Yang Berhormat,
PERKARA : MEMOHON HEBAHAN KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT MELALUI KETUA-KETUA KAMPUNG/ADUN BERKAITAN PELUANG MENGIKUTI PROGRAM LATIHAN PENINGKATAN KEMAHIRAN INDUSTRI KHAS UNTUK SISWAZAH (INSEP) BAGI LEPASAN IJAZAH DAN DIPLOMA
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pendidikan Berterusan, UTHM akan menganjurkan program seperti yang dinyatakan di atas pada bulan MEI 2009. Program ini adalah khas untuk siswazah, lepasan Ijazah dan Diploma yang masih belum mendapat pekerjaan tetap. Ia berperanan untuk menambah nilai Ijazah dan Diploma yang dimiliki oleh siswazah bagi meningkatkan kebolehkerjaan mereka di dalam industri.
3. Sehubungan itu pihak kami memohon jasa baik dan bantuan daripada pihak YB untuk mengedarkannya kepada rakyat di DUN/PARLIMEN YB berkaitan tawaran program ini. Bersama-sama ini disertakan brosur program tersebut yang mengandungi sinopsis kursus dan borang permohonan untuk tindakan selanjutnya.
4. Tarikh tutup permohonan bagi program ini adalah pada 14 APRIL 2009. Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Yang benar,
t.t
LIZA BINTI MD APANDI
Penolong Pendaftar
b/p : Pengarah
Pusat Pendidikan Berterusan
UTHM
------------------------------------------------------------------------------------------------
Borang boleh diperolehi di Pusat Khidmat Masyarakat DUN yang utama iaitu di Klinik Ibrahim, Jalan Salleh atau hubungi PA beliau seperti yang tertera di blog ini.
Berikut pula adalah KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN
1) Pengurusan Operasi Industri
2) Kejuruteraan Perpaipan untuk Loji Pemprosesan
3) Instruktor Latihan untuk Industri
4) Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
5) Automasi Industri
6) Kejuruteraan Elektronik Perubatan
7) Rekabentuk Produk Kejuruteraan
8) Perkhimatan Mekanikal dan Elektrikal Bangunan
9) Pengurusan Projek Landskap
10) Kimpalan dan Pemeriksaan Ujian Tanpa Musnah
11) Teknologi Pembinaan Bangunan
12) Teknologi Mikroelektronik
13) Rangkaian Komputer dan Aplikasi
14) Sistem Pembuatan
AMBILAN MEI 2009,
PENDAFTARAN DAN PENGHANTARAN BORANG DITUTUP SEBELUM ATAU PADA 14 APRIL 2009,
DAPATKAN BORANG PADA EN AHMAD JIMIN DENGAN CARA DATANG KE KLINIK IBRAHIM ATAU HUBUNGI BELIAU : 019-659 2245
PAS UNTUK SEMUA
0 comments