NUSAJAYA :
“Rakyat didahulukan” adalah slogan yang indah dan hebat yang diperkenalkan pentadbiran Najib tetapi gagal dilaksanakan kerajaan BN.
“Ini adalah satu slogan yang saya rasa perlukan perubahan secara total dalam pendekatan kerajaan bagi memastikan rakyat benar-benar didahulukan,”kata YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH (PAS-Sg Abong) ketika berucap pada sidang DUN Johor, di Kota Iskandar, dekat sini, 1 Julai lalu.
Menurutnya, jika kerajaan benar-benar komited untuk merealisasikan konsep “rakyat didahulukan”, maka kepentingan rakyat perlulah diutamakan berbanding kepentingan pemimpin. ”Sebagai contoh paling mudah yang diajarkan Islam dalam konteks rakyat didahulukan ini ialah apabila kita terpaksa berlapar, maka pastikan pemimpin dulu yang lapar bukan rakyat, begitu juga apabila kenyang, maka hendaklah rakyat dulu yang kenyang kemudian barulah pemimpin.
“Dalam Islam, itulah konsep rakyat didahulukan, bukan bila lapar, rakyat yang terpaksa berlapar dulu kemudian pemimpin walaupun kadang-kadang kita tak lapar langsung tetapi kita dulu yang kenyang kemudian barulah rakyat,” ujar beliau. Beliau yakin, seluruh ahli DUN bersetuju dengan konsep yang diajar oleh Islam itu, justeru slogan rakyat didahulukan memerlukan perubahan dalam semua aspek pentadbiran negara.
"Sebaliknya slogan "Rakyat Didahulukan ini akan menjadi sumpahan kepada kerajaan sekiranya slogan ini tidak benar-benar dilaksanakan, lebih-lebih lagi jika ia hanya bersifat retorik semata-mata hingga membawa petaka kepada rakyat dan negara," katanya.
Posted by
admin
on
14 Julai 2009
0 comments