PAS Kawasan Bakri seperti tahun-tahun yang lalu telah menjadikan program menyampaikan bantuan kepada yang memerlukan secara umumnya sebagai program sepanjang masa dan khususnya apabila ketibaan bulan ramadhan yang penuh keberkatan.
Oleh kerana bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi, Yang DiPertua PAS Kawasan Bakri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Sg Abong), YB Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh, menyeru kepada semua Ketua PAS Cawangan di dalam Kawasan Bakri untuk mengenalpasti dan menyenaraikan nama-nama individu yang amat memerlukan bantuan khususnya untuk menyara kehidupan serta menyambut Ramadhan dan Syawal pada tahun ini. Antara golongan yang kebiasaannya menerima bantuan ialah ibu-ibu tunggal, fakir miskin serta lain-lain yang dirasakan layak.
Jika ada sesiapa yang juga berminat untuk menghulurkan bantuan pelbagai bentuk dialu-alukan berbuat demikian dengan menghubungi terus En Ahmad Jimin di talian 06-951 0518 (pej) atau 019-659 2245 (HP).
Antara bentuk-bentuk bantuan yang kebiasaannya dihulurkan sebelum ini adalah seperti beras, kurma, pakaian dan sedikit wang tunai.
0 comments