Grammer School Australia dan selepas itu ke United Kingdom.
> Setelah menamatkan pengajiannya, baginda berangkat pulang ke Johor pada tahun 1956 dan terus berkhidmat sebagai Pegawai Kadet Johor Civil Service.
> Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 29 April 1981.
> Pada 11 Mei 1981 baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang keempat.
> Baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 5 April 1982.
> Baginda ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII pada 15 November 1984.
> Baginda pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johore Military Forces) yang diasas dan ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar.
> Pada masa lapang baginda gemar bermain polo, papan layar, memburu dan bermain golf.
> Baginda Sultan telah bernikah dengan Sultanah Hajah Zanariah binti Tengku Ahmad dan telah dikurniakan 10 orang anakanda - dua orang putera dan lapan orang puteri.
DAULAT TUANKU
0 comments