Subscribe to My Blog
  • YB Hulur Bantuan Mangsa Kebakaran

    Sebuah rumah kampung di Kampung Tengah telah terbakar pada Julai yang lepas namun semua penghuninya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku. Kebakaran membabitkan keseluruhan bahagian rumah termasuk bilik tidur dan dapur yang didapati terbakar hingga rentung yang dikatakan berlaku seawal 5.30 pagi. Keluarga Pn Kintan Jasmani seramai 7 orang terpaksa tinggal sehelai sepinggang ketika kebakaran berlaku yang dipercayai berpunca daripada gas bocor.YB Dr Hj Sheikh Ibrahim Salleh berkesempatan menziarahi keluarga Pn Kintan untuk menyampaikan rasa simpati dan menghulurkan bantuan segera berbentuk kewangan kepada mereka. >>Hubungi 0196592245 Untuk Menyumbang

  • Motivasi Ibadah & Cemerlang UPSR

    Satu Program Pendidikan di bawah anjuran AJK Masjid Jamek Sg Abong, Muar telah berlangsung pada 23-25 April ini di Masjid tersebut. Program ini meliputi motivasi untuk melakukan ibadah harian, tahsin Al-Quran, tasmi', qiamullail, ceramah cemerlang UPSR, ceramah keibubapaan dan diakhiri Majlis Penutup yang telah dirasmikan oleh YB Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh. Sasaran peserta adalah di kalangan calon UPSR tahun ini daripada seluruh sekolah kebangsaan dalam DUN ini dan juga anak-anak kariah Masjid Jamek Sg Abong. >>> Jangan Ketinggalan !!

  • Kunjungan Hormat Konsul Singapura

    Satu Kunjungan Hormat oleh rombongan Konsul Singapura seramai 3 orang telah diadakan pada Jumaat 9 April 2010 di kediaman YB ADUN Sg Abong (YB Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh) selama 2 jam. Menurut maklumat yang disampaikan oleh pegawai mereka, Pejabat Konsul Singapura baru sahaja ditubuhkan pada Januari 2010 di Johor Bharu. Tujuan mereka melakukan kunjungan hormat itu ialah ingin mengenali dengan lebih dekat YB Pakatan Rakyat setelah mereka mengadakan pertemuan dengan Sultan Johor yang baru, beberapa exco kerajaan negeri dan wakil MCA. 3 orang pegawai tersebut bertukar-tukar pandangan dan berbincang tentang beberapa perkara, antaranya....... >>> Rujuk Berita di Bawah

  • Blog Rasmi ADUN N13

    Selamat Datang ke Blog Rasmi Yang Berhormat Dr. Hj. Sheikh Ibrahim bin Salleh [ADUN SG ABONG-PAS]. Semoga anda semua dapat memanfaatkan blog ini sebagai wadah atau saluran alternatif mendapatkan maklumat atau menyampaikan maklumat kepada YB supaya beliau dapat menunaikan amanah dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di DUN Sg Abong khususnya dan Johor umumnya. Sebarkan blog ini kepada rakan anda. Jika terdapat sebarang masalah yang ingin diadukan, silalah ke Pusat Aduan Rakyat di Klinik Ibrahim, Jalan Salleh. Terima Kasih. >>> Selamat Melayari Blog Ini

  • Aktiviti Terkini YB

    Penduduk di sekitar Kg Kelantan di Jalan Parit Perupuk bakal menerima berita baik apabila Yang Berhormat Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sg Abong-PAS), minggu lepas telah mengadakan lawatan bersama Ketua Kampung Kelantan dan semalam (Isnin 12/04/2010), YB telahpun menghantar permohonan dan suara rakyat kepada Majlis Perbandaran Muar (MPM) dan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Muar supaya pihak yang bertanggungjawab dapat melakukan kerja-kerja pembersihan parit seperti yang ditunjukkan dalam gambar. >>> Sila Klik

  • Aktiviti Terkini YB

    Satu Majlis Dialog Bersama ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Johor telah diadakan pada hujung April di Muar Trade Centre, Muar Traders Hotel, Bandar Muar. Dialog yang berlangsung pada 8 hingga 11 malam itu adalah rutin tahunan dan kesepakatan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dalam menjuarai isu rakyat. >>> Bersama kita manfaatkannya !!

  • PC FAIR di Muar Kembali Lagi !!

    Acara Tahunan PC FAIR kembali berlangsung dan pada kali ini Dewan Jubli Intan, Muar sekali lagi dipilih sebagai lokasi strategik pemasaran berpusat bagi Syarikat-syarikat Berasaskan Komputer di Daerah Muar dan sekitarnya. Pada kali ini, ia berlangsung pada 30 April hingga 02 Mei 2010. Klik untuk Plan dalam Dewan | Klik untuk Senarai Syarikat terlibat >>> Bersama kita manfaatkannya !!

Memaparkan catatan dengan label bakri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bakri. Papar semua catatan
Read More
Posted by admin on 27 November 2011

Share |
sumber : Harakahdaily.net
 KUALA LUMPUR, 5 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru seluruh umat Islam di negara ini meneruskan pengorbanan demi menegakkan keadilan Islam.

Beliau melalui perutusan hari raya Aidil Adha yang dihantar kepada Harakahdaily berkata, di zaman ini sudah jadi terbalik apabila pemimpin umat Islam mengorbankan agama untuk kepentingan diri dan duniawi.

"Maka menjadi tanggungjawab kepada kita untuk meneruskan pengorbanan dizaman ini, bagi memastikan tertegakkan keadilan Islam yang akan memayungi kesejahteraan hidup manusia pelbagai bangsa dan agama.

"Malanglah dizaman ini, ramai manusia mengorbankan agama untuk kepentingan diri dan duniawi sehingga membiarkan dunia terus rosak dengan jenayah, ekonomi, politik dan sosial yang pincang akibat mengenepikan syariat Allah," katanya.

Aidil Adha ujarnya mengingatkan kita umat Islam tentang pengorbanan nabi-nabi terdahulu menegakkan agama Allah sehingga sanggup meninggalkan segala kemewahan dan keselesaan dunia.

Nabi Ibrahim ujarnya berkorban dengan meninggalkan anak dan isterinya di kawasan yang kering. Begitu juga dengan Nabi Musa yang meninggalkan istana Firaun yang mewah dan juga junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang meninggalkan tanah air tercinta untuk menegakkan syariat Allah," katanya.

Sementara itu, mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PAS, beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam di Malaysia ini.

"InsyaAllah dengan kesedaran yang sama-sama kita bina sempena hari raya ini, akan membuahkan hasil yang baik kepada diri, masyarakat dan negara ini ke arah melahirkan negara yang sejahtera dan adil untuk semua dengan cara mematuhi perintah Allah dalam semua perkara.

"Selamat hari raya, maaf zahir dan batin daripada kami Parti Islam Se-Malaysia PAS," ujarnya yang juga ahli parlimen Marang.

SALAM 'AIDIL ADHA DARI YB DR HJ SHEIKH IBRAHIM SALLEH (ADUN SG ABONG)

Read More
Posted by admin on 05 November 2011

Share |
Sumber : Harakahdaily.net
KEPALA BATAS, 1 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, undang-undang Islam termasuk hudud hanya pilihan dan bukan paksaan untuk orang bukan Islam.



Menurutnya, ianya sama seperti ajaran agama itu yang menegaskan bahawa tidak boleh memaksa bukan Islam memeluk Islam.

"PAS tak paksa orang bukan Islam terima hudud. Islam beri pilihan seperti tidak memaksa mereka memeluk Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di Dewan Millenium di sini.

Apa yang berlaku waktu ini tambahnya, undang-undang Islam itu telah dikelirukan oleh Umno sehingga bukan sahaja menakutkan orang bukan Islam malah menyesatkan orang Islam sendiri.

"Undang-undang jenayah syariah ini dimomokkan kepada rakyat melalui media yang diupah Umno. Kita cuba memperkenalkan undang-undang jenayah syariah terutamanya hudud dan takzir tapi mereka sengaja memetik hudud sahaja dengan tujuan menakutkan orang bukan Islam dan menyesatkan orang Islam," katanya.

Bukan ciptaan PAS

Mengulas lanjut isu yang sedang dipolemik itu, beliau berkata hudud bukan undang-undang baru yang dicipta PAS, tetapi undang-undang yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Kewajipan melaksanakannya sama seperti kewajipan-kewajipan lain yang mesti dilaksanakan oleh orang Islam.

"Hudud bukan ditetapkan oleh PAS, bukan oleh Nabi, bukan oleh ulamak tetapi ia ditetapkan oleh Allah," tegasnya.

Kewajipan perlaksanaan undang-undang Islam itu katanya lagi adalah bertujuan mendidik manusia menjadi baik dan bukan menzalimi mereka.

Read More
Posted by admin on 02 Oktober 2011

Share | Sambutan luar biasa rakyat di DUN Sg Abong pelbagai kaum terhadap Sambutan Aidilfitri anjuran PAS Bakri dan Sekretariat DUN Sg Abong membuktikan bahawa PAS dekat di hati rakyat.

Pada 25 September 2011, PAS Bakri telah memilih Dewan Terbuka/Gelanggang Taman Desa, Sungai Abong sebagai lokasi pertemuan dan pengukuhan silaturrahim.

Terima kasih tidak terhingga kepada penganjur yang berhempas pulas menyediakan menu-menu dan persiapan tempat yang mantap.

Untuk melihat koleksi gambar sambutan ini, bolehlah melihatnya di Facebook PAS Bakri iaitu (Bakri Johor), atau sila ke link ini.

Read More
Posted by admin on 27 September 2011


AHAD 17/10/2010 TAMAN SRI BAKRI : Ahli Dewan Undangan Negeri N13 DUN Sg Abong, Yang Berhormat Dr. Hj. Sheikh Ibrahim Salleh telah meluangkan masa menziarahi dan menyampaikan sumbangan segera kepada mangsa kebakaran di Taman Sri Bakri (salah satu taman yang terletak di Jalan Bakri) pada lebih kurang 3.30 petang Ahad yang lalu.





Tinjauan beliau dan beberapa individu dari Sekretariat DUN mendapati bahawa tiada kemalangan jiwa berlaku namun sebuah bilik yang dilaporkan terbakar didapati terbakar keseluruhannya sehingga memusnahkan pakaian, katil, tilam dan perabot berkaitan.

En. Haizam selaku ketua keluarga kepada penghuni rumah berkenaan berasa terharu kerana YB sudi dan sanggup meluangkan masa untuk menziarahinya walaupun kejadian berlaku pada hari Ahad, hari tidak bekerja. Dan bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada jiran-jiran dan pihak bomba yang segera melaporkan kejadian sehingga kebakaran itu tidak merebak ke lokasi lain. Beliau juga merakamkan berbanyak terima kasih kepada YB dan pembantu-pembantu beliau dari Sekretariat DUN yang menziarahi dan memberi sumbangan segera sebanyak RM200, di mana nilai sumbangan kewangan dan sokongan moral yang dicurahkan itu dirasakan amat bermakna bagi beliau.

Read More
Posted by admin on 19 Oktober 2010
Powered By Blogger

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR

Nama : Dr. Hj. Sheikh Ibrahim b Salleh

Tempat Lahir : Mersing, Johor

Umur : 53 Tahun

Pendidikan:
1) Sekolah Rendah Bandar Mersing, Johor
2) Sekolah Menengah Pai Chee, Mersing, Johor
3) Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan
4) Kolej Perubatan Universiti Baghdad, Iraq

Pengalaman Kerja:
1) Pegawai Perubatan Hospital Muar (1980-85)
2) Klinik Ibrahim & Surgeri, Muar (1985 hingga sekarang)

Aktiviti Kemasyarakatan :
1) AJK KRT 6B, Taman Desa, Muar
2) Imam Ke 3, Surau Taman Desa

Jawatan Politik :
1) Yang DiPertua PAS Kawasan Bakri

Ruangan Aduan/Cadangan/Komen/Pandangan

DANA KEBAJIKAN RAKYAT DUN SG ABONG

Sesiapa sahaja yang ingin beramal jariah dan menyumbang untuk Dana Kebajikan DUN Sg Abong di mana Dana yang terkumpul ini akan disalurkan kepada aktiviti-aktiviti berupa kebajikan di sekitar Sg Abong, bolehlah menyalurkannya kepada akaun berikut :

BANK : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
NO AKAUN : 01 023 01 0066 009
ATAS NAMA : SHEIKH IBRAHIM SALLEH


Sila maklumkan melalui s.m.s. kepada 013-7335784, iaitu nama dan amaun setelah anda menyumbang.

Semoga segala sumbangan ini diberkati olehNya dan kami doakan agar saudara/i dimurahkan rezeki.

Segala kerjasama saya dahului dengan jutaan terima kasih.

PAS MEMIMPIN PERPADUAN
PAS UNTUK SEMUA

Followers