
Rakyat Muar khususnya telah dikejutkan dengan peristiwa kebakaran di dua buah surau dalam Kawasan DUN Bentayan dalam Daerah Muar. Surau yang terbakar ialah Surau Silaturrahim Jalan Ismail,Muar (dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Maharani Muar dan Medan Ikan Bakar Sabak Awor) dan Surau Pt. Beting Jalan Salleh,Muar (bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak Muar).
Ketiga-tiga ADUN Pakatan Rakyat,YB Dr. Mohammad Taslim (Maharani) , YB Gwee Tong Hiang (Bentayan), YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh (Sungai Abong) dan beberapa orang ahli jawatankuasa daripada PAS dan DAP telah bersama-sama bergegas melawat di tempat kejadian tersebut pada tengahari tadi. Dalam lawatan tersebut mereka melahirkan rasa terkejut dan simpati di atas kejadian yang tidak disangka. Mereka mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mereka yang tidak bertanggung jawab yang bertujuan merosakkan perpaduan rakyat. Mereka juga memberi sumbangan segera untuk membantu jawatankuasa surau tersebut membaiki kerosakan. Pengerusi Jawatankuasa surau tersebut mengucapkan terima kasih di atas sumbangan segera dan keperhatinan ADUN Maharani, Bentayan dan Sungai Abong ketika mereka ditimpa musibah.
Seorang ahli jawatankuasa Surau Silaturrahim Jalan Ismail memberitahu kemungkinan kebakaran berlaku pada waktu pagi sekitar 2.00 pagi hingga 4.00 pagi setelah disedari oleh pengunjung Medan Ikan Bakar di Sabak Awor tidak jauh dari tempat kejadian. Kerosakan berlaku dengan langsir surau terbakar dan dinding surau hangus. Jawatankuasa surau merasa kecewa kerana ada manusia yang sanggup melakukan perbuatan khianat ini terutama di tempat ibadat.
Di Surau Parit Beting, Pn. Rukamah Samon, Guru Quran di surau tersebut, terkejut apabila beliau datang ke surau jam 11.00 pagi mendapati permaidani, pintu masuk ke bilik surau tersebut hangus terbakar. Tingkap cermin bilik tersebut juga pecah. Beliau terus melaporkan perkara tersebut kepada Pengerusi Surau. Pihak polis telah dihubungi dan menyiasat di tempat kejadian.
Bahagian beranda/anjung Surau Silaturrahim yang terbakar
YB Dr Mohammad,YB Gwee dan YB Dr Sheikh Ibrahim diberi penerangan oleh Pengerusi Surau, Tn Hj. Sihat b. Atan
YB Gwee dn YB Dr Mohammad menghulurkan sumbangan kepada Pengerusi Surau Silaturrahim
Surau Parit Beting, Jalan Salleh
Keadaan di Surau Pt Beting selepas kejadian
YB Dr. Mohammad menghulurkan sumbangan kepada Pengerusi Surau Pt Beting, En. Isnin b. Othman
YB Gwee ADUN Bentayan turut menghulurkan sumbangan kepada Pengerusi Surau Pt Beting
DALAM KEADAAN SUSAH ATAU SENANG ADUN PAKATAN RAKYAT SENTIASA BERPADU TENAGA BERSAMA RAKYAT BUKTI KAMI TIGA SERANGKAI ADUN MAHARANI,BENTAYAN DAN SUNGAI ABONG DAPAT BEKERJASAMA DEMI KEPENTINGAN RAKYAT YANG KAMI WAKILI
0 comments