JOHOR BAHRU 21 April - Seramai 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor termasuk enam daripada parti pembangkang yang memenangi kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu mengangkat sumpah.
Upacara angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Speaker yang baru dilantik semula iaitu Datuk Mohd. Ali Hassan di Bukit Timbalan JOHOR.
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom memulakan upacara berkenaan yang diikuti barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
Upacara tersebut kemudiannya diteruskan oleh semua ADUN yang memenangi kerusi DUN di kawasan masing-masing termasuk enam daripada pembangkang.
Selain Mohd. Ali yang dilantik semula bagi penggal kedua sebagai Speaker, Datuk Othman Jais yang juga ADUN Buloh Kasap turut dilantik semula memegang jawatan Timbalan Speaker.
Enam wakil pembangkang ialah empat daripada DAP iaitu ADUN Senai, Ong Kow Meng; Skudai, Dr. Boo Cheng Hau; Bentayan, Wee Tong Hiang dan Mengkibol, Ng Lam Hua.
Pas pula mempunyai dua wakil menerusi ADUN Maharani, Dr. Mohd. Taslim dan Sungai Abong, Dr. Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh.
Pada pilihan raya umum lalu, DAP turut memenangi satu kerusi Parlimen iaitu Parlimen Bakri menerusi Er Teck Hwa.
tahniah atas kejayaan yg luar biasa. Saya sekeluarga amat terkejut malah lompat seketika di tengah awal pagi. melucukan tetapi itulah hakikat yg kami rasai. Ayah kami, cikgu arbak lagi la suka. Malah ramai juga pengundi cina senyap senyap dan terang terang sokong. SEgala puji bagi Allah. Teruskan usaha dr. Kami berdoa