Subscribe to My Blog
  • YB Hulur Bantuan Mangsa Kebakaran

    Sebuah rumah kampung di Kampung Tengah telah terbakar pada Julai yang lepas namun semua penghuninya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku. Kebakaran membabitkan keseluruhan bahagian rumah termasuk bilik tidur dan dapur yang didapati terbakar hingga rentung yang dikatakan berlaku seawal 5.30 pagi. Keluarga Pn Kintan Jasmani seramai 7 orang terpaksa tinggal sehelai sepinggang ketika kebakaran berlaku yang dipercayai berpunca daripada gas bocor.YB Dr Hj Sheikh Ibrahim Salleh berkesempatan menziarahi keluarga Pn Kintan untuk menyampaikan rasa simpati dan menghulurkan bantuan segera berbentuk kewangan kepada mereka. >>Hubungi 0196592245 Untuk Menyumbang

  • Motivasi Ibadah & Cemerlang UPSR

    Satu Program Pendidikan di bawah anjuran AJK Masjid Jamek Sg Abong, Muar telah berlangsung pada 23-25 April ini di Masjid tersebut. Program ini meliputi motivasi untuk melakukan ibadah harian, tahsin Al-Quran, tasmi', qiamullail, ceramah cemerlang UPSR, ceramah keibubapaan dan diakhiri Majlis Penutup yang telah dirasmikan oleh YB Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh. Sasaran peserta adalah di kalangan calon UPSR tahun ini daripada seluruh sekolah kebangsaan dalam DUN ini dan juga anak-anak kariah Masjid Jamek Sg Abong. >>> Jangan Ketinggalan !!

  • Kunjungan Hormat Konsul Singapura

    Satu Kunjungan Hormat oleh rombongan Konsul Singapura seramai 3 orang telah diadakan pada Jumaat 9 April 2010 di kediaman YB ADUN Sg Abong (YB Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh) selama 2 jam. Menurut maklumat yang disampaikan oleh pegawai mereka, Pejabat Konsul Singapura baru sahaja ditubuhkan pada Januari 2010 di Johor Bharu. Tujuan mereka melakukan kunjungan hormat itu ialah ingin mengenali dengan lebih dekat YB Pakatan Rakyat setelah mereka mengadakan pertemuan dengan Sultan Johor yang baru, beberapa exco kerajaan negeri dan wakil MCA. 3 orang pegawai tersebut bertukar-tukar pandangan dan berbincang tentang beberapa perkara, antaranya....... >>> Rujuk Berita di Bawah

  • Blog Rasmi ADUN N13

    Selamat Datang ke Blog Rasmi Yang Berhormat Dr. Hj. Sheikh Ibrahim bin Salleh [ADUN SG ABONG-PAS]. Semoga anda semua dapat memanfaatkan blog ini sebagai wadah atau saluran alternatif mendapatkan maklumat atau menyampaikan maklumat kepada YB supaya beliau dapat menunaikan amanah dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di DUN Sg Abong khususnya dan Johor umumnya. Sebarkan blog ini kepada rakan anda. Jika terdapat sebarang masalah yang ingin diadukan, silalah ke Pusat Aduan Rakyat di Klinik Ibrahim, Jalan Salleh. Terima Kasih. >>> Selamat Melayari Blog Ini

  • Aktiviti Terkini YB

    Penduduk di sekitar Kg Kelantan di Jalan Parit Perupuk bakal menerima berita baik apabila Yang Berhormat Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sg Abong-PAS), minggu lepas telah mengadakan lawatan bersama Ketua Kampung Kelantan dan semalam (Isnin 12/04/2010), YB telahpun menghantar permohonan dan suara rakyat kepada Majlis Perbandaran Muar (MPM) dan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Muar supaya pihak yang bertanggungjawab dapat melakukan kerja-kerja pembersihan parit seperti yang ditunjukkan dalam gambar. >>> Sila Klik

  • Aktiviti Terkini YB

    Satu Majlis Dialog Bersama ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Johor telah diadakan pada hujung April di Muar Trade Centre, Muar Traders Hotel, Bandar Muar. Dialog yang berlangsung pada 8 hingga 11 malam itu adalah rutin tahunan dan kesepakatan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dalam menjuarai isu rakyat. >>> Bersama kita manfaatkannya !!

  • PC FAIR di Muar Kembali Lagi !!

    Acara Tahunan PC FAIR kembali berlangsung dan pada kali ini Dewan Jubli Intan, Muar sekali lagi dipilih sebagai lokasi strategik pemasaran berpusat bagi Syarikat-syarikat Berasaskan Komputer di Daerah Muar dan sekitarnya. Pada kali ini, ia berlangsung pada 30 April hingga 02 Mei 2010. Klik untuk Plan dalam Dewan | Klik untuk Senarai Syarikat terlibat >>> Bersama kita manfaatkannya !!

Assalamu'alaikum & Salam Perpaduan,

Sukacita untuk saya maklumkan di sini, YB ADUN SG ABONG (PAS) YB Dr. Sheikh Ibrahim Salleh, melalui Jawatankuasanya telah mewujudkan 3 Pusat Khidmat Masyarakat sejak memenangi Pilihanraya Umum yang lepas.

Mohon kerjasama dan jasa baik kepada sesiapa yang berada di Muar atau saudara maranya berada di Muar khususnya di DUN SG ABONG, untuk memberikan laporan/aduan/cadangan/pandangan terhadap apa yang berlaku di DUN ini, supaya perkhidmatan YB kita dapat ditingkatkan serta dapat mewujudkan suasana kehidupan yang lebih selesa dan harmoni.

Semoga anda semua dapat menyampaikan maklumat-maklumat berkenaan tanpa mengira fahaman politik, berbeza agama dan bangsa. Anda juga boleh melayari blog beliau di http://dunsgabong.blogspot.com

PUSAT ADUAN RAKYAT

1) Klinik Ibrahim & Surgeri Jalan Salleh
-> ISNIN - JUMAAT-> 10.00pg - 5.00 petang

2) PASTI THOHIRIYAH, Parit Stongkat Darat, Jln Kg Parit Buaya, Sg. Abong
-> SELASA & KHAMIS-> 2.30 - 4.30 petang

3) Bilik Gerakan PAS Bt. 3, Jalan Bakri (Sebelah kanan, sebelum bypass Jalan Bakri)
-> SELASA - KHAMIS-> 3.00 - 5.00 petang

4) Cawangan Jeram Mesjid (En Ali Sulaiman 012 - 768 0642)

5) Cawangan Sungai Abong (En Ismail Mahmod 017 - 360 6672)

6) Cawangan Bukit Batu (Hj Tasril Jamil 017 - 632 3421)

7) Cawangan Batu 3 (En Yahya Hashim 017 - 609 7939)

8) Cawangan Taman Desa (En Zulkifli Ali 012 - 920 8322)

9) Cawangan Kg Kelantan (Hj Awang Mohamed 06 - 953 9124)

10) Cawangan Parit Stongkat Darat (Hj Borhan Rahmat 019 - 655 8287)

11) Cawangan Jalan Dato' Hj Kosai (En Sulaiman Majid 06 - 981 3104)

12) Cawangan Naib Kadir (Hj Mazlan Mohamed 012 - 916 6550)

13) Cawangan Batu 5 (Hj M Zain Kariadi 012 - 314 8966)

*Semua aduan sebaik-baiknya disertai pengumpulan tandatangan daripada penduduk. Sebagai tindakan segera, YB akan menghantar permohonan-permohonan dan aduan tersebut kepada pihak berkuasa tempatan. Terima kasih di atas kepercayaan yang telah anda berikan.

*Bagi mereka yang ingin menghantar atau membuat aduan, sila ke Pusat Aduan Rakyat DUN Sg Abong, dan sebaik-baiknya mengikut langkah-langkah berikut :

1) Membuat surat permohonan mewakili tempat masing-masing yang ditujukan kepada YB
2) Pengumpulan tandatangan atau nama penduduk yang memohon perkara yang sama
3) Gambar (jika ada)
4) Surat permohonan dan lampiran-lampiran ini hendaklah dihantar terus ke mana-mana Pusat Aduan Rakyat DUN Sg Abong atau hubungi Pembantu YB (En Ahmad Jimin 019 – 659 2245)

Sila ke lokasi-lokasi berikut untuk menyampaikan aduan, atau hantar sistem pesanan ringkas (SMS) seperti format berikut :(Nama) Jarak (No I/C) Jarak (Aduan Anda) dan hantar kepada 013-733 5784

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Read More
Posted by admin on 12 April 2009
0 comments
categories: , , | | edit post

Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti YB ADUN SG ABONG (PAS) sejak JAN hingga MAC 2009 dan aduan-aduan yang telah selesai :-

1) Bantuan duit RM300 kepada En. Mat Zaid Puteh di Kg Tengah, Jln Hj Alias, Lorong 2, Sg Abong pada 1 APRIL kerana rumahnya terbakar termasuk kereta dan dokumen pengenalan diri dan keluarga. Dianggarkan kerugian berjumlah RM200,000.00

2) Laporan dari Berita Harian (14 Feb 2009) berkenaan "OPERASI KITAR BESI BURUK MEMEKAK" di Lorong Hj Hassan, Kg Tengah. YB telah menghantar surat kepada JAB ALAM SEKITAR pd 19 MAC dan melakukan lawatan mengejut pada 23 MAC ke tempat operasi. JAS juga melawat pada 26 MAC dan surat YB telah dijawab oleh pada 30 MAC. JAS mendapati premis tidak berlesen manakala tanah berstatus pertanian. Syarikat tersebut telah dikompaun oleh JAS mengikut peruntukan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Operasi kini telah dihentikan.

3) YB telah menghantar surat kepada JAS berkenaan bau busuk yang dikeluarkan kilang getah HOCK HIN RUBBER, Jalan Bakri. JAS telah melakukan lawatan mengejut dan mendapati kilang mematuhi peraturan yang ditetapkan namun masalah sebenarnya ialah kerana tiada penampan untuk menghalang bau busuk tersebar ke lokasi lain. YB akan memantau lagi perkara ini.


4) Penduduk Lorong Abd Rahman, Jln Hj Abdullah, Batu 2 telah menghantar surat kepada YB pada 10 JAN berkenaan aduan operasi gudang pengumpulan bahan terpakai yang tidak sesuai di Lot 1083. JAS menjawab surat YB pada 30 JAN dan melakukan lawatan. YB akan memantau lagi perkara ini.

5) Beberapa parit tersumbat di Jalan Hj Abdullah, Batu 2 dan Taman Sg Abong pada akhir tahun lepas dan awal tahun ini. Penduduk telah menghantar surat kepada YB pada 1 JULAI 2008, namun ia selesai pada awal tahun ini.

6) YB menghadiri Sambutan Maulidur Rasul serta ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah di Masjid Jamek Batu 3 pada 28 MAC.

7) YB telah mengeluarkan dana untuk membaiki zink yang telah usang di rumah En. Aziz dan bantuan sebanyak RM1700.00 telah disampaikan oleh YB.

8) YB dan beberapa AJK PAS KAWASAN BAKRI telah membuat lawatan dan bertugas di BUKIT GANTANG, PERAK.

Read More
Posted by admin on 09 April 2009
0 comments
categories: | | edit post

YB DR HJ SHEIKH IBRAHIM SALLEH, ADUN SG ABONG (PAS), telah menerima surat dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkenaan LATIHAN bagi LEPASAN IJAZAH dan DIPLOMA. Berikut adalah kandungan surat tersebut, semoga anda dapat menyebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja yang dikenali di dalam DUN mahupun di luar DUN.


Yang Berhormat,

PERKARA : MEMOHON HEBAHAN KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT MELALUI KETUA-KETUA KAMPUNG/ADUN BERKAITAN PELUANG MENGIKUTI PROGRAM LATIHAN PENINGKATAN KEMAHIRAN INDUSTRI KHAS UNTUK SISWAZAH (INSEP) BAGI LEPASAN IJAZAH DAN DIPLOMA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pendidikan Berterusan, UTHM akan menganjurkan program seperti yang dinyatakan di atas pada bulan MEI 2009. Program ini adalah khas untuk siswazah, lepasan Ijazah dan Diploma yang masih belum mendapat pekerjaan tetap. Ia berperanan untuk menambah nilai Ijazah dan Diploma yang dimiliki oleh siswazah bagi meningkatkan kebolehkerjaan mereka di dalam industri.

3. Sehubungan itu pihak kami memohon jasa baik dan bantuan daripada pihak YB untuk mengedarkannya kepada rakyat di DUN/PARLIMEN YB berkaitan tawaran program ini. Bersama-sama ini disertakan brosur program tersebut yang mengandungi sinopsis kursus dan borang permohonan untuk tindakan selanjutnya.

4. Tarikh tutup permohonan bagi program ini adalah pada 14 APRIL 2009. Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Yang benar,
t.t

LIZA BINTI MD APANDI
Penolong Pendaftar
b/p : Pengarah
Pusat Pendidikan Berterusan
UTHM
------------------------------------------------------------------------------------------------

Borang boleh diperolehi di Pusat Khidmat Masyarakat DUN yang utama iaitu di Klinik Ibrahim, Jalan Salleh atau hubungi PA beliau seperti yang tertera di blog ini.

Berikut pula adalah KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN
1) Pengurusan Operasi Industri
2) Kejuruteraan Perpaipan untuk Loji Pemprosesan
3) Instruktor Latihan untuk Industri
4) Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
5) Automasi Industri
6) Kejuruteraan Elektronik Perubatan
7) Rekabentuk Produk Kejuruteraan
8) Perkhimatan Mekanikal dan Elektrikal Bangunan
9) Pengurusan Projek Landskap
10) Kimpalan dan Pemeriksaan Ujian Tanpa Musnah
11) Teknologi Pembinaan Bangunan
12) Teknologi Mikroelektronik
13) Rangkaian Komputer dan Aplikasi
14) Sistem Pembuatan

AMBILAN MEI 2009,
PENDAFTARAN DAN PENGHANTARAN BORANG DITUTUP SEBELUM ATAU PADA 14 APRIL 2009,
DAPATKAN BORANG PADA EN AHMAD JIMIN DENGAN CARA DATANG KE KLINIK IBRAHIM ATAU HUBUNGI BELIAU : 019-659 2245

PAS UNTUK SEMUA

Read More
Posted by admin on 08 April 2009
0 comments
categories: , | | edit post

RINGKAS BERKENAAN DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil 'Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail

> Diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru

> Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajarannya di English College (sekarang Sekolah Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru.

> Baginda seterusnya melanjutkan pelajarannya di Trinity Grammer School Australia dan selepas itu ke United Kingdom.

> Setelah menamatkan pengajiannya, baginda berangkat pulang ke Johor pada tahun 1956 dan terus berkhidmat sebagai Pegawai Kadet Johor Civil Service.

> Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 29 April 1981.

> Pada 11 Mei 1981 baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang keempat.

> Baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 5 April 1982.

> Baginda ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII pada 15 November 1984.

> Baginda pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johore Military Forces) yang diasas dan ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar.

> Pada masa lapang baginda gemar bermain polo, papan layar, memburu dan bermain golf.

> Baginda Sultan telah bernikah dengan Sultanah Hajah Zanariah binti Tengku Ahmad dan telah dikurniakan 10 orang anakanda - dua orang putera dan lapan orang puteri.

DAULAT TUANKU

Read More
Posted by admin on
0 comments
categories: | | edit post
Powered By Blogger

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR

Nama : Dr. Hj. Sheikh Ibrahim b Salleh

Tempat Lahir : Mersing, Johor

Umur : 53 Tahun

Pendidikan:
1) Sekolah Rendah Bandar Mersing, Johor
2) Sekolah Menengah Pai Chee, Mersing, Johor
3) Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan
4) Kolej Perubatan Universiti Baghdad, Iraq

Pengalaman Kerja:
1) Pegawai Perubatan Hospital Muar (1980-85)
2) Klinik Ibrahim & Surgeri, Muar (1985 hingga sekarang)

Aktiviti Kemasyarakatan :
1) AJK KRT 6B, Taman Desa, Muar
2) Imam Ke 3, Surau Taman Desa

Jawatan Politik :
1) Yang DiPertua PAS Kawasan Bakri

Ruangan Aduan/Cadangan/Komen/Pandangan

DANA KEBAJIKAN RAKYAT DUN SG ABONG

Sesiapa sahaja yang ingin beramal jariah dan menyumbang untuk Dana Kebajikan DUN Sg Abong di mana Dana yang terkumpul ini akan disalurkan kepada aktiviti-aktiviti berupa kebajikan di sekitar Sg Abong, bolehlah menyalurkannya kepada akaun berikut :

BANK : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
NO AKAUN : 01 023 01 0066 009
ATAS NAMA : SHEIKH IBRAHIM SALLEH


Sila maklumkan melalui s.m.s. kepada 013-7335784, iaitu nama dan amaun setelah anda menyumbang.

Semoga segala sumbangan ini diberkati olehNya dan kami doakan agar saudara/i dimurahkan rezeki.

Segala kerjasama saya dahului dengan jutaan terima kasih.

PAS MEMIMPIN PERPADUAN
PAS UNTUK SEMUA

Followers