SG ABONG-Mei 2010 : Warga kerja Sekretariat DUN Sg Abong melalui ADUNnya YB Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Muar (MPM) kerana telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada YB sejak 8 Mac 2008 yang lalu dari segi menyelesaikan masalah rakyat khususnya di DUN Sg Abong ini.
Pelbagai aduan yang telah diterima YB selama ini, terus diajukan kepada MPM supaya segala permasalahan rakyat dapat diatasi sesegera mungkin.
MPM pula dilihat dapat bekerjasama dengan baik dengan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti JAS, Polis, Bomba, JKR, JPS dan lain-lain.
MPM juga melalui Yang DiPertuanya Tn. Hj. Ab. Wahab Bin Ridwan (P.I.S), sentiasa memberikan respon terhadap segala aduan rakyat yang disampaikan oleh YB ADUN Sg Abong. Ini adalah satu penghargaan dan komitmen yang tulen yang ditunjukkan oleh seorang pemimpin yang sepatutnya dicontohi oleh pemimpin-pemimpin negeri dan negara iaitu sikap suka memberi pertolongan tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa.
Pada pertengahan Mei yang lalu, beberapa tenaga kerja MPM sedang galak melaksanakan kerja-kerja perparitan dan menurap tar di beberapa taman di sekitar Sg Abong iaitu antaranya Taman Sg Abong Mulia, Taman Sg Abong Indah, Taman Puteri dan Kampong Hj Alias. Ini berikutan beberapa aduan yang diajukan oleh YB Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh melalui Pusat Aduan Rakyatnya di Klinik Ibrahim, Jalan Salleh.
Beberapa pegawai MPM bersama YB ADUN Sg Abong beserta P.A.nya giat melakukan tinjauan di lokasi-lokasi yang dimaksudkan dengan tujuan mendapatkan maklumat sebenar dan mengambil beberapa gambar untuk diajukan bersama surat sokongan YB sebagai rujukan kepada MPM.
YB ADUN Sg Abong melalui Pusat Aduan Rakyatnya di Klinik Ibrahim, Jalan salleh, Muar dan Blog Rasminya di http://dunsgabong.blogspot.com/ sentiasa mendapat sambutan daripada rakyat yang ingin mendapatkan maklumat dan menyampaikan aduan. Semoga bentuk kerjasama ini dapat diteruskan demi kepentingan rakyat jelata.
TERIMA KASIH MPM !!
Posted by
admin
on
03 Jun 2010
0 comments