Pada awal Jun yang lalu, telah berlaku bencana ribut yang telah melanda beberapa kawasan dalam DUN Sg Abong. Kawasan yang paling teruk terjejas adalah di Batu 3 1/2 di mana bilangan rumah yang dilanda ribut ini adalah sebanyak 15 rumah majoritinya berbangsa Melayu.
Sejurus mendapat berita daripada penduduk, YB DR HJ SHEIKH IBRAHIM SALLEH bergegas ke tempat kejadian bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat dan melihat tempat kejadian. Pelbagai kerosakan yang berlaku kepada rumah-rumah mangsa seperti yang ditunjukkan dalam gambar-gambar yang diambil.
Sebagai bantuan segera, YB telah menghulurkan RM150 kepada semua mangsa yang mungkin boleh digunakan untuk mencari tempat kediaman sementara.
Para mangsa berasa terharu dengan keprihatinan YB yang sudi datang dan menjenguk mereka malah masuk ke rumah mereka bagi menyaksikan sendiri kerosakan-kerosakan yang dialami serta memberikan semangat supaya bersabar dengan ujian yang dihadapi.
Kepada sesiapa yang ingin menyumbang dan sama-sama ingin membantu mangsa ribut ini, sila dapatkan nombor akaun dari Blog YB di dunsgabong.blogspot.com atau menghubungi Pembantu YB (En Ahmad Jimin- 019 659 2245)
0 comments