Subscribe to My Blog
  • YB Hulur Bantuan Mangsa Kebakaran

    Sebuah rumah kampung di Kampung Tengah telah terbakar pada Julai yang lepas namun semua penghuninya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku. Kebakaran membabitkan keseluruhan bahagian rumah termasuk bilik tidur dan dapur yang didapati terbakar hingga rentung yang dikatakan berlaku seawal 5.30 pagi. Keluarga Pn Kintan Jasmani seramai 7 orang terpaksa tinggal sehelai sepinggang ketika kebakaran berlaku yang dipercayai berpunca daripada gas bocor.YB Dr Hj Sheikh Ibrahim Salleh berkesempatan menziarahi keluarga Pn Kintan untuk menyampaikan rasa simpati dan menghulurkan bantuan segera berbentuk kewangan kepada mereka. >>Hubungi 0196592245 Untuk Menyumbang

  • Motivasi Ibadah & Cemerlang UPSR

    Satu Program Pendidikan di bawah anjuran AJK Masjid Jamek Sg Abong, Muar telah berlangsung pada 23-25 April ini di Masjid tersebut. Program ini meliputi motivasi untuk melakukan ibadah harian, tahsin Al-Quran, tasmi', qiamullail, ceramah cemerlang UPSR, ceramah keibubapaan dan diakhiri Majlis Penutup yang telah dirasmikan oleh YB Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh. Sasaran peserta adalah di kalangan calon UPSR tahun ini daripada seluruh sekolah kebangsaan dalam DUN ini dan juga anak-anak kariah Masjid Jamek Sg Abong. >>> Jangan Ketinggalan !!

  • Kunjungan Hormat Konsul Singapura

    Satu Kunjungan Hormat oleh rombongan Konsul Singapura seramai 3 orang telah diadakan pada Jumaat 9 April 2010 di kediaman YB ADUN Sg Abong (YB Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh) selama 2 jam. Menurut maklumat yang disampaikan oleh pegawai mereka, Pejabat Konsul Singapura baru sahaja ditubuhkan pada Januari 2010 di Johor Bharu. Tujuan mereka melakukan kunjungan hormat itu ialah ingin mengenali dengan lebih dekat YB Pakatan Rakyat setelah mereka mengadakan pertemuan dengan Sultan Johor yang baru, beberapa exco kerajaan negeri dan wakil MCA. 3 orang pegawai tersebut bertukar-tukar pandangan dan berbincang tentang beberapa perkara, antaranya....... >>> Rujuk Berita di Bawah

  • Blog Rasmi ADUN N13

    Selamat Datang ke Blog Rasmi Yang Berhormat Dr. Hj. Sheikh Ibrahim bin Salleh [ADUN SG ABONG-PAS]. Semoga anda semua dapat memanfaatkan blog ini sebagai wadah atau saluran alternatif mendapatkan maklumat atau menyampaikan maklumat kepada YB supaya beliau dapat menunaikan amanah dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di DUN Sg Abong khususnya dan Johor umumnya. Sebarkan blog ini kepada rakan anda. Jika terdapat sebarang masalah yang ingin diadukan, silalah ke Pusat Aduan Rakyat di Klinik Ibrahim, Jalan Salleh. Terima Kasih. >>> Selamat Melayari Blog Ini

  • Aktiviti Terkini YB

    Penduduk di sekitar Kg Kelantan di Jalan Parit Perupuk bakal menerima berita baik apabila Yang Berhormat Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sg Abong-PAS), minggu lepas telah mengadakan lawatan bersama Ketua Kampung Kelantan dan semalam (Isnin 12/04/2010), YB telahpun menghantar permohonan dan suara rakyat kepada Majlis Perbandaran Muar (MPM) dan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Muar supaya pihak yang bertanggungjawab dapat melakukan kerja-kerja pembersihan parit seperti yang ditunjukkan dalam gambar. >>> Sila Klik

  • Aktiviti Terkini YB

    Satu Majlis Dialog Bersama ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Johor telah diadakan pada hujung April di Muar Trade Centre, Muar Traders Hotel, Bandar Muar. Dialog yang berlangsung pada 8 hingga 11 malam itu adalah rutin tahunan dan kesepakatan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dalam menjuarai isu rakyat. >>> Bersama kita manfaatkannya !!

  • PC FAIR di Muar Kembali Lagi !!

    Acara Tahunan PC FAIR kembali berlangsung dan pada kali ini Dewan Jubli Intan, Muar sekali lagi dipilih sebagai lokasi strategik pemasaran berpusat bagi Syarikat-syarikat Berasaskan Komputer di Daerah Muar dan sekitarnya. Pada kali ini, ia berlangsung pada 30 April hingga 02 Mei 2010. Klik untuk Plan dalam Dewan | Klik untuk Senarai Syarikat terlibat >>> Bersama kita manfaatkannya !!


Ihsan berita : dun-maharani.blogspot.com

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor sedang melancarkan Program Publisi dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan 2002 -2015 (Pengubahan). Pihak PBT, Majlis Perbandaran Muar, sedang mempamerkan Draf RancanganTempatan Daerah Muar 2002 - 2015 (Pengubahan) di Dewan Jubli Intan Muar sehingga 18 Mei 2011. Sebelum ini pameran telah dibuat di Tanjung Mas Muar dan di Wetex Parade Muar.Orang ramai dijemput meneliti pameran tersebut untuk memberi maklumbalas. Setakat hari ini apabila YB Dr Mohammad Taslim melawat tempat pameran baru 900 orang yang datang melawat.

YB Dr Mohammad mencadangkan supaya diadakan road show ke seluruh mukim dalam Daerah Muar supaya rakyat dapat bersama memberi maklumbalas untuk kebaikan dan kemajuan Daerah ini. Draf dalam bentuk CD hendaklah diedarkan kepada pemimpin-pemimpin masyarakat dan ditunjukkan serta ditayangkan kepada masyarakat setempat. Buku Draf boleh didapati dengan pesanan tetapi harganya RM350.00 agak mahal untuk rakyat biasa. Tambahan pula resit yang dikeluarkan pula atas nama 'Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Johor' ! Sepatutnya dokumen Kerajaan tidak semahal itu dan pungutannya bukan untuk manafaat Kelab ! Mungkin pihak yang berkenaan boleh menjawabnya.

Wakil Rakyat Pakatan Rakyat berpakat menyumbang maklumbalas untuk kesejahteraan rakyat.

Dari kiri YB Dr Sheikh Ibrahim, YB Er Teck Hwa, YB Dr Mohammad dan YB Gwee Tong Hiang.

Serius berbincang.

Banyak perkara yang perlu dibereskan.

YB Er sedang mengeluarkan pandangan bersama YB Dr Sheikh Ibrahim.
YB Gwee bersama Setiausahanya.

Pada Rabu 11 Mei 2011, empat orang Wakil Rakyat Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan di Muar membincangkan Draf Rancangan Tmpatan Daerah Muar 2002 - 2015 (Pengubahan). Mereka terdiri daripada YB Er Teck Hwa (Ahli Parlimen Bakri), YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani0, YB Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan) dan YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sg Abong). KesePAKATAN mereka dalam menjalankan amanah untuk rakyat terserlah. Mereka sering bertemu untuk menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengharapkan peruntukan wakil rakyat sebanyak RM200,000.00 setahun yang diserahkan kepada Pegawai Khas Menteri Besar Johor yang bertindak seperti ADUN dengan diberi elaun RM3000.00 sebulan oleh Kerajaan Johor.

YB-YB ini akan membentangkan maklumbalas rakyat tentang Draf ini dalam pendengaran awam nanti...

Sebelum ini YB Gwee dan YB Dr Mohammad telah menemui Encik Jamaludin, Setiausaha MPM , untuk mendapatkan CD Draf dan membeli buku Draf tersebut.

YB Gwee menerima CD Draf RTD Muar daripada Encik Jamaludin, SU MPM di Pejabat MPM baru-baru ini. ADUN Pakatan Rakyat sentiasa bekerjasma dengan kakitangan dan Jabatan Kerajaan

Di akhir pertemuan satu siaran akhbar telah disiapkan untuk edaran.
_________________________________________________________________________________

Kenyataan Akhbar YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri tentang Draf RTD Muar:


Draf Rancangan Tempatan Daerah Muar dibuka untuk muat turun
klik gambar di atas untuk mula muat turun

Posted by admin on 18 Mei 2011
categories: , | edit post

0 comments

Catat Ulasan

Powered By Blogger

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR

Nama : Dr. Hj. Sheikh Ibrahim b Salleh

Tempat Lahir : Mersing, Johor

Umur : 53 Tahun

Pendidikan:
1) Sekolah Rendah Bandar Mersing, Johor
2) Sekolah Menengah Pai Chee, Mersing, Johor
3) Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan
4) Kolej Perubatan Universiti Baghdad, Iraq

Pengalaman Kerja:
1) Pegawai Perubatan Hospital Muar (1980-85)
2) Klinik Ibrahim & Surgeri, Muar (1985 hingga sekarang)

Aktiviti Kemasyarakatan :
1) AJK KRT 6B, Taman Desa, Muar
2) Imam Ke 3, Surau Taman Desa

Jawatan Politik :
1) Yang DiPertua PAS Kawasan Bakri

Ruangan Aduan/Cadangan/Komen/Pandangan

DANA KEBAJIKAN RAKYAT DUN SG ABONG

Sesiapa sahaja yang ingin beramal jariah dan menyumbang untuk Dana Kebajikan DUN Sg Abong di mana Dana yang terkumpul ini akan disalurkan kepada aktiviti-aktiviti berupa kebajikan di sekitar Sg Abong, bolehlah menyalurkannya kepada akaun berikut :

BANK : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
NO AKAUN : 01 023 01 0066 009
ATAS NAMA : SHEIKH IBRAHIM SALLEH


Sila maklumkan melalui s.m.s. kepada 013-7335784, iaitu nama dan amaun setelah anda menyumbang.

Semoga segala sumbangan ini diberkati olehNya dan kami doakan agar saudara/i dimurahkan rezeki.

Segala kerjasama saya dahului dengan jutaan terima kasih.

PAS MEMIMPIN PERPADUAN
PAS UNTUK SEMUA

Followers