Berikut adalah soalan-soalan lisan dan bertulis YB kepada Sidang DUN yang sedang berlangsung Julai ini.
SOALAN-SOALAN LISAN
1) Kenapa Kilang Lim Geok Yam Hardware & Crane di Jalan Kg Jeram Tepi, Bakri masih beroperasi sedangkan aduan telah dibuat dan pemilik kilang sudah dikompaun oleh JAS kerana gangguan bising?
2) Berapakah luas tanah FELDA dalam negeri ini dan berapakah premium yang diperolehi kerajaan?
3) Apakah status tanah PLUS yang ditanam pokok jati di sepanjang lebuh raya? Adakah kerajaan mendapat hasil daripadanya?
4) Bilakah SABK akan dilaksanakan? Dimaklumi bahawa gaji guru tertangguh sehingga beberapa bulan, terkini hingga 4 bulan.
5) Perumahan kos rendah masih kurang dalam negeri ini. Adakah kerajaan ada perancangan untuk menambahnya dan senarai terkini perumahan ini pada setiap daerah.
6) Pemeliharaan kawasan bersejarah di seluruh Johor masih kurang tidak seperti Melaka, yang menarik kunjungan pelancong. Apakah usaha kerajaan dalam bidang ini?
SOALAN-SOALAN BERTULIS
1) Didapati jalan dari persimpangan Jalan Salleh ke Jalan Sakeh, Bakri agak sempit dan parit pun kecil dan ini melambatkan aliran air. Bilakah kerajaan dapat menaik taraf jalan dan parit ini?
2) Bagaimana kerajaan hendak selesaikan masalah pekebun yang hendak mengeluarkan hasil tani kerana tiada kemudahan asas seperti jalan dan sebagainya?
3) Apakah tindakan kerajaan dalam mengatasi masalah pungutan sampah oleh MPM (Majlis Perbandaran Muar)? Keadaan sangat kronik sekarang ini kerana dimaklumkan MPM mempunyai sebanyak 17 buah lori sedangkan yang boleh beroperasi hanya sebanyak 3 buah sahaja.
4) Babi hutan sering merosakkan tanaman pekebun di kawasan pinggir Bandar. Apakah usaha kerajaan dalam mengatasi masalah ini?
5) Adakah pihak kerajaan benar-benar tidak bersetuju dengan judi bola? Adakah kerajaan negeri bersedia untuk tidak memberi permit dan kelulusan premis judi bola ini?
0 comments