Subscribe to My Blog
  • YB Hulur Bantuan Mangsa Kebakaran

    Sebuah rumah kampung di Kampung Tengah telah terbakar pada Julai yang lepas namun semua penghuninya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku. Kebakaran membabitkan keseluruhan bahagian rumah termasuk bilik tidur dan dapur yang didapati terbakar hingga rentung yang dikatakan berlaku seawal 5.30 pagi. Keluarga Pn Kintan Jasmani seramai 7 orang terpaksa tinggal sehelai sepinggang ketika kebakaran berlaku yang dipercayai berpunca daripada gas bocor.YB Dr Hj Sheikh Ibrahim Salleh berkesempatan menziarahi keluarga Pn Kintan untuk menyampaikan rasa simpati dan menghulurkan bantuan segera berbentuk kewangan kepada mereka. >>Hubungi 0196592245 Untuk Menyumbang

  • Motivasi Ibadah & Cemerlang UPSR

    Satu Program Pendidikan di bawah anjuran AJK Masjid Jamek Sg Abong, Muar telah berlangsung pada 23-25 April ini di Masjid tersebut. Program ini meliputi motivasi untuk melakukan ibadah harian, tahsin Al-Quran, tasmi', qiamullail, ceramah cemerlang UPSR, ceramah keibubapaan dan diakhiri Majlis Penutup yang telah dirasmikan oleh YB Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh. Sasaran peserta adalah di kalangan calon UPSR tahun ini daripada seluruh sekolah kebangsaan dalam DUN ini dan juga anak-anak kariah Masjid Jamek Sg Abong. >>> Jangan Ketinggalan !!

  • Kunjungan Hormat Konsul Singapura

    Satu Kunjungan Hormat oleh rombongan Konsul Singapura seramai 3 orang telah diadakan pada Jumaat 9 April 2010 di kediaman YB ADUN Sg Abong (YB Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh) selama 2 jam. Menurut maklumat yang disampaikan oleh pegawai mereka, Pejabat Konsul Singapura baru sahaja ditubuhkan pada Januari 2010 di Johor Bharu. Tujuan mereka melakukan kunjungan hormat itu ialah ingin mengenali dengan lebih dekat YB Pakatan Rakyat setelah mereka mengadakan pertemuan dengan Sultan Johor yang baru, beberapa exco kerajaan negeri dan wakil MCA. 3 orang pegawai tersebut bertukar-tukar pandangan dan berbincang tentang beberapa perkara, antaranya....... >>> Rujuk Berita di Bawah

  • Blog Rasmi ADUN N13

    Selamat Datang ke Blog Rasmi Yang Berhormat Dr. Hj. Sheikh Ibrahim bin Salleh [ADUN SG ABONG-PAS]. Semoga anda semua dapat memanfaatkan blog ini sebagai wadah atau saluran alternatif mendapatkan maklumat atau menyampaikan maklumat kepada YB supaya beliau dapat menunaikan amanah dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di DUN Sg Abong khususnya dan Johor umumnya. Sebarkan blog ini kepada rakan anda. Jika terdapat sebarang masalah yang ingin diadukan, silalah ke Pusat Aduan Rakyat di Klinik Ibrahim, Jalan Salleh. Terima Kasih. >>> Selamat Melayari Blog Ini

  • Aktiviti Terkini YB

    Penduduk di sekitar Kg Kelantan di Jalan Parit Perupuk bakal menerima berita baik apabila Yang Berhormat Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sg Abong-PAS), minggu lepas telah mengadakan lawatan bersama Ketua Kampung Kelantan dan semalam (Isnin 12/04/2010), YB telahpun menghantar permohonan dan suara rakyat kepada Majlis Perbandaran Muar (MPM) dan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Muar supaya pihak yang bertanggungjawab dapat melakukan kerja-kerja pembersihan parit seperti yang ditunjukkan dalam gambar. >>> Sila Klik

  • Aktiviti Terkini YB

    Satu Majlis Dialog Bersama ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Johor telah diadakan pada hujung April di Muar Trade Centre, Muar Traders Hotel, Bandar Muar. Dialog yang berlangsung pada 8 hingga 11 malam itu adalah rutin tahunan dan kesepakatan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dalam menjuarai isu rakyat. >>> Bersama kita manfaatkannya !!

  • PC FAIR di Muar Kembali Lagi !!

    Acara Tahunan PC FAIR kembali berlangsung dan pada kali ini Dewan Jubli Intan, Muar sekali lagi dipilih sebagai lokasi strategik pemasaran berpusat bagi Syarikat-syarikat Berasaskan Komputer di Daerah Muar dan sekitarnya. Pada kali ini, ia berlangsung pada 30 April hingga 02 Mei 2010. Klik untuk Plan dalam Dewan | Klik untuk Senarai Syarikat terlibat >>> Bersama kita manfaatkannya !!

Memaparkan catatan dengan label sg abong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sg abong. Papar semua catatan

Share | Sumber : Malaysiakini.com

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati bahawa bekalan air terawat ke kantin sepuluh sekolah rendah mengandungi tahap bakteria dan logam yang tidak selamat untuk diminum.

NONEPenemuan ini berdasarkan ujian air tawar, yang dijalankan pasukan audit ke atas air yang telah dirawat dan air paip ke kantin di 13 buah sekolah.

Air yang digunakan di kantin SK Kg Kudong, Segamat; SK Sejagong, Batu Pahat didapati mengandungi kehadiran bakteria seperti Total Coliform dan E Coli yang tinggi.

Pihak KKM memandang berat perlanggaran parameter bakteria dalam air terawat yang dikesan dalam kajian ini kerana kehadiran bakteria seperti Total Coliform dan E Coli dalam air minum boleh menyebabkan wabak penyakit bawaan air seperti kolera, tifoid dan hepatitis A sekiranya air yang tercemar diminum secara terus dan berterusan,” petik laporan itu.

NONEAir yang dianggap selamat untuk diminum tidak seharusnya mempunyai sebarang Coliform dan E Coli manakala paras 6.5 hingga 9 pada skala pH.

Sekolah-sekolah lain yang disenaraikan mempunyai tahap 'terlalu tinggi' bakteria yang boleh  menyebabkan keracunan makanan, adalah:
  • SRJK (T) Ladang Lambak, Kluang
  • SMK Alor Pasir, Tanah Merah
  • SK Lata Rek, Kuala Krai
  • SK Juara, Rompin
  • SK Luat, Lenggong
Keputusan dari SK Benggol Petai, Pasir Mas dan SK Kuala Koyan, Kuala Lipis juga menunjukkan tahap 'terlalu tinggi’ untuk kiraan bakteria Coliform.

Read More

Share | Sumber : www.Nusajayakini.com


KUALA LUMPUR, 24 Okt: Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang telah menjadi isu sebelum ini kerana kelewatan pengedarannya akhirnya telah diedar hari ini, selepas 17 hari Bajet 2010 dibentangkan Perdana Menteri.

Mengikut laporan yang telah disiarkan itu sehingga akhir bulan Disember 2010, Kerajaan Negeri Johor telah membuat 4 pinjaman iaitu 3 pinjaman bagi projek bekalan air manakala 1 pinjaman bagi projek Ladang Hutan Kompensatori Kedua.

Sehingga akhir tahun 2010, Kerajaan Negeri Johor telah berhutang sebanyak RM134.25 juta, manakala tunggakan berjumlah RM334.51 juta.

Laporan itu juga menjelaskan mengikut Master Aggrement antara Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Persekutuan, Syarikat Air Johor Sdn Bhd, Syarikat Air Johor Holding Sdn Bhd dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB), pinjaman yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai projek bekalan air Johor akan diambil alih oleh PAAB.

Bagaimanapun, semakan audit mendapati proses pemgambilalihan tersebut masih belum selesai kerana baki pinjaman belum dimuktamadkan walaupun Master Aggrement telah pun ditandatangani pada 11 Mac 2009.

Mengikut maklum balas, Kementerian Kewangan telah mengadakan mesyuarat bersama Kerajaan Negeri Johor, Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd dan PAAB pada 8 Jun 2011 bagi membincangkan pengambilalihan pinjaman bekalan air Negeri Johor oleh PAAB.

Sebelum itu Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit penyata kewangan, pengurusan kewangan, aktiviti kementerian atau jabatan serta pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan dan mengemukakan laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenaan supaya laporan itu dibentangkan di parlimen.

Laporan audit boleh dilayari melalui http://www.audit.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=458%3Alkan2010&catid=6%3Aberita-pengumuman&lang=ms

Read More
Posted by admin on

Share | Sambutan luar biasa rakyat di DUN Sg Abong pelbagai kaum terhadap Sambutan Aidilfitri anjuran PAS Bakri dan Sekretariat DUN Sg Abong membuktikan bahawa PAS dekat di hati rakyat.

Pada 25 September 2011, PAS Bakri telah memilih Dewan Terbuka/Gelanggang Taman Desa, Sungai Abong sebagai lokasi pertemuan dan pengukuhan silaturrahim.

Terima kasih tidak terhingga kepada penganjur yang berhempas pulas menyediakan menu-menu dan persiapan tempat yang mantap.

Untuk melihat koleksi gambar sambutan ini, bolehlah melihatnya di Facebook PAS Bakri iaitu (Bakri Johor), atau sila ke link ini.

Read More
Posted by admin on 27 September 2011


Pada awal Jun yang lalu, telah berlaku bencana ribut yang telah melanda beberapa kawasan dalam DUN Sg Abong. Kawasan yang paling teruk terjejas adalah di Batu 3 1/2 di mana bilangan rumah yang dilanda ribut ini adalah sebanyak 15 rumah majoritinya berbangsa Melayu.

Sejurus mendapat berita daripada penduduk, YB DR HJ SHEIKH IBRAHIM SALLEH bergegas ke tempat kejadian bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat dan melihat tempat kejadian. Pelbagai kerosakan yang berlaku kepada rumah-rumah mangsa seperti yang ditunjukkan dalam gambar-gambar yang diambil.

Sebagai bantuan segera, YB telah menghulurkan RM150 kepada semua mangsa yang mungkin boleh digunakan untuk mencari tempat kediaman sementara.

Para mangsa berasa terharu dengan keprihatinan YB yang sudi datang dan menjenguk mereka malah masuk ke rumah mereka bagi menyaksikan sendiri kerosakan-kerosakan yang dialami serta memberikan semangat supaya bersabar dengan ujian yang dihadapi.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang dan sama-sama ingin membantu mangsa ribut ini, sila dapatkan nombor akaun dari Blog YB di dunsgabong.blogspot.com atau menghubungi Pembantu YB (En Ahmad Jimin- 019 659 2245)








Read More
Posted by admin on 04 Jun 2011


DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mencipta sejarah Kesultanan Johor apabila mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Istana Tanjung, Muar selepas baginda menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Sultan Ibrahim, Muar.

Sultan Ibrahim meraikan rakyat dengan mengadakan rumah terbuka di Istana Tanjung, Muar mulai 9.30 hingga 12 tengah hari dan dari 2.30 hingga 4 petang.

YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani) dan ahli keluarga telah berpeluang bersama-sama menghadiri Majlis tersebut.YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sg Abong) dan isteri serta YBGwee Tong Hiang (ADUN Bentayan) dan isteri turut hadir .

Alhamdulillah DYMM Tuanku telah berkenaan menerima kami menghadap baginda,

Di belakang kelihatan Puan Rubiah (isteri Dr Mohammad bertudung merah jambu) dan Dr Salmah (isteri YB Dr Sheikh Ibrahim bertudung biru).

ADUN-ADUN Pakatan Rakyat bersama Tuanku. Menjunjung titah Tuanku. Kami kagum dengan keperhatinan Tuanku Sultan.
Mesra.....Y.A.M Raja Zarith Sofia berhati rakyat.
Dari kiri: YB Dr Sheikh Ibrahim,YB Gwee,Tuan Pegawai Daerah Muar Tuan Hj Mislan Karmani dan YB Dr Mohammad di Majlis Rumah Terbuka.
Ribuan rakyat berbaris untuk bersalaman dengan baginda.

Read More
Posted by admin on 26 September 2010


SG ABONG – 15 MEI 2010 : Sekumpulan Kelab Kembara Motorsikal dari Singapura iaitu Captain Bikers MC Singapore telah mengadakan “Charity Ride” iaitu Kembara Kebajikan di Johor dan telah singgah di Dun Sg Abong.

Kehadiran mereka di Dun ini adalah untuk menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan berdasarkan maklumat yang mereka perolehi dari pelbagai sumber.

Mereka juga telah menjemput khas ADUN SG ABONG iaitu YB Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh iaitu salah seorang ADUN Pakatan Rakyat Johor untuk bersama-sama dalam program kebajikan ini.

YB Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh dengan rasa rendah diri dan berbesar hati telah menyampaikan ucapan alu-aluan dan penghargaan atas inisiatif kelab ini dalam menjayakan program kebajikan yang seharusnya menjadi contoh kepada NGO-NGO tempatan. Beliau juga bersama-sama dengan wakil Captain Bikers menghulurkan bantuan kewangan, barang keperluan dan kerusi roda kepada keluarga Allahyarham En Saidin yang menginap di Lorong Wan Chik, Jalan Hj Salleh, Muar.

Keluarga Allahyarham En Saidin melalui warisnya memanjatkan kesyukuran dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kelab Captain Bikers dan khususnya kepada YB Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh kerana sudi datang dan menghulurkan bantuan yang sangat-sangat diperlukan.

Untuk makluman, Captain Bikers pernah mengadakan program lawatan ke Kelantan dan disambut baik kerajaan Negeri apabila Yang Berhormat Menter Besar Kelantan, YB Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat sendiri yang menaja Jamuan Makan Malam (Grand Dinner) Peserta Kelantan Bike Week bersama Menteri Besar Kelantan pada 4 April 2010.

Semoga program seperti ini dapat diperbanyakkan supaya kita dapat mempertingkatkan rasa syukur kita kepada segala nikmat yang telah kita kecapi dari Allah Subhanahu wata’ala.

Read More
Posted by admin on 18 Mei 2010

Berikut adalah senarai Aduan Bersurat. Terdapat juga aduan-aduan lain tanpa surat yang disampaikan melalui lisan, akan dimasukkan dalam catatan akan datang

PENGADU : Wakil Jln Salleh :
Memohon Kotak Kuning Di Hadapan Klinik Ibrahim & Surgeri Dan Pemasangan Sensor Lampu Trafik Jln Salleh :
23 Dis 2008

PENGADU : Wakil Taman Sri Terap :
Memohon Lampu Jalan Di Hadapan Kedai-Kedai Taman Sri Terap :
13 Nov 2008

PENGADU : Wakil Lorong Hj Alias :
Memohon Diperbaiki Jalan, Pembersihan Parit Dan Pemasangan Lampu Jalan :
3 Nov 2008

PENGADU : Wakil Taman Sri Terap Jln Kg Tengah :
Memohon Dinaiktaraf Parit Konkrit Taman Sri Terap, Jalan Kg Tengah :
1 Julai 2008

PENGADU : Wakil Taman Bakariah :
Memohon Lampu Elektrik Di Padang Permainan Kanak-Kanak/Gelanggang Serbaguna Taman Bakariah :
24 Jun 2008

PENGADU : Engineering Services Muar :
Memohon Memasukkan Bekalan Elektrik :
16 Jun 2008

PENGADU : Wakil Lorong Amran, Jln Bakri, Batu 3 ½ :
Memohon Lampu Awam Pada La8 Tsk-F3 Lorong Amran Bagi Kemudahan Pelajar Sekolah Yang Menunggu Bas Di Situ :
6 Jun 2008

PENGADU : Wakil Kg Kenangan Tun Dr Ismail :
Memohon Garisan Kuning Di Selekoh Jalan Kg Kenangan Tun Dr Ismail Berhampiran Tanah Perkuburan

PENGADU : Wakil Taman Pertama :
Memohon Pemasangan Lampu Di Pondok Bas Hadapan Kedai Runcit Huk Hin Berhad Di Taman Pertama

PENGADU : Wakil Taman Sungai Abong :
Aduan Banjir Kilat Di Taman Sungai Abong Akibat Sistem Perparitan Yang Tidak Baik :
9 April 2008

PENGADU : Wakil Jalan Salleh :
Memohon Kemudahan Asas (Jalan Tar, Perparitan, Bekalan Air, Lampu Jalan, Pelebaran Laluan Strategik) :
18 April 2008

PENGADU : Wakil Taman Sungai Abong :
Aduan Parit Longkang Tersumbat Dan Cadangan Penambahbaikan :
14 Mei 2008

PENGADU : Wakil Taman Kg Tengah :
Memohon Lampu Jalan Dan Tempat Rekreasi :
29 April 2008

*Semua aduan di atas dihantar oleh wakil penduduk kg, lorong, taman masing-masing kepada YB DR HJ SHEIKH IBRAHIM SALLEH dengan disertai pengumpulan tandatangan daripada penduduk. Sebagai tindakan segera, YB telah menghantar permohonan-permohonan dan aduan tersebut kepada pihak berkuasa tempatan. Terima kasih di atas kepercayaan yang telah anda berikan.

*Bagi mereka yang ingin menghantar atau membuat aduan, sila ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Abong, dan sebaik-baiknya mengikut langkah-langkah berikut :
1) Membuat surat permohonan mewakili tempat masing-masing yang ditujukan kepada YB
2) Pengumpulan tandatangan atau nama penduduk yang memohon perkara yang sama
3) Gambar (jika ada)
4) Surat permohonan dan lampiran-lampiran ini hendaklah dihantar terus ke mana-mana Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Abong atau hubungi Pembantu YB (En Ahmad Jimin 019 – 659 2245)

PAS MEMIMPIN PERPADUAN
PAS UNTUK SEMUA

Read More
Posted by admin on 25 Januari 2009

JOHOR BAHRU 21 April - Seramai 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor termasuk enam daripada parti pembangkang yang memenangi kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu mengangkat sumpah.

Upacara angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Speaker yang baru dilantik semula iaitu Datuk Mohd. Ali Hassan di Bukit Timbalan JOHOR.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom memulakan upacara berkenaan yang diikuti barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Upacara tersebut kemudiannya diteruskan oleh semua ADUN yang memenangi kerusi DUN di kawasan masing-masing termasuk enam daripada pembangkang.

Selain Mohd. Ali yang dilantik semula bagi penggal kedua sebagai Speaker, Datuk Othman Jais yang juga ADUN Buloh Kasap turut dilantik semula memegang jawatan Timbalan Speaker.

Enam wakil pembangkang ialah empat daripada DAP iaitu ADUN Senai, Ong Kow Meng; Skudai, Dr. Boo Cheng Hau; Bentayan, Wee Tong Hiang dan Mengkibol, Ng Lam Hua.

Pas pula mempunyai dua wakil menerusi ADUN Maharani, Dr. Mohd. Taslim dan Sungai Abong, Dr. Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh.

Pada pilihan raya umum lalu, DAP turut memenangi satu kerusi Parlimen iaitu Parlimen Bakri menerusi Er Teck Hwa.

Read More
Posted by admin on 24 April 2008
Powered By Blogger

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR

Nama : Dr. Hj. Sheikh Ibrahim b Salleh

Tempat Lahir : Mersing, Johor

Umur : 53 Tahun

Pendidikan:
1) Sekolah Rendah Bandar Mersing, Johor
2) Sekolah Menengah Pai Chee, Mersing, Johor
3) Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan
4) Kolej Perubatan Universiti Baghdad, Iraq

Pengalaman Kerja:
1) Pegawai Perubatan Hospital Muar (1980-85)
2) Klinik Ibrahim & Surgeri, Muar (1985 hingga sekarang)

Aktiviti Kemasyarakatan :
1) AJK KRT 6B, Taman Desa, Muar
2) Imam Ke 3, Surau Taman Desa

Jawatan Politik :
1) Yang DiPertua PAS Kawasan Bakri

Ruangan Aduan/Cadangan/Komen/Pandangan

DANA KEBAJIKAN RAKYAT DUN SG ABONG

Sesiapa sahaja yang ingin beramal jariah dan menyumbang untuk Dana Kebajikan DUN Sg Abong di mana Dana yang terkumpul ini akan disalurkan kepada aktiviti-aktiviti berupa kebajikan di sekitar Sg Abong, bolehlah menyalurkannya kepada akaun berikut :

BANK : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
NO AKAUN : 01 023 01 0066 009
ATAS NAMA : SHEIKH IBRAHIM SALLEH


Sila maklumkan melalui s.m.s. kepada 013-7335784, iaitu nama dan amaun setelah anda menyumbang.

Semoga segala sumbangan ini diberkati olehNya dan kami doakan agar saudara/i dimurahkan rezeki.

Segala kerjasama saya dahului dengan jutaan terima kasih.

PAS MEMIMPIN PERPADUAN
PAS UNTUK SEMUA

Followers