Makcik itu memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dalam keadaan kesempitan ada pula yang menghulurkan bantuan tanpa disangka. Lebih-lebih lagi ADUN sendiri yang datang melawat penduduk-penduduk setempat. Menurut YB, beliau akan berusaha untuk meminta bantuan bagi memulihkan keadaan parit di rumah makcik itu setelah air kering, bagi memastikan dia dan keluarga dapat meneruskan hidup seperti biasa.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada wakil penduduk kampung yang datang membuat aduan dan mengharapkan kerjasama seperti ini dapat dimantapkan tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa. Rakyat juga boleh membuat aduan, cadangan, komen atau pendapat di Laman Rasmi beliau di http://dunsgabong.blogspot.com . Manakala, Pusat Aduan Rakyat bagi ADUN SG ABONG ialah di Klinik Ibrahim & Surgeri di Jalan Salleh atau terus menghubungi P.A. beliau iaitu En Ahmad Jimin 019 659 2245.






